CATATAN SEPI DARI
KAMAR 28 7F
Hari 1, RABU 4 SEPT 2013:
Jam 10.00 malam; diiringi rasa
takut yang menebal ku kuatkan hati meminta di hantar ke Hospital Serdang.
Terimakasih buat Watie Akib, Fauzan Mbahjoyo Wisnuaji serta Cik Puan Qaseh
Aleesya yang berusaha membawa aku ke Unit Kecemasan dan Trauma Hos Serdang. Selepas
Pemeriksaan dan mengambil sampel darah aku menunggu giliran dengan debaran.
Sempat menyuruh anakanda Watie pulang dhulu tapi dia berkeras nak tunggu dan
sanggup tidur dlm kereta sekeluarga. Subhanallah. Detik yg berlalu terasa
sangat perlahan. Kes-kes juga amat banyak malam itu. Penantian memang suatu
penyeksaan. Dalam pada menanti, menerima ‘wassap’ dari seseorang yang terus
membuatkan aku menyirap entah mengapa. Akibatnya, sipengirim menerima balasan
yang agak keterlaluan dari aku. Aku mempunyai sebab tersendiri untuk tindakan
tersebut. Moga Allah mengampuni dosa aku.
Hari 2, KHAMIS 5 SEPT 2013:
Penantian di ED membawa kepada
hari ke 2! Hebat sungguh ED Hos Serdang. Tepat jam 1.20pg aku di oanggil ke
bilik 4. Dr Abinash. Baik, peramah, lembut (bukan bapok yer!) Beliau membuka
balutan luka di kaki yang sedia ada serta meniliti laporan ujian darah. Aku
pasrah walau dalam hati berdebar sekuat dentuman gong. ‘Your white blood cell
is a bit high. Symptoms of infection to the wound. I will refer you to an Ortho
Specialist but before that can you go for xray?’ gumam Dr Abinash. Aku pasrah
walau airmata mula mengalir. Didorong dengan kerusi roda aku di bawa ke Jabatan
Pengimejan Hos Serdang. Dada di xray dan juga kaki. Menunggu lagi di zon kuning
untuk kehadiran doctor pakar ortho. Seketika Dr. Anwar dan Dr Aishah tiba.
Mereka member penerangan dank omen serta membuat ulasan. Telinga aku tidak
mampu medengar, hanya airmata menyambut tiap butiran kata-kata mereka. Jam
tepat 3.30pagi. Akhirnya Dr.Aishah memutuskan untuk menghantar aku ke wad ortho
7F.
Aku sekali lagi pasrah. Selepas
HRMIS diperiksa dan sebagainya sesuai proses pendaftaran masuk pesakit, aku di
hantar terus ke 7F. Malang bagi aku kerana wad agak penuh dan terpaksa
diletakkan di sama ruangan dengan pesakit wanita. What? Namun aku sekali lagi
pasrah. Pengalaman sungguh kali ini. Bay 18, di situ aku ditempatkan seketika.
Aku menarik langsir sekitar katil aku dan aku termenung sendirian di dalam
gelap. Beraneka perkara bermain di minda. Berkecamuk jiwa, persoalan bersarang
di hati tidak lagi berbentuk sebaliknya tanpa rupa! Aku lihat jam telah hampir
6.00am masa itu. Lantas aku mengambil wuduk dan melangsaikan solat Subuh. Aku
tidak tahu apa yang aku mohonkan dari Allah namun yang pasti adalah kekuatan
hati menempuh dugaan yang diberikan. Seusai solat aku mengaji sedikit setakat
mampu seperti yang disarankan oleh adinda ku Hajjah Sarabanon. Seorang pun ahli
keluarga tidak ku hubungi. Anak-anakku tidak ku hubungi. Aku menunggu dalam
sabar. Menjelang tengahari aku dipindahkan ke ruangan 21 pula. Aduh, begini la
nasib bila ditumpangkan ke wad pesakit WANITA! Sedang aku leka melayan
perasaan, wassap dari anak sulungku masuk bertanya aku di mana. Pada mula aku
memberitahu yang aku berada di rumah. Kantoi, kerana kebetulan dia telah
diberitahu oleh Watie Akib yang aku telah dimasukkan ke hospital. Anakku ini
seorang yang tabah dan gigih walau aku tahu di hatinya penuh kesedihan.
Bersyukur aku dikurniakan puteri seperti Dyra Saf. Menjelang petang, aku di
hantar ke kamar 28. Kali ini aku agak puashati kerna aku ditempatkan seorang!
