Salam sayang anak2glam sekelian, moga Tahun Baru ini memberi sinar baru dan wadah baru kepada setiap anak2. Kita perlu bangkit dari kekecewaan dan tunjukkan pada mereka yang mengecewakan kita betapa kita mampu berdiri tegak tanpa mereka dan biarkan mereka menderita dengan tindakan dan perbuatan mereka. Alamak, mukadimah bapak emosi sikit sbb beberapa bulan ini bapak mengalami emosi yang sangat tidak stabil. Terimakasih tidak terhingga pada yang telah membantu menjadikan bapak seperti ini. Moga Allah memberkati mereka.
Back to my title today...bpk bru je blk dari menziarahi mantan isteri arwah abah bapak. Beliau ini isteri pertama kepada abah dan bonda bpk adalah isteri kedua. Jodoh beliau dgn arwah abah terhenti selepas mendapat 10 anak dan arwah abah berkahwin dgn isteri ketiga masa itu slepas ibu bapak meninggal pada tahun 1985. Sehinggalah abah meninggal pada tahun 2006. Yang bpk nak cerita malam ini ialah tentang isteri pertama arah abah. Hajjah Arba'yah Binti Shafie. Begitulah nama beliau.
Seingat bpk, sejak dilahirkan, Hjh Arba'yah ini yg mesra bpk panggil dgn MAK LANG tlh berpisah dgn arwah abah. Tapi bpk tidak pernah merasa beliau ini sebagai ibu tiri kerana layanan beliau pada bapak dan semua adik beradik sgt baik. Bpk difahamkan beliau ini ada pertalian darah dgn arwah ibu bapak. Mak Lang ni terkenal kerana kelembutan tapi dalam masa yg sama sgt tegas. Kesemua anak2 beliau dgn arwah abah berjaya dalam bidang msing2. Bapak mmg sgt berbangga dgn adik beradik bpk yg berjumlah 15 org kesemuanya. Kami tidak langsung di ajar istilah adik beradik tiri. Kami amat rapat dan tidak langsung rasa perbezaan ibu kecuali di tanya. Begitulah didikan kami oleh arwah abah. Mak Lang ni pulak walau telah berpisah dgn arwah abah, sering berada di kalangan keluarga jika ada majlis atau upacara ttertentu.
Selepas mak meninggal tahun 1985, abah berkahwin dgn Hajjah Habibah Binti Meor Mokya yang bpk panggil WAN. Wan juga seperti Mak Lang, baik sgt dan beliau kini menghabiskan usianya di rumah peninggalan arwah abah di Kg. Temiang Ipoh. Moga Allah melindungi Wan sentiasa.
Berbalik kepada Mak Lang, bpk plg suka kerana masakan beliau tidak pernah mengcewakan. Paling terbaik (dah paling, ter lagi!) ialah Kuih Serimuka! Should rasa then you know! Till now never had the same like what she did! Mak Lang ni dlu ranggi. Mcm arwah Mak juga. Merokok tu! Gold Leaf, jenama pilihan mereka! Jgn sesekali sesiapapun menceritakan keburukan Mak, mmg akan makan maki dia lah jawabnya. Dia sgt syg arwah Mak even ke akhir hayat Mak. Selepas abah berkahwin dgn Wan pun, Mak Lang sgt baik dgn Wan. Even tiap kali Eid, Mak Lang akan sama2 dtg dan tdk kekok berada di rumah Abah walau mereka tidak lagi ada hubungan suami isteri namun ukhwah mereka terjalin rapat. Wan juga dpt menerima kehadiran Mak Lang (dalam hati x tau la...maybe ade la sket cemburu kot....kot la! bkn iya pun).
Sehinggalah tanggal kemangkatan Abah, Mak Lang adalah insan yg sgt sibuk membantu. Bpk teringat mlm Abah meninggal, bpk diarahkan pulang ke rumah menyiapkan rumah sementara kedatangan jenazah Abah. Dengan Mak Lang la kami berkemas dan membantu Wan yg masa tu sgt bersedih kerana kehilangan suami. Mak Lang ni sgt unik, susah nak nampak garis kecewa di wajahnya tapi bila di renung matanya dalam2, dpt di lihat kesan kehidupan yang cukup memakan jiwanya. Allah x mampu rasanya nak capai tahap Mak Lang mahupun Abah. (Bapak cuba juga berbaik dgn mantan isteri tapi mungkin masih tidak cukup tua seperti mereka, adakala mcm nak bergaduh juga dgn bekas isteri walau namanya juga BEKAS!)
