Saturday, August 10, 2013

Secalit Rasa, Sebungkah Cinta

Salam sayang anak2 bapak. Semoga Syawal yg tlh menjejak hari ke4 ini membawa berjuta kenangan manis buat semua. Bpk berharap, manfaatkan sebaik mungkin tiap yg Allah berikan dan bersyukur atas apa jua yg diberikanNya dengan ucapan ALHAMDULILLAH.Sesungguhnya Allah tidak akan memberatkan hambanya melainkan Dia tahu kemampuan hambaNya itu.
Apa yg ingin bpk kongsi bersama anak2 ialah pengertian pengorbanan dalam sesebuah perhubungan. Sering kita dihanyutkan dlm perhubungan yg berpaksi cinta/kasih/sayang yg mana akhirnya kita kecundang dek tuntutan NAFSU. Kita jadi galau yang melampau atas nama cinta. Kita meronta dan membutuhkan keadaan kebersamaan sedangkan Allah lebih mengetahui apa yg terbaik buat kita.
Bila dlm sesuatu perhubungan itu terjadi perpisahan, kita sering jadi galau dan ada yg setengah gila walaupun tidak gila sepenuhnya. Nauzubillah. Apa yg dialami cukup menyesakkan, menyiksakan dan ada kata menuntut ketidakstabilan emosi berbulan lamanya. Kita meratap, menangisi kehilangan sesuatu yg amat kita sayangi itu. Kita lupa pada janji Allah bahawa tiap yg berlaku ada hikmah dan pengajaran.
Namun setelah beberapa ketika dan apabila kita mampu mengawal diri dan emosi, kita mula memikirkan natijah dr perlakuan tersebut. Bapak ingin sarankan agar kita dapatkan nasihat dari org terhampir yg mampu membimbing kita dgn cara sebaiknya dengan hukum dan landas ajaran Islam yang suci.
Bpk tlh mengalamai keadaan seperti tersebut. Bapak jadi seteruk manusia. Bapak jauhkan diri dari semua org. Namun Allah sgt adil, Maha Penyayang, Maha Pengasih. Dia memudahkan urusan bpk bertemu adik kesayangan bapak, Hajjah Sarabanon dan beliau tlh sikit sebanyak mampu meningkatkan moral diri bpk walau tidak s100% tp telah melebihi 50%. Terimakasih 'achei'. Berkat apa yg dia sampaikan td, bpk tlh mampu bersemuka dgn masalah bpk dan bpk lbh bersedia kini utk meneruskan hidup dgn mengheret sama apa yg bersisa di hati bpk. Sesungguhnya melepaskan org tersayang di waktu puncak adalah sgt menyeksakan. Apatah lagi syg itu cukup tebal , kasih itu cukup suci, cinta itu atas dasar kebersamaan hanya kerana kesilapan yg tidak dpt disembunyikan maka semua terpaksa dilepaskan. Tiap perhubungan itu amat unik. suami/isteri, abang/adik , mak/ayah, adik/kakak. Bahkan hubungan manusia dgn haiwan juga adakala sgt unik dlm ertikata tersendiri. Sebagai contoh , bila kucing kesayangan kita mati...rasanya ada insan yg bermuram dan berkabung cukup lama dan cukup meratapi pemergian haiwan tersayang inikan pula bila perpisahan itu melibatkan insan lain. Berpisah mati ada kuburnya , berpisah hidup azab seksanya. Tambahan perpisahan itu bkn kerana benci tp kerana sayang. Bpk teringat sajak yg pernah bpk nukilkan bertajuk 'Ku Lepaskan Atas Nama Sayang' (rasanya ada dalam posting sebelum ini). Walaupun sblm ini, sajak itu bpk nukilkan utk seorang sahabat dan kini apabila bpk sendiri mengalamainya makan bpk pasrah dan redha selepas bpk bercakap dgn adik siang td. Insyaallah jika ade yg terlepas, bpk akan cari sajak tersebut dan post sekali lagi.