Tidak perlu berkongsi dan mendengar bermacam rintihan pesakit yang kadang kala
menimbulkan kedengkelan di hati. Aku di temani Dr. Rushdi , seorang ‘Houseman’
berasal dari Tapah, Perak. Kelihatan pendiam tapi agak seronok bila dapat
berbicara. Bermacam kisah yang dikongsikan bersama. Sedang berbual, aku di
kejutkan dengan kehadiran anak lelaki ku Asyraf yang baru touch down dari
Perth, Australia. Dia agak terkejut dengan keadaan ku tapi masing-masing
berlagak ‘cool’. Setelah lewat petang barulah anak sulung ku datang di temani
bekas isteriku. Kami walaupun telah berpisah hamper 13 tahun tapi masih
bersahabat baik. Mungkin benar sekali pepatah ‘ kita lebih baik kawan dari
kawin’.
Setelah ahli keluarga ku pulang,
sekali lagi aku di datangi Dr. Rushdi. Pemeriksaan teliti dilakukan serta
penerangan sekali lagi diberikan untuk persiapan pembedahan esok hari. Aku di
minta menandatangani boring persetujuan dan sebagainya. Apa lagi yang mampu aku
lakukan? Di nasihatkan untuk mula berpuasa dari jam 12 tengahmalam. Seketika
dunia kau rasa gelap teramat. Jiwa rasa kosong. Aku menangis semahunya. Aku
panjatkan doa kepada Allah. Beberapa teman rapat seperti Norlili Nordin, Noor
Salawati Abu Bakar serta adik ku, aku hubungi serta memberitahu akan keadaan
aku yang mula goyah. Aku sendiri tidak pasti apa yang aku takutkan, sedangkn
aku telah serah bulat-bulat kepada Allah. Tidurku bersulam tangisan dan igauan.
Beberapa insan tersayang kurasakan hadir dalam mimpi menemani igau.
Hari 3, JUMAAT 6 SEPT 2013
Hari yang dinantikan. Seawal jam
6.00 aku telah bersedia memohon keredhaan dari Allah. Moga Allah terima tiap
ibadat ku. Diarahkan berpuasa dari jam 12.00 tgh malam sedangkan memang sebelum
masuk ke hospital pun aku tidak begitu melayan nafsu makan ku. Selepas mandi
dan membersihkan diri, aku di arah mengenakan pkaian dewan bedah selazimnya.
Kali ini amat pedih dan perit aku rasakan. Begitu banyak persoalan bermain di
fikiran. Kenangan dan perasaan silih berganti termasuk hasutan dan bisikan yang
tidak menentu. Tepat jam 9.30 pagi, jururawat bertugas mengarahkan aku baring
di atas kereta sorong dan menolak aku ke dean bedah di tingkat 3. Sepanjang
perjalanan airmata seperti paip bocor. Kasihan jururawat bertugas yang turut
sama menangis bersama aku. ‘Sabar uncle, banyak2 zikir...Allah saying uncle’,
kalimah itu yang mampu diungkapnya dan itu juga menyebabkan kolam airmata aku
bertambah pecah. Setiba di bilik menanti aku disoalsiasat oleh jururawat
bertugas dan kehadiran Dr. Ahmad, pakar bius menenangkan perasaan aku yang
berkecamuk. Soalan demi soalan tapisan perlu aku jawab. Dr.Ahmad seorang yang
cukup lembut cuba menenangkan aku seperti seorang anak yang risau dengan
keadaan bapanya. Aku terus dibuai emosi dan mainan perasaan. Tepat jam 10.00
pagi, aku di tolak ke dalam dewan bedah 1. Aku di sambut oleh Dr. Bala dan
pasukannya. Kedengaran sangat ramah dan mereka menyediakan aku untuk
pembedahan. Dr.Ahmad setia di sisi member penerangan tentang bius ‘spinal’ yang
bakal di lakukan pada aku serta komplikasi dan kemungkinan yang bakal terjadi.
Aku hanya diam dan terus menangis. Keadaan tekanan darah aku sangat tidak
stabil. Mereka mula cemas jika pembedahan tidak dapat dilakukan. Seorang
petugas lelaki yang aku kenali dengan nama Shah sahaja cuba menenangkan aku.
Dia menggenggam erat tangan aku serta membisikkan ayat-ayat suci kepada aku.
Aku diarahkan duduk untuk dicucuk ubat bius di antara bilah-bilah tulang
belakang aku. Syukur Alhamdulillah Dr.Ahmad ini memang seorang yang cekap.
