Friday, December 6, 2013

PELABUHAN SENJA

PELABUHAN SENJA

Kau izinkan aku,
Melabuh sauh kasih,
Di dermaga kasihmu
Walau seketika

Meski hadirku
Di ufuk merah senja
Namun mesra mu,
Mengisi piala rindu
Walau sekadar maghrib tiba,
Aku belayar ke pelabuhan azali

Dermaga mu jua sepi
Tapi kau hiasi dengan ikhlas budi
Tiada sekelumit taburan janji

Pasti maghrib menjelma juga
Terpaksa aku melabuh layar
Menyongsong angin semilir
Menuju pelabuhan Ilahi
Meninggalkan dermaga mu
Walau hati masih pingin
Bersama mu buat seketika

Janji Ilahi pasti
Tiada cepat tiada lambat
Tiada terduga dek cerdik akal
Namun bersyukur kebersamaan
Ku bawa belayar
Selepas Maghrib tiba

‪#‎youknowwhoyouare‬

No comments:

Post a Comment