Friday, November 22, 2013

LEMAK MANIS


salam sayang petang ke dua buat semua. kali ni bapak nak tradisional sedikit. Negara kita kaya dgn lagu2 rakyat. Lagu ini baru sahaja bpk dengar dendangan seorang guru besar di pahang kalau bpk x silap. Bkn sekadar suaranya yg bersahaja dan selamba tapi laras lrik yg puitis yg ingin bpk sentuh. kdg2 kita mendengar lagu sekadar sebagai halwa telinga, amat kurang yg mampu menyerap erti lirik ke dalam jiwa serta menghayati tiap baris yg terkadang amat kena pada jiwa dan sanubari kita.
'Adik di sana abang di sini  ditengah tengah rindu menderu'...lirik yg amat ringkas namun jika dihayati pengertiannya cukup menusuk. namun berapa ramai diantara kita yg mampu menghargai pengertian ini? 
syg bpk semua, dlm kehidupan kita yg sementara ini, amat bersyukur jika allah menduga kita krn melaluinya kita bisa mempelajari erti kehidupan serta menghargai tiap yg Allah anugerahi kita. Bkn tiap insan mendapat apa yg kita perolehi..tiap org ada bahagian masing2. Namun apa yg ingin bpk sarankan gunakan tiap kesempatan yang di datangi...mmg sukar melepaskan sesuatu pd saat yang teramat kita sayangi namun jika Allah mengizinkan kesempatan itu setakat ITU maka mahu x mahu kita terpaksa melangkah dlm mengharungi kehidupan duniawi. Bpk berkata seperti ini krn bpk baru sahaj mampu bangkit sedikit demi sedikit dari keperitan yg bpk alami. Bpk berterimakasih kepada semua waima kepada yang tlh menjadikan kesidhan bpk bertapuk seperti ini. tanpa kamu, bpk tidak akan kenal erti kesetiaan dan tidak akan kenal diri bpk sendiri. Bpk tdk pernah berdendam tp bpk tidak akan lupakan apa yg tlh diberikan. In syaa allah tiap kebersamaan ada pengertian tersendiri dan tiap penguraian ada kesan samada skrg ataupun masa akan datang.
Bapak berterimakasih sesangat dlm saat bpk mengalami kepedihan, bpk didatangi insan2 istimewa ini terutama 'adi' yang setia menasihati serta memaki bapak (dah penat gamaknya adi nasihat kanzzz?) sekelumit bpk tidak merasa sedih bahkan berterimakasih teramat.
Buat mereka yg hadir dlm hati ini terimakasih sesangat. mampukah kita nak beranggapan seperti tidak pernah kenal antara satu sama lain? mampukah kita tipu diri sendiri akan mainan hati dan perasaan ini. Kecik je seketul gumpalah darah dlm tubuh kita ni tp kesan cukup kuat dalam apa jua tindakan kita. Bpk berterimakasih pada Allah kerana tidak jadikan hati ini mati tapi sebaliknya disuburkan dgn kasih sayang tanpa sempadan. Bpk tidak mungkin berpaling tp bpk mohon Allah izinkan bpk teruskan kehidupan samada membongkok, mengesot mahupun menyeret tp bpk nk 'move on'...(x nak jadi Ju On)
Mmg ada insan yg mendoakan bpk jd penyedih seperti mana kata2nya...'you will miss me when I am gone' pada bpk itu doa...terimakasih cuma balasan doa itu dari bapak...'don't tell me that you did not miss me at all'! Life is not about karma sbb Islam tdk mempercayai karma tetapi Islam amat yakin pada hukum Allah...you will get what you give...ini bkn ancaman ini peringatan. terpulang pd penerimaan...
Life is simple dude....
Hehe...pd yg mampu membahagiakan bapak , terimakasih. Jarak bkn ukuran tp kesetiaan. kalau dpn mata tgl bersama pun, kalau nak buat perangai, dia buat juga...baik jauh di mata tapi tidak sesaat hilang di hati.
You know who you are!
Layan lagu ni, hayati lirik dan hargai tiap kebersamaan walau sekadar id maya kerana Allah menjanjikan kegembiraan pada yg mencari....we get hat we want....
sayang semua....