Tidak langsung aku berasa sakit dan dalam beberapa ketika aku merasakan kebas
dari pinggang ke bawah. Aku diarahkan baring kembali. Tekanan darah masih tidak
menentu. Akhirnya aku memohon Dr.Ahmad untuk memberikan ‘petedine’ sejenis ubat
penenang berasaskan morfin kepada aku. Setelah diakui oleh Dr.Bala, beliau
menyuntik aku melalui IV Line yang tersedia. Barulah tekanan darah aku menurun
dan aku mula hilang konsentrasi. Antara sedar dan tidak mereka bergegas
menyediakan kelengkapan dan memasang peralatan pada tubuh aku. Yang bermain
diminda ketika itu hanyalah zikir mudah yang di ajar oleh adinda ku,
LAILAHAILLALLAH. Berulang kali aku menyebutnya antara sedar dan tidak.
Terdengar detikan jarum jam dan au terus hanyut dalam kawalan ubat penenang.
Terdengar perbualan mereka di dalam dewan bedah dan sesekali pecah ketawa
antara mereka. Aku mula menyesuaikan diri dengan keadaan tersebut. Tidak pasti
berapa lama masa berlalu dan tiba-tiba aku di serang ‘fits’. Aku mengeletar
tiba-tiba. Aku berasa sejuk teramat. Shah sekali lagi datang dan menenangkan
aku. Mungkin kesan ubat penenang telah berkurangan. Apa yang aku ingat selepas
itu, Dr.Bala datang kepada aku dan mengatakan pembedahan telah selesai dan
merek telah Berjaya mengeluarkan ‘floating bone’ yang menjadi ‘culprit’ di
kawasan kaki ku. Aku di dorong keluar dari bilik bedah diiringi Dr.Ahmad dan
Shah ke kawasan pemerhatian. Aku terlihat jam tepat pukul 2.00 . Kesan bius
masih berkesan dan aku tidak merasakan apa-apa. Tepat 2.30, aku ditolak keluar
dari dewan bedah di sambut oleh kakitangan wad 7F. Sekali lagi aku bersimpati
dengan 4 orang jururawat bertugas yang terpaksa memindahkan aku dari katil
bilik bedah ke katil kamar ku. Dalam kepayahan mereka dapat mendorong aku dan
aku hanya mampu mengangkat bahagian atas badan tanpa dapat menggerakkan kaki
walau aku berusaha. Samapi di kamar 28, aku lihat jam tepat 3.00 petang. Dari
tingkap kamar ku perhatikan cuaca agak mendung. Aku masih di pengaruhi kesan
bius walau kaki telah boleh digerakkan sedikit.
Kedatangan anak lelaki ku Asyraf
aku gunakan dengan meminta bantuan membawa aku ke tandas membersihkan diri.
Sekali lagi aku duduk dan mandi sekadarnya lantas mengambil wuduk untuk solat
Zohor. Kupanjatkan doa pada Allah agar pembedahan yang berlangsung tadi
merupakan yang terakhir serta kupanjatkan doa agar semua yang mendoakan aku di
limpahi rahmat oleh Allah SWT.
Aku baring dan tidak sedarkan
diri seketika. Aku dikejutkan tepat jam 5.00 apabila di datangi oleh Dr.Wan
Zuraini, SN Roshidah dan PPK Azwa dari Jabatan Rehabilitasi Hos Serdang. Aku
rasa bersyukur dengan kehadian mereka dan dalam kepayahan aku menceritakan
keadaan aku. Dr.Wan Zuraini adalah doctor yang merawat aku sekian lama dan SN
Shidah adalah orang yang saban minggu tanpa jemu melakukan ‘dressing’ pada luka
aku. Aku khabarkan tentang peringatan doctor Ortho bahawa kemungkinan BKA
terpaksa dilakukan. Dr.Wan keliahatan kurang selesa kerana beliau yang selama
ini merawat kaki ku lebih arif tentang keadaan kaki itu dan menyatakan bahawa
ianya sekadar ‘local infection’ serta tidak memerlukan BKA. Beliau terus
menasihatkan aku supaya tidak memberi persetujuan untuk BKA kecuali keadaan
benar2 memerlukan. Aku mengiyakan sahaja sementelah aku masih tidak mampu
menerima keadaan sekiranaya ia benar-benar dilakukan. Sekitar jam 6.00 petang
kehadiran sepupuku Hanizah Iskandar serta anak buah kesayanganku, Airi,
Aizhil dan Amirul mengubat rindu. Gamat
seketika kamar 28. Seketika, kamar 28 di riuhkan lagi dengan kehadiran sepupuku
Mustapha Al Bakri yang ku panggil ‘Cik Yang’ dan ‘Nyah’ serta Aznor dan
suaminya Azrul. Berbagai nasihat diberikan Cik Yang yang telah diamputasi kedua
belah kakinya supaya aku tabah dan redha. Sememangnya aku terpaksa akur kerana
dia telah melalui kepayahan itu. Hampir jam 7.00 aanak2 gadis ku tiba bersama
mantan isteriku. Disusuli sahabat ku Suhaime dan Husni. Tamu yang sebelumnya
mempermisikan diri. Selepas seketika aku tinggal sendirian. Dalam
kebersendirian, aku menunaikan apa yang perlu kepada Allah. Aku bersyukur
dengan apa yang telah diberikan namun itu tidak memadamkan rindu yang masih
berkesumat di hati. Selepas Isyak, kaki ku mula menunjukkan reaksi. Rasa sakit
mula menguasai. Aku cuba bertahan namun gagal. Jururawat memberikan ubat tahan
sakit namun ia tidak begitu berfungsi. Aku cuba lena namun tidak sepenuhnya.
