Sunday, December 15, 2013

METAFORA DIRI

Menghela lirik mata
Melihat mainan nyata
Tanpa pengertian apa
Aku terima seadanya
Walau hati meronta
Walau jiwa tidak rela

Bersyukur pada Yang Esa
Dalam duka aku di duga
Hadir kasih tanpa di minta
Walau hati letih ketara
Ku sambut jua menggagah rasa

Maaf juga ku kira
Jika diri tidak sempurna
Menggalau kasih tidak berasa
Mengimpi sinar dalam gelap
Bukan mendamba tidak mengharap
Agar tidak lagi tertiarap
Dalam berdiri aku tersungkap

Kasih datang dan pergi
Namun aku tetap berdiri
Selagi itu di mahu Ilahi
Walau amarah menziarah sesekali
Ku pasti hikmah bakal menghiasi
Seorang insan bernama lelaki
Aku PASTI

No comments:

Post a Comment