tadda.....

uish..la jenuh nak buang sawang kat blog ni. bpk ni kejap rjin kejap malas tp yg kerap, malas la! hehehe...salam sayang anak2glamz semua. Bapak doakan kebahagiaan dunia akhirat buat semua. Bapak tau bapak bukan yg terbaik buat kalian tapi kalian adalah anugerah terbaik Allah buat bapak. Mati hidup balik berjuta kali pun , bapak tetap pilih korang semua. Tak kira di mana korg berada, bapak tetap bersama korg.
Minggu ni bpk rasa seronok sbb bpk dh mula bangkit dari kebodohan bpk yg bpk buat sendiri tapi bpk yakin tiap yg berlaku ada hikmah dan bpk berterimakasih pd Allah atas tiap ruang/peluang/kesempatan yang DIA berikan. Bpk diuji dgn kekhilafan bpk sendiri, so 'eat my own heart out' lah jawabnye...hehehe
Bpk bkn manusia kental tp apa bpk kesah, this is me! take me if you know how to handle fragile goods! Leave me if you are heartless and unable to virtue expensive item or rare species! Simple dude.
Bpk tdklah menyatakan bpk terlalu bahagia tp dlm kedukaan Allah hadirkan insan2 baik yg sentiasa mahukan kebahagian bpk. Dlm kesepian hati bpk dihadirkan insan2 ini yg mengisi kesunyian lahir bpk. Seronok sgt2. terimakasih banyak. selain dari itu, bpk juga di berikan rezeki tanpa had dri Allah dan bpk bersyukur dgn tiap apa yg diberikanNya. 
Sekarang bapak rasa lega walau terkadang cengkaman perasaan ttp mengganggu bpk. Bohong la kalau bpk kata bpk sng melupakan tiap kejadian krn itu fitrah bpk, tp bpk rasa lebih fokus untuk meneruskan kehidupan. Terkini, bpk akan kembali ke KK, Sabah utk meneruskan apa yg tertunggak. Bpk tidak slhkan sesiapa sebaliknya diri sndri atas kebodohan tingkahlaku dan sng menjerumuskan diri dgn manusia yang tidak pandai menghargai bapak. Tp mcm kata adinda kesayangan bapak...itulah SAFARUDDIN MOHD ALI....klau bpk berubah maka bukanlah SAFARUDDIN namanya. hehe tx achei...mmg bpk perlukan adik bpk ni krn dia sgt telus. buruk camne abg dia ni pun dia ttp setia menjadi pendengar setia serta penasihat yg cukup baik. Tdk pnh bpk rasa terhina bila dgn dia. Syukur Allah krn memberikn bpk seorang adik yg cukup baik seperti HAJJAH SARABANON BINTI HAJI MOHD ALI ini. Seisi keluarganya cukup baik dgn bpk.
Bpk nk minta maaf kpd semua yg mengenali bpk kalau selama ini byk salah silap bpk kt korg. Bpk bukan yg terbaik tp korg mmg yg terbaik buat bpk. X kisahlah siapa , apa korg tp korg ada signifikasi tersendiri pd pembinaan watak seorang 'bpk'! seandainya ini coretan terakhir bpk , maka bpk smpikan salam kasih syang rindu teramat buat semua tp bpk kena pasrah andai ini pengakhiran bpk.  hehehe...pk selalu pesan...kalau rindu kan bpk...bacalah syumul kitab surah Al Fatihah. Insyaallah nanti Allah sampaikan. Dan kalau free...dgr2 la lagu 'Kalau Rindu' dendangan Datin Rafeah Buang. Byk sgt kenangan dlm lagu itu buat diri bpk



moga buah tangan kasih sayang bpk ini akan menjadi kenangan kita bersama hingga ke akhir hayat. senyum selalu dan bapak syg semua!!!!!