Sempat juga aku ber’wassap’ dengan beberapa sahabat yang memberikan semangat.
Terimakasih buat Noor Salawati di Kota Kinabalu serta Norlili Nordin di Aman
Perdana, Klang. Mereka benar-benar member semangat untuk aku terus kuat dan
tabah. Aku bersyukur dikurniakan Allah teman seperti ini yang rasanya kehadiran
mereka lebih dari darah daging sendiri. Benarlah pepatah yang berbunyi ‘Family
is not all about blood, it is about those who makes you feel wanted and special.
They filled your life and pray for you though you at time mistreat them’. Allah
hu akhbar.
Aku dikejutkan apabila sekitar
jam 8.00 malam, bekas birasku Nadiah menelefon dan menyatakan mereka dalam
perjalanan menziarah aku dari Tg.Malim. Aku yang telah rasa sihat sedikit
dengan bantuan kerusi roda, turun ke tingkat bawah kerana masa melawat telah
tamat. Bekas ibu mertuaku juga hadir sama. Selepas berbual seketika dan cuaca
juga tidak menentu aku minta mereka pulang dan aku naik ke kamar kembali. Sepanjang
malam aku menjadi insan sepi. Sesepi kamar 28!
Hari 4, SABTU 7 SEPT 2013
Tidur yang tidak pernah lena
disulam mimpi dan igau didatangi oleh insan tersayang menyebabkan aku terus
bangun seawall jam 6.00 pagi. Seusai mandi dan bersarapan, aku bersedia menanti
kehadiran pakar ortho. Tepat jam 10.00 pagi kehadiran Dr. Aida dan pasukannya
mengarahkan balutan di buka. Allah, sakit sekali aku rasakan. Sumbatan gauze di
dalam luka yang dikebuk menyebabkan aku berlinang airmata. Hurm...aku
sememangnya senang sangat berteman airmata! Beliau agak berpuashati dengan
keadaan luka dan mengarahkan untuk ‘dressing’ dilakukan. Seusai semuanya, aku
tetiba menjadi sayu. Dalam kamar aku mula menangis semahunya. Panggilan dari
nombor 013 mengejutkan aku. Allah menghantar sahabat baik Zarina dari Labuan.
Panggilan beliau aku sambut dan perbualan yang pada awalnya penuh lucu
tiba-tiba bertukar situasi. Aku jadi sangat sensitif dan Zarina juga menangis
di sebelah sana. Beliau cuba menenangkan aku sebaliknya beliau juga turut menangis
bersama. Allah...Acik terima kasih sesangat. Selepas itu aku terus muram dan
mungkam.
Jam 1.00 tengahari, aku keluar
dari tandas dan aku terkejut melihat abg ku Latif berdiri di pintu bersama
anaknya. Aku terkejut yang amat sangat kerana aku tidak memberitahu beliau juga
adik beradik ku yang lain akan keadaan aku. Terpaksa aku terangkan keadaan aku
dari awal hingga akhir. Aku akur dengan tiap yang disampaikannya. Terimakasih
kerana sudi menziarah!
Sekitar jam 2.00 petang
anak-anakku hadir bersama anak angkat ku Zahin dan Danish. Terhibur seketika
dengan kehadiran mereka walau aku amat merindui adik mereka Alya Fatini tapi
mungkin Allah belum meredhakan dia untuk melawat ku. Aku bawa mereka ke kafe di
tingkat bawah dan mereka amat ceria namun jiwa aku masih terasa kosong. Sekitar
jam 7.00 petang mereka pulang dan sekali lagi aku tinggal sendirian di kamar
28. Peluang itu aku cuba manfaatkan dengan menghubungi sahabatku serta
memuatnaik status di facebook. Apalagi yang mampu aku lakukan? Aku memang bukan
penggemar televisyen. Aku terus hanyut
dengan perasaan dan airmata. Adakala aku jadi tenang tapi lebihnya aku menjadi
murung. Hebat sungguh permainan jiwa aku kali ini.
