Friday, November 1, 2013

AKU DAN KOPI

salam sayang semua.
 lama dah rasanya bapak x update blog x pasti bapak ni. memang x de sape yg tunggu pun tapi dengan viewers mencecah 2ribu org , rasa teruja pulak nak membebel di blog.
Banyak sangat kasih sayang Allah yang melimpahi bapak kebelakangan ini. Syukur Alhamdulillah. Bpk rasa kerana sayang Allah itulah maka bpk byk diuji bibalas setimpalnya atas perbuatan bpk selama ni.
Ok, back on track, hari ni bpk nk bercerita ttg kopi. KOPI!. bpk akui, bpk mmg seorang 'junkie'. Kalo x dapat kopi mcm penagih dadah rasanya. ramai yg menyatakan tidak bagus , tidak elok utk kesihatan dan sebagainya. pengaruh kaffein la apa la...erm...bpk bkn x terima, bpk dengar tp ada alasan utk bapak teruskan habit yg dikatakan tdk bgs ni.
Bpak pernah terbaca bahawa kopi ini adalah minumn kegemaran Rasulullah SAW. Ada juga yg menyatakan mungkin penyediaan kopi pada zaman itu berbeda dari sekarang. Mungkin betul tapi pada bapak asal asasnya adalah kopi maka, x dpt banyak sedikit pun jadilah bpk mengikut sunnah bagind.
Kopi ni ada byk jenis, x reti le pulak bpk nak ngabonye. Cuma bpk amat menggemari kopi kampung. Nescafe adalah sejenis yg bpk tdk blh minum. Kalo minum maka kesannya akan sakit lutut , migraine dan sebagainya. Kopi pilihan bapak tentulah jenama Che Nah keluaran bumiputera dari Perak. Ade juga jenama lain yang bapak balun seperti 434, Hang Tuah, Cap Kepiah...dan kalo terdesak sgt, Aik Cheong dlm uncang tu pun boleh asal bkn 3/2 in 1.
Bapak suka layan kopi str8 walau bpk bkn la str8 sgt! Eh, pulak. Maksudnya bpk minum tanpa gula tanpa susu, jgn panas tp sejuk suam, bukan juga berais. sekali sekala je bpk layan kopi susu kaw berais and akibatnya beberapa hari melayan jamban! Kopi ni ada kick tersendiri. Kesan pada jiwa amat menenangkan. Mungkin juga la peranan kaffeine pada kopi. Kalo Yahudi mmgla menyatakan kopi ni byk beno jahanamnye tp dema minum kopi x hengat dunia. Kita digalakkan fruit cocktail dgn susu sedangkan ada juga hadis menyatakan tdk bgs susu di makan dengan buah2an apatah lagi yg ditinkan. Bpk ni bkn ekstrimis atau saintis...it is just my favour towards kopi.
Teringat pernah sekali bpk dlm misi kesenian ke Dubai. Stok kopi kehabisan selepas seminggu sedangkan kami ada bersisa 3 minggu lagi ke sana. Kelebihannya pula bpk berteman. Ketua Jurulatih kumpulan kesenian bapak 'Ganggasari' yg mesra bapak panggil Along, adalah peminat kopi juga. suatu ptg lepas solat Jumaat di masjid berhampiran Jumeirah Beach Hotel, kami menyusuri jalan ke kedai berhampiran. Kecik je kedainya. Kami menanyakan 'coffee' kepada peniaga dan ditunjukkan susunan kopi yg terdapat di kedainya. Rasa nak teghoyak kata oghang Perak....di rak itu tersusun kemas, bungkusan kopi CheNah! Allah sampai ke Dubai rupanya. Kami borong habis kopi tersebut. Terkezut pak arab tu!
Penyediaan kopi bpk simple. Rendam amaun yg diperlukan dalam sekoleh air panas. Bagi kembang, tapis dan campur dgn air sejuk or suam. DONE! x de fancy2! Tiap hari mesti kena kopi , kalau x kena mmg ngeletor peghot2! Minum smbl makan tgh or malam or just kopi sahaja mampu mengenyangkan bpk! Kopi juga byk kenangan manisnya. Tp x bgs la kalau bpk ceritakan di sini, mcm membuka aib sndri pulak nanti.
Selain dari itu...jeng jeng jeng...saspen la sgt katenye, bpk juga suka lepak di mekdi smbl pekena kopi. bpk x kayo nk lepak starbuck or gloria or sort of...mekdi jela, tu pun sbb leh refill byk kali. stor mcd kt umh bpk dh kenal, kalo bpk g, at least 8 kali refill! hehehe...kopi mcd ni plak pekena dgn creamer dia! Haiyooo...sampai kencin bau kopi la kaedahnye! Punya sedap!
So, kalau anak2 suka kopi, lets! Jom kita ngupi2!
salam sayang dari bapak.
Don't miss me when I'm gone yer! muah muah muah

No comments:

Post a Comment