Thursday, November 7, 2013

KASIH DIGELANGI PELANGI
Hadirmu persis pelangi
Indah tapi tidak terpegang
Hanya ku hayati
Indahnya cipta jadi Ilahi
Menghiasi basah bumi
Selepas hujan mencurah tanah gersang
Aku penasaran
Menanti hadirnya pelangi lagi
Mewarnai duka sepi
Namun tidak saban hari
Kerana itu janji Ilahi
Agar aku menginsafi diri
Sujudku padamu Allah
Ampunkan aku yang bersalah
Izinkan aku beralah
Dari terus menahan lelah
Mimpikan yang tak sudah
Agar tidak lagi aku kalah

TERIMAKASIH ALLAH

Salam sayang anak2glam, walau di mana anak2 berada. Doa bpk anak2 semua sentiasa di dalam rahmat Allah hingga ke Jannah. Semoga tiap yang kita usahakan mendapat hidayah serta di dalam keberkatanNya.
Anak2glamz, pada yang tahu keadaan bpk kebelakangan ini agak idak menentu sejak Hari Raya Puasa tempohari. Bapak bersyukur walau apa keadaannya bpk cuba kuatkan hati kuatkan diri demi anak2 tersayang juga mereka yang sentiasa prihatin dan mengambil berat tentang bpk. Anda semua benar2 menggemberikan bpk walau kebahagiaan itu masih belum menjadi milik mutlak bpk. Tapi bapak pasrah kerana ianya adalah kekhilafan diri sendiri. Eat My Own Heart katanya.
Dalam bpk tercari-cari ruang dan peluang membaiki diri dan mengenali kesilapan dan kelemahan diri, Allah menemukan bpk dengan 2 org insan istimewa. Siti Norishah Mohamad dan Fadzillah Yusof. Sejak seminggu lepas, Siti Norishah atau mesra di sapa syasya, byk menasihati bpk ttg kesilapan yg tlh bpk lakukan. Dia berusaha membuka mata bpk ttg apa yg tlh berlaku, natijahnya serta kesan pd diri sendiri. Terkesima juga cuma dia sgt tdk bersetuju dgn cadangan bpk utk membawa diri ke Sabah walau bpk merasakan itu yg terbaik buat bapak. Bkn membawa diri tp bpk rasa biarlah bpk bersendiri seketika bg menyejukkan hati bpk yg lara dan kecewa krn tindkan bpk sendiri. Bpk tau kesalahan bpk ni amat besar krn ia tlh mempengaruhi anak2, rakan sekeliling dan yg plg utama diri bpk sendiri! Tapi bpk tdk pnh menyesali apa yg terjadi krn melaluinya bpk mengenali erti diri. Bpk tdk mampu berubah. Bpk adalah diri bpk. Bkn tdk mahu tp bpk tdk mampu. Kuat berleter, kuat mengongkong, kuat memaksa...walau dari awal ada sahaja yg sanggup nk menghadapi semua itu, namun pertengahan jalan tiba2 'berubah' dan akibatnya bpk yg menanggung kesan dr tindakan bpk sendiri!
Kemudian, kemuncaknya, semalam Allah temukan bpk dgn adik bpk yg sorg ni, Dr. Fadzillah Yusof, seorang pensyarah dari UPM Bintulu. Beliau seorang yg sgt simple, sgt bersahaja, namun jiwanya cukup tabah n kental. Lama kami tidak bertemu kurang hampir 2 tahun. Pertemuan semalam byk membicarakan soal hati, perasaan, kekuatan diri, selami jiwa dan mainan minda. Ila byk mengajar bpk utk membuka ruang dan peluang kepada diri sendiri. Dia tlh menunjukkan bpk kesilapan besar yg tlh bpk lakukan dlm perkongsian hidup. Sgt2 benar , tepat dan terus ke muka bpk. Anihnya bpk menerima dgn penuh kesyukuran dan bpk sgt2 berterimakasih dgn Ila krn dia tlh memberikan kata2 tersebut dgn cara berhemah serta nasihat dan cara yg dia lakukan tlh menjadikan bpk sedar apa yg bpk tlh lakukan serta apa yg sepatutnya bpk tidak lakukan.