Hari 5, AHAD 8 sept 2013
Sedari pagi jiwa aku sangat tidak
tenteram. Aku menghubungi 2 orang kaunselor aku, Noor Salawati dan Norlili
melalui ‘wassap’. Mereka bertubi-tubi menasihatkan aku dan aku cuba menguatkan
diri dan hati. Sakit di kaki aku mampu tangani tapi sakit dan pedih di hati aku
pendam sampai ke mati. Berat amat untuk aku luahkan dan biarlah ia menjadi
sejarah aku serta insan yang mengalamainya.
Jam 2.00 petang, anak-anakku
serta mantan isteri ku sekali lagi memenuhi kamar 28. Seperti pesta pula
mereka. Namun aku faham mereka sekadar cuba memeriahkan hati aku dan puteri
sulungku amat memahami keadaan aku. Beliau seboleh mungkin tidak mahu
bertentang mata kerana dia dapat melihat kesedihan serta tanggungan jiwa yang
aku lalui. Syukur sekali aku pada Allah kerana mengurniakan aku Kak Long yang
cukup tabah dan kuat berbanding aku, bapanya sendiri. Cuaca yang agak tidak
menentu menyebabkan aku menyuruh kak long menghantar adiknya ke kampus segera
dan pulang ke rumah selepas itu. Sekitar jam 6.00 petang mereka meninggalkan
aku sekali lagi. Aku cuba mengimbangi diri dan emosi namun aku gagal untuk kali
yang entah keberapa. Aku terus hanyut dalam mainan perasaan. Hampir jam 10.00
malam aku dikejutkan dengan pesanan ringkas dari adik ku di Bagan Serai. Kami
berbalas sms dan beliau mendoakan kesejahteraan aku. Terimakasih Achei!
Hari 6, ISNIN 9 SEPT 2013
Pagi ini aku cuba melawan
kesedihan aku. Aku cuba positifkan minda. Selepas membersihkan diri aku
bersedia untuk kedatangan doctor ortho dan pasukannya. Sekali lagi Dr.Aida
datang dan kali ini beliau agak puashati dengan keadaan luka ku dan menyuruh
jururawat meneruskan ‘saline dressing’ pada luka itu. Cuma aku terpaksa
menunggu laporan makmal tentang ujian yang mereka lakukan terhadap contoh yang
diambil dari pembedahan hari Jumaat lalu. Aku akur dan pasrah. Bukan tiada
kesedihan namun kali ini aku benar-benar menyerahkan segalanya kepada Allah
SWT. Kun Fa Ya Kun. Hampir jam 12.00 tengahari, aku terasa mengantuk yang amat
sangat dan terus baring. Antara sedar dan tidak sekitar jam 1.00 tengahari aku
benar-benar terkejut dengan kehadiran insan yang sangat aku nantikan. Aku
seperti bermimpi. Tanpa berkacamata aku cuba mengamati samada aku bermimpi
seperti sebelumnya atau aku berhalusinasi. Ternyata Allah memakbulkan doa ku.
Aku jadi kaget, kelu dan kemam tidak menentu. Terimakasih Allah kerana menunaikan
hajatku. Berbual seketika dan beliau kelihatan amat terusik dengan keadaan aku.
Makanan tengahari yang dihantar tidak aku jamah. Kehadirannya mengenyangkan
seluruh rongga ku. Seketika laungan azan Zohor menyedarkan aku. Terus mengambil
wuduk kami solat berjemaah seperti lazimnya di rumah. Beliau menyuruh aku makan
namun aku tidak mampu menelan nasi kerana aku tidak mahu mimpi itu berakhir
dengan makan! Dia berusaha menyuapkan aku dan selepas tiga suapan aku tidak
mampu menelan lagi. Kegembiraan menjadikan aku kenyang sekenyang-kenyangnya.
Hampir jam 1.45 petang, aku menyuruhnya kembali ke pejabat dan sedang dia
bersiap kehadiran kakak iparku Nor Ashikin bersama temannya mengejutkan aku.