Berbalik cerita Mak Lang, dia tgl bersama kekanda bapak DOLLY MOHD ALI yang merupakan seorang eksekutif kanan di IJN. Dahulunya Mak Lng tgl bersama Yong MAIMUN MOHD ALI tapi kemudiannya memilih utk tinggal bersama Didi di Taman Berlian Gombak. Malam ni bpk terpilih oleh Allah utk menziarah Mak Lang bersama Yong dan Apit , anak saudara bpk serta anak2nya. Bpk terpanggil utk menziarah Mak Lang setelah mendengar dia kurang sihat. Selepas Maghrib , bpk tlh berusaha ke sana bersama waris2 yang bpk sebutkan td. Kehadiran bpk tdk dikenali oleh Mak Lang. Rasa sedih n pilu sgt krn dia mengambil masa utk mengingati bapak. Bkn salah beliau tp salah bapak sendiri yg sering menyendiri dan menjauh dari majlis adik beradik. Selepas bersalam seperti lazimnya, kami duduk berbual di meja makan. Keadaan beliau sgt tua benar. Terlalu uzur tp beliau sedaya upaya mengingati siapa bpk. Mcm2 yg keluar. Bpk ni sepupu Yong, cucu Yong dan kemudian, baharulah dia recall siapa bpk ini. Di mula menyebut nama adik beradik bapak dan kemudian menyenraikan nama anak2 beliau. Masa tu bpk rasa kering darah di badan. rasa nak meraung. rasa sayu sgt tgk keadaan beliau. Beliau masih mampu membaca syumul kitab Al Fatihah dgn baik dan juga beberapa ayat2 ringkas walau ada kala sedikit terbalik. Tapi itu tidak menghalang dia untuk berbual dan bertanyakan khabar. Baik juga ingatan beliau utk org yg menunjukkan kesan2 nyanyuk tahap awal.
Mak Lang, istimewa sungguh beliau. Bpk sering menjadi antara anak nakal beliau. Sering dinasihat jika nakal dan dia paling marah dgn arwah Mak jika Mak memukul bpk masa kecil. Pada beliau marahla bagaimana pun tp jgn sekali naik tgn berbanding arwah Mak yg lebih brutal kalau anak2 nakal dan x mendengar kata!
api pengamatan bpk terhadap Mak Lang mlm td cukup membuat bpk terpukul. Lirik matanya tetap terpancar sinar kegembiraan namun berjuta persoalan bermain di redup matanya. Dalam perjalanan pulang, airmata bpk mengalir deras, sementelah dgn keadaan bapak terkini yg cukup terganggu emosi dgn kesilapan dan kebodohan bapak sendiri. Tapi kerana itu sumpah dan janji maka bpk pegang sampai mati walau nyata bapak telah dihina. Bapak yakin penghinaan manusia tdk ke mana kerana akhirnya akan memakan diri mereka sendiri!
MAK LANG, Pana rasa bangga punya mak tiri mcm Mak Lang. Kalau diberi pilihan Pana ttp memilih Mak Lang sebagai mak tiri. Kalau ada anugerah mak tiri terbaek, mmg Pana calonkan Mak Lang. Ya Allah, kau sembuhkanlah Mak Lang , Kau berikanlah yang terbaik buat beliau, Kau gembirakanlah beliau di hujung usianya, Kau jadikanlah beliau hambaMu yang terpilih utk menjadi tetamu JannahMu. Mak Lang, Pana minta maaf kalau ada kesilapan dan dosa Pana pada Mak Lang. Pana bukan anak yang baik, Pana jahat tapi Pana syg Mak Lang mcm Pana syg arwah Mak , Arwah Abah dan juga Wan. Pana rasa Pana x akan mamu sampai ke tahap Mak Lang. Mulia sungguh Mak Lang.
Anak2glamz, bpk tau , bpk hnaya insan biasa yg sering khilaf dan berbuat dosa, tapi jgnlah kita sesiakan kasih sayang yg diberikan kepada kita hanya kerana ego dan rasa bongkak kita. Kita lebih kenal diri kita, kita lebih tau diri kita, maka ingatlah, bukan senang nak dapat kasih sayang ikhlas dan bukan susah nak dapat benci dendam kesumat.
Salam sayang buat anak2glam
bapak rindu kalian semua!
No comments:
Post a Comment