Ila, bpk sgt2 berterimakasih dgn Ila. Kata2 Ila menusuk hati bpk dan bpk rasa sepatutnya dari awal bpk tlh amalkan perkara itu. Tp bpk msh ttp seperti itu dan kerananya bpk tlh mengalami kelukaan buat kali ke 3. byk perkara dlm kehidupan bpk yg diketahui ila. Bpk selesa bercerita dgn ila krn jika bpk pendam, bpk blh jdd gila, sedangkan ada org yg boleh terus je dgn kehidupan dan berlagak seperti tiada apa yg berlaku. Bapak salute mereka ni...hebat..mmg mereka org hebat! tdk seperti bpk yg akan mengambil masa antara 2-4 bulan utk bangkit dari kekecewaan. Cuma kesan yg ke 3 ini, bpk rasakan akan jadi terlebih lama dan bakal menjadi peneman hari2 akhir bpk di bumi Allah ini.
Bpk berkongsi kisah bpk bkn utk mengaibkan sesiapa. Keberuntungan bpk, ila tdk pernah menyebelahi bpk, sebaliknya dia menyalahi bpk dr mula bpk bercerita hingga akhir. Dia tlh dpt menunjukkan tiap kesalahan bpk secara jujur hingga bpk tdk rasa tertekan , sebaliknya menerima dgn redha dan hati terbuka. Istimewa sungguh ila ini. Kelebihan kami bila berjumpa sesekali. Begitu juga dia dgn permasalahan dirinya yg dikongsi bersama bpk. walau berlainan spesis tp ada chemistry antara bpk dan ila dan perhubungan kami mmg seperti adik beradik. Mengenali ila dan ahli keluarganya serta almarhum ibundanya menjadikan kami akrab.
Ruapanya kesilapan yg bpk ulangi adalah sama bg ketiga-tiga perhubungan bpk yg terkandas. Bila ila menyebut satu persatu maka bpk terpandang akan kesahihan pa yg tlh bpk lakukan. Cuma kesan kali ini, ila sendiri agak pelik kerana ianya sangat memakan diri bpk tp bpk telah mula sedar apa yg sepatutnya bpk lakukan bkn biarkan org lakukan pd bpk. Tapi apa sekalipun perkara tlh berlaku dan bpk dpt rasakan kesan pg td bila bangkit utk subuh dan sewaktu memanjat doa dalam dhuha. Walau tangisan ttp menjadi peneman setia, bpk lebih fokus pd apa yg dihajati dan di doakan namun bpk serahkan pd Allah utk menunaikan atau menolaknya. bpk memohon maaf kpd anak2 krn tindakan bpk menyebabkan kalian terkesan. pd klong, kcik n syasya yg amat2 tdk bersetuju dgn keadaan bpk, jgn marah mereka yg terbabit sbb yg bersalah adalah bpk kalian. Merka hanya mangsa dlm peristiwa ini. Mangsa keadaan dan mangsa bpk, kerana kebodohan bpk dlm menangani masalah hidup hingga menyebabkan mrk rasa terkongkong dan terpaksa.
Bapak redha, bpk maafkan, bpk lepaskan dan insyaallah bpk mohon Allah ber kekuatan hati menghadapi hidup bersama kenangan walau ianya sgt menyiksakan.
Bpk hrp lepas ni lebih fokus pd kehidupan dunia dan akhirat. Ntah brp hari lg yg bersisa, bpk doa Allah izinkan bpk menebus kesilapan dan keterlanjuran. Bapak yakin, Allah ampunkan tp dosa sesama manusia ni yg bpk sgt takutkan. Pd mrk yg pnh bpk sakitkan...bpk mohon ampunkan kesilapan dan kesalahan bpk. kalau korg x nak maafkan x apalah, bpk akan berusaha mencri korg di pdg mahsyar utk meminta maaf sbb itu yg tlh Allah nyatakan.
Kenangan terindah ini akan bpk pgg smpi mati kerana tidak ada 1 pun antara 3 yg punya kesamaan kenangan. tiap satu punya kelebihan dan kekurangan tersendiri dan ianya mengajar bpk menjadi siapa bpk saat ini, jam ini , hari ini. Kalau kalian perlukan bpk, carilah bapak , insyaallah, bpk tdk akan berdendam...bpk akan ada seperti mna bpk seadanya. Bpk doakan yg terbaik buat korg dunia akhirat.
Bpk juga akan berkongsi gembira dgn kejayaan korg, insyaallah bpk tdk akan susahkan korg atau mibta korg bls jasa bpk yg x seberapa pun.
Buat anak2 bpk, kesemuanya walau di mana korg berada, kasih sayang bpk kt korg x pnh luak x pnh luntur walau bpk kurang bijak menunjukkan kepada korg tp korg tahu bpk korg cemane. Pd Sya n Ila, terimakasih sekali lagi!
You guys make my day!