Mereka mengambil alih menemani aku. Berbekal sebungkus mee goring mamak dan
sekotak cuppies Carrot Cake seperti yang aku minta. Berbual seketika dan mereka
juga meminta izin untuk pulang ke pejabat. Sekali lagi berteman kamar sepi aku
berwacana sendiri. Namun kali ini, aku memanjat syukur kepada Allah atas
kurniaanNya walau seketika. Benarlah, gunakan tiap kesempatan yang ada kerana
sesaat masa terlepas ia tidak mungkin berulang kembali.
Aku kembali bermonolog sendiri
dan sekitar jam 4.30 petang, kak long datang membawa sekotak mee goring dan
sebungkus kopi O kegemaranku. Kopi mampu aku habiskan tapi mee goring kutitip
buat kak long bersama mee mamak kerana dia berpuasa. Sekitar jam 5.30 petang
kak long pulang kerana ingin mengambil ibunya dan aku berteman kamar sepi
sekali lagi. Namun kegembiraan tengahari tadi ku bawa hingga ke malam. Tidak
sepicing rasa lapar mencubit aku. Aku di minta berpuasa bermula tengahmalam
kerana seawall jam 6.00 pagi doctor akan mengambil darah untuk ujian HBA1C. Aku
akur, namun mata gagal tidur. Lampu kamar kumatikan namun aku tersenyum dengan
mainan perasaan dan membawa kepada lena di ulit mimpi bertandang sekali lagi.
Allah hu akbar. Terimakasih tidak terhingga.
Hari 7, SELASA 10 SEPT 2013
Tepat 5.30 pagi, kokokan ayam
dari penggera masa telefon tangan ku berbunyi. Terimakasih Allah kerana
mengizinkan aku menghirup udara mu. Aku didatangi doctor untuk mengambil darah.
Dua kali cubaan barulah doctor Berjaya mengambil darahku bagu ujian yang
dimaksudkan dan kesannya...tangan kiriku lebam! Aku terima seadanya. Doktor
Pelatih agaknya. Selepas menggosok gigi, aku menunaikan solat Subuh dan ingatan
tetap tidak lepas dari kejadian tengahari kelmarin. Adakah ia bakal berulang
hari ini? Teka teki bermain di benak hati. Selepas sarapan, aku membersihkan
diri dan menukar pakaian hospital yang baru. Menunggu kehadiran doktor untuk
memeriksa kaki ku. Kehadiran tiga orang doctor pakar beserta beberapa doctor
pelatih ke kamarku sekitar jam 9.30pagi benar-benar mengejutkan aku. Tanpa
pemeriksaan teliti, seorang doctor pakar itu menyatakan, “luka ni x elok, camane
korang periksa? Cuci! Report x dapat lagi? Camane korang kerja?” amboi....getus
hati ku. Dia mengarahkan Dr.Rushdi untuk memicit dan menekan sekitar kawasan
pembedahan di kaki ku. Dr Rushdi keberatan tapi demi arahan ketua, dia
melakukan sambil mulut berulang kali memohon maaf dari aku. Kesakitan yang aku
alami bukan sedikit. Menitis airmata aku. Aku tahu itu demi kesihatan aku juga
Selepas berpuashati, mereka meninggalkan kamar ku. Jururawat datang selepas itu
untuk meneruskan ‘dressing’. Dengan penuh hati-hati dia menjalankan tugasnya.
Seperkara yang ingin aku kongsikan, sepanjang berada di 7F, semua petugasnya
sangat komited dengan tugas memasing. Berpuashati sungguh aku berada di bawah
kawalan selia mereka. Kehadiran seorang pelajar perubatan untuk menjalankan
kaji selidik ke kamar ku, mematikan lamunan ku seketika. Dia bukanlah yang
pertama dan seikhlasnya entah berapa kali aku telah memutar pita rakaman minda
aku untuk berkongsi cerita dengan pelajar-pelajar perubatan ini. Mungkin aku
jenis pesakit yang tidak cerewet menyebabkan aku sering didatangi. Entahlah
tapi aku berniat dan berdoa moga perkongsian aku mampu membantu pelajar-pelajar
ini menjadi pegawai perubatan yang cemerlang di masa akan datang untuk
Malaysia. Hampir ke jam 12.00 tengahari aku menerima pesanan ringkas dari orang
yang sangat aku nantikan menyatakan ketidakupayaannya hadir tengahari itu
ekoran bebanan tugas. Aku akur walau sedikit kecewa. Namun satu lagi pesanan
wassap yang aku terima menceriakan sedikit hati ku. Watie dan Fauzan berada di
bawah kerana kekanda Watie, Nurhanina baru sahaja melahirkan anak ke 6 di
hospital sama. Selepas menunaikan solat Zohor, aku gagahkan diri turun ke lobi.