anak2 sekelian, sayang ini tiada batas, tidak kenal rupa, tidak kenal usia, tidak kenal jantina. Berlaku pada tiap org pada tiap masa. Maka apabila sayang itu terpaksa dikorbankan maka kita merasakan renjatan yg maha hebat tp insyaallah tdk sampai meragut nyawa sendiri. Nauzubillah hi min zalik! sayang terjadi dlm keadaan yg cukup tidak disengajakan. Tiada rahsia , ia berlaku tanpa di sedari apabila dua insan berkongsi cita yg sama. Meniti kehidupan bersama, menyaksikan jatuh bangun bersama, menyelam duka suka tanpa tara...itulah kasih sejati. Namun, apabila smpi ketika sayang itu terpaksa dilepaskan dalam keadaan semaraknya cukup hebat, itu adalah PENGORBANAN  yang menuntut sejuta pengertian. Bkn pada yg melihat atau mendengar tetapi pada yang mengalami. Bkn senang, bkn enteng. Kalau ada org yg berkata dia kuat dia mampu maka bpk tabik spring kat dia, tp jika dia mampu menipu dirinya dengan statement seperti itu, maka munafiklah dia! Tidak senang seperti di lihat!
KU KETAWA DI KHALAYAK
AKU SENYUM BAGAI TIADA DUKA
SINAR MATA TIDAK MAMPU DIBOHONGI
TIAP NAFAS BERBAU KAMU
TIAP HELA BERNYAWAKAN KAMU
Begitu hebat penangan cinta suci!
Tetapi apabila diperlukan pengorbanan atau perpisahan mahu atau tidak, kita terpaksa. Bkn suka2 tp itulah kehendakNya. Apatah lagi perpisahan itu utk kebaikan bersama dalam mengejar rahmat Ilahi. Allah hu akhbar. dalam bpk menaip bait2 kata2 ini, airmata bpk selaju runtuhan air di Niagara Falls! Tdk mampu bpk seka! Teringat bpk kata2 adik bpk...jika kita rindu teramat pada insan yg kita sayangi, maka dia juga sedang mengalami saat yang sama. Hadiahkan sebanyak mungkin Al Fatihah supaya rasa rindu itu diganti dgn rahmat Allah pada insan tersebut. Allah...adindaku....terimakasih teramat. Makin laju terbitan airmata bapak. Allah Kau jadikanlah tiap butir air yg mengalir ini sebagai kifarah untuk menggugukan dosa2 kecil ku! Basahkan jiwaku dgn NurMu sepertimana Kau basahkan bajuku dengan airmata ini. Hebat juga dugaan yg terpaksa bpk tempuhi kali ini. 
Sebenarnya, betul juga kata2 adik bpk...bila kita di duga seperti ini, Allah terlalu menyayangi kita. Betul sgt2. Dalam keadaan skrg, bpk cuba sebanyak mungkin mendekati Allah walau bpk sebenarnya amat Hina disisiNya. Tidak layak langsung mendapat rahmatNya. Tp bpk bersyukur, bpk masih diizinkan Allah utk menyebut namanya, menyembahNya, berastaghfar semahunya. Bpk akur kekuasaan Allah. Dia yg Maha Mengkehendaki! Kun Fa Ya Kun.  Allah...berat mata memandang, berat lagi bahu memikul , berat lagi jiwa menggalas, berat lagi hati memulas! 
Ayg, abi mohon keredhaan Allah buat kita berdua. Abi yakin jika ini yang terbaik maka inilah yg Allah janjikan. Abi yakin jika kita ditakdirkan bersama, maka itulah juga sebaiknya. Abi tidak pernah merasa sebahagia ini dalam hidup. Mengenali ayg dan bersama ayg adalah anugerah terbaik Allah kepada abi. Tidak pernah abi tersilap menerima ayg dlm hidup abi. Sebaik manusia ayg di mata abi. Abi redha, pasrah pd tiap yg terjadi. Tidak sekelumit rasa benci di hati ini buat ayg. Abi maafkan salah silap ayg dunia ke akhirnya. Abi yakin Allah akan berikan yg terbaik buat kita dalam perjalanan meniti kehidupan ini dengan sebaiknya sesuai permohonan dan doa kita.
Maaf, teremosi pulak bpk...hehehehe....ketawa bpk tidak ikhlas, senyum bpk tidak ikhlas, hilai bapak tidak ikhlas tp kasih bpk tdk terluak walau seinci! Demi masa yg akan bapak lalui selagi diizinkan Allah, bpk akan abadikan kenangan ini ke liang lahad. 
Allah, Kau ampunilh kami, Kau berkatilah kami, Kau terimalah taubat kami, Kau peliharalh kami!
Buat ayg, ingat selalu lagu MERISIK KHABAR - SUDIRMAN. Cukup bererti lagu itu buat kita berdua
Buat anak2 semua, bpk minta maaf kalau posting bpk agak celaru, hanya luahan emosi bpk. Ini shj yg bpk mampu lakukan. Moga Allah berkati kita semua
Bapak sayang korang ketat2!

No comments:

Post a Comment