Lembayung petang
Mengiringi jejak ku
Menyusur denai rindu
Mengimbau mata jalang
Melihat dalam remang
Mencari fatamorgana
Letih seketika
Dengan mainan rasa
Namun aku bangkit semula
Mencari imansipasi diri
Mengenal wadah manusiawi
Sungguh terkadang
Aku tewas
Aku lemas
Namun keupayaan bingkas
Tidak ku menoleh
Walau hati merintih
Pedih
Syukur pada kesempatan
Masih mengenal Alif, Ba , Ta
Masih mampu bersyahadah
Terlihat kalimah Allah
Walau dalam payah
Kerana aku masih lemah
Kuat aku bukan tenaga
Hebat aku bukan akal
Mampu aku bukan berpaksi manusia
Terimakasih Allah

No comments:
Post a Comment