Seronok juga bertemu dan berbual dengan mereka terutama cucu angkatku Qaseh
Aleesya walaupun kesihatannya agak terganggu. Kehadiran kak long bersama
seorang lagi anak angkat yang sangat-sangat aku nantikan menceriakan hari aku.
Aku peluk, aku cium sepuasnya. Nur Alya Fatini...rindunya aku dengan gadis
darjah 1 ini. Aku telah bersamanya sejak dia berusia 2 hari dan sehinggalah
kini bersilih ganti di rumah ibubapa sebenarnya yang juga sahabat aku. Duduk
seketika di kafe melayan karenah Yaya tidak langsung membosankan aku walau
kadang kala ada sahaja perlakuannya yang menimbulkan amarah aku. Tapi itulah
keistimewaan Yaya, marah macam mana pun, aku tetap ‘bapak’ dia. Sekitar jam
3.00 petang aku menyuruh kak long membawa Yaya pulang kerana aku perlu naik ke
kamar untuk di beri ubat, sementelah kakiku mula member reaksi kurang enak. Aku
berjalan perlahan ke kamar dan terus berehat. Aku cuba berehat dan sekitar
4.18, azan Asr berkumandang dan aku seperti lazim, tidak membuang masa terus
menjalankan apa yang sepatutnya. Selepas solat aku memasang bacaan ayat2 suci
Al-Quran sambil berehat. Sekitar jam 5.00 petang aku terkejut dengan kehadiran
sesusuk tubuh yang amat aku rindui. Rupanya Allah membalas kekecewaan tengahari
itu dengan menghadirkannya di sebelah petang. Kami berbual seperti biasa dan
dia agak marah dengan keadaan aku yang tidak terurus. Sedang rancak berbual
kehadiran anakanda Dalilah Kassim mengejutkan aku. Terimakasih Ila, sanggup
datang ziarah bapak. Siap bawa biskut lagi. Beliau yang sepatutnya ingin pulang
terhenti seketika. Sekitar jam 6.00 petang sekali lagi kamar 28 di serang
dengan kehadiran teman-teman dari Marriot Putrajaya. Safry, Nani , Hajar dan
Nad. Mereka amat prihatin dengan keadaan aku. Tanpa disedari, jam menyusuri
pukul 7.00 petang. Masing-masing mempermisikan diri begitu juga beliau. Aku
redha dan mengucapkan jutan terimakasih atas kehadiran mereka. Benar-benar
mengisi masa aku seperti yang aku dambakan. Terimakasih Ya Allah. Selepas
semuanya pulang aku menyiapkan diri untuk sekali lagi mengadap Penciptaku. Aku
merasakan badan ku sedikit goyang kerana tidk langsung menjamah makanan. Mujur
ada biskut tawar yang dibawa sepupuku. Aku mengunyah beberapa keping namun
ianya tidak dapat menampung keperluan ku. Aku teringat anakku Asyraf yang
berada di luar. Aku mengirim pesanan ringkas kepadanya dan dengan pantas dia
menjawab. Ku kirimkan beberapa perkara yang dibolehkan untuk aku makan dan
minum. Tepat jam 10.20 malam, Asyraf datang membawa betik, kopi kesukaan ku dan
sebungkus nasi goreng. Naik ke kamar aku menyediakan kopi dan mengupas betik
sebagai makan malamku. Sehari lagi berlalu namun hari ini dan semalam
benar-benar aku puas kerana Allah menyahut doaku. Terimakasih Ya Allah. Aku
akur dengan ketentuanMu. Engkau Maha Mengetahui, Maha Pengasihani, Maha
Pengasih, Maha Penyayang. Allah hu akhbar!
Hari 8 , RABU 11 SEPT 2013
Seawal 6.00 pagi seperti lazim
aku bangun. Selepas menunaikan apa yang disyariatkan, aku berkelana seketika.
Malas benar aku hendak mandi. Sekitar jam 8.00 jururawat bertugas datang untuk
mengemaskan kamar serta menyuntik ubat kepada ku. Lantas memikirkan aku akan
diperiksa sebentar lagi, aku bergegas ke kamar mandi, membersihkan diri. Seusai
segalanya aku kembali bermalas di atas katil. Kehadiran Dr.Kalpreet membawa
berita yang cukup menyegarkan. “One of your test, showed good sign. The tissue
has no infection. It is merely growth” aku rasa nak menangis. Menangis syukur!
“We are still waiting for your blood and bone result”, sambung beliau. Aku
bersyukur kerana ini juga sudah menggembirakan aku. Aku terus berkhayal
seketika. Gembira sangat-sangat. Sekitar jam 12.00 tgh, doctor pakar tulang
yang menjaga kes aku tiba bersama pasukannya. Diiringi laporan makmal yang
menyebabkan jantung ku berdebar laju. “So far both results are good”, umum
Dr.Kalpreet. Aku seperti hendak menangis. Seterusnya aku dikhabarkan berita paling
gembira bahawa aku akan di benarkan pulang. Allah Hu Rabb. Tetapi, keadaan kaki
yang belum dicuci serta di balut menyebabkan aku terus terlantar di katil. Aku
menghubungi kak long memberitahu khabar tersebut juga beberapa kenalan yang
saban hari prihatin dengan keadaan aku termasuk beberapa orang kekanda ku.
Tanpa di duga, insan yang aku nantikan tiba. Dia juga baru pulang dari
menjalani rawatan lanjut di Hospital Putrajaya. Seusai kaki ku di bersihkan dan
di balut, azan Zohor berkumandang. Lantas kami solat berjemaah seperti lazim.
Dia memaksa aku menjamah makanan yang dihantar namun aku hanya mampu
menghabiskan tiga suapan. Kegembiraan untuk pulang mengatasi laparku. Jam 1.40
petang dan dia terpaksa pulang ke pejabat. Aku akur dan selepas bersalam , dia
meninggalkan aku sendiri. Tidak sampai 10 minit, kak long tiba. Aku bergegas
mengemaskan barang-barang ku dan memohon di cabut IV Line di lengan. Dengan
bantuan kak long, aku menyelesaikan masalah pembayaran di unit hasil serta ke
farmasi untuk mengambil bekalan ubat. Kasihan kak long terlalu lapar dan aku
membawanya ke kafe untuk mengalas perut. Seusai semuanya, kami terus ke Unit
Rehabilitasi untuk membuat temujanji seterusnya. Selepas itu aku bergegas
kembali ke tingkat 7 untuk urusan potong nama. Begitu banyak sekali urusan yang
perlu di ladeni. Hampir 3.15 petang semua urusan usai. Aku mengucapkan terima
kasih kepada semua petugas yang begitu menjaga aku dengan baik selama lapan
hari. Selamat tinggal kamar 28! Banyak jug kenangan di dalam kamar itu. Dari
Hospital Serdang aku meminta kak long membawa aku ke Giant Seri Kembangan untuk
membeli serba sedikit keperluan kerana aku tidak dibenarkan keluar selepas ini
nanti. Hampir 4.30 petang aku sampai ke rumah. Entah mengapa perasaan aku
menjadi sayu sesaat melangkah masuk ke dalam rumah. Jiwa dan hati aku kosong
sekosong-kosongnya. Selepas mengemas barang-barang dari hospital dan belanja,
aku mandi. Di dalam kamar mandi, aku menangis semahunya. Seperti aku bakal
kehilangan segalanya dalam hidup. Suatu perasaan yang sangat sukar aku
gambarkan. Aku redha jika ini pengakhiran hidupku. Jika ini suratan yang
terbaik buat aku. Aku berterimakasih kepada semua insan yang hadir
menggembirakan hidup aku. Walau siapa mereka, perana amat penting serta
memasing punya tempat tersendiri dalam hati aku yang serba sempit hinggakan
kedudukan aku sendiri agak terhimpit. Namun aku gembira. Seusai solat Asar, aku
mencuci pakaian, melakukan kerja rumah sekadar menyibukkan diri. Untuk
melalaikan diri dengan kesibukkan namun ingatan aku sangat kuat menghentam dan
mengkecamukkan perasaan. Allah hu Akhbar. Selepas Maghrib, kak long minta izin
untuk pulang kerana ingin mengambil ibunya dan aku seperti biasa menjadi insan
sepi yang setia. Namun aku berkeras emohon kak long menghantar aku ke Mc
Donald’s , Equine...tempat kegemaran ku dari dulu hingga kini.
Catatan ini aku tamatkan!
Teringat beberapa petikan dari
sahabat-sahabat yang mengetahui masalah dalaman aku walau tidak secara
terperinci.
·
Adakala manusia terpaksa lepaskan kita kerana
kita terlalu berharga dan mereka tidak mampu menjaga serta menghargai kita.
Ada juga benar kata-kata ini tetapi manusia sering menginginkan apa yang
terkadang tidak diredhai oleh Allah untuk mereka. Cuma manusia membuat andaian
pada skala sendiri tanpa mengira perasaan orang yang ikhlas menyayangi serta
menghargai mereka. Moga Allah tetapkan iman ku, niat ku serta menerima taubat
ku.
Salam sayang
bapakglam