Tuesday, November 5, 2013

Suara Hati

Salam sayang semua anak2glamz.
Moga hari anak2 ceria dan diberkati Allah. Bpk mendoakan semua mendapat hidayah dari Allah dan sgt utama menjaga ukhwah (kalau mampu, kalau tidak camne jugakan?)
Pagi ni bpk nk membebel ttg apa yg bpk rasakan. Bpk tdk pnh memaksa sesiapa utk membaca apa yg bpk lakarkan di sini. Juga bpk tdk pernah menulis nama individu tertentu bila bpk suarakan apa yg terbuku di sini. Ia lebih catatan bpk yg terkadang ada yg baca. Silakan. Kalau elok amalkan, kalau buruk sisihkan. Tiada unsur paksaan walau atas dasar apa sekalipun. Kalau ada yg terasa dgn coretan itu maka mungkin kebetulan atau sememangny kamu yg bpk maksudkan. Tp tdk pnh pulak bpk menyebut nama2 individu secara khusus kecuali nama anak2 bpk.
anak2...bpk mmg dari azali seorang yg suka membebel dan mengomel, mengongkong dan memaksa. Tanyalah anak2 bpk Nadhira, Asyraf, Aiman, Nariza atau Asyman. Tdk penh tidk hidup mereka sunyi dr bebelan dan omelan bapak sbb itu cara bpk. Bpk tdk mampu berubah, sampai mati bpk begini. Apa yg bpk suarakan ini ialah apabila ada yg nak masuk dlm keluarga bpk, sanggup dan mengaku utk akur asal bpk beri peluang berada dlm hidup bpk. Bpk tdk pnh memaksa sape2 pun...Correct me if I am wrong for forcing you to be in my life at the beginning.
Bpk hanya mahu org yg ikhlas dan apabila masa berlalu, barulah merasa terkongkong, terpaksa dan tertekan. Masalahnya apa yg terjadi ialah bpk terpaksa telan apa shj tindakan kamu bila kamu rasa begitu. Tahukan kamu apa yg ada dalam hati ini? Tahukan kamu betapa seksa membuka hati ini utk kamu dan kemudia kamu juga yg telah menghentm dan keluar begitu shj. Kamu menyatakan manusia berubah sdgkan dari awal janji kamu akan setia hingga ke akhir. Tp, alhamdulillah, tindakan kamu menyedarkan bpk betapa manusia ini munafik walau hebat mana fahaman agama mereka. Bpk meletakkan apa yg berlaku sbg balasan dari Allah atas keterlanjuran dan kesilapan bpk. Bpk akur. Bpk lepaskan kamu walau apa alasan sekalipun. Bila syg dan menjadi benci, bila hormat dah x mampu diwujudkan lagi, utk apa menipu diri? Cuma bpk sedikit kesal kerana bpk sgt buta dalam menilai tindakan org. Bpk rela diri di hina di biadapkan oleh kamu dan bpk masih gagal membuang ingatan dan kasih pd kamu. Hina sungguh pemikiran bapak.
Allah, Kau Maha Berkuasa. Jgn sesekali kau aniaya anak2 ku walau apa jua yg mereka lakukan. Kau deralah aku, Kau seksalah aku tp berilah anak2 aku kehidupan sempurna dunia akhirat. Jgn lah Kau hukum anak2 ku atas keterlanjuran aku. Mohn aku kepadaMu Ya Allah.
Sekalipun kamu membaca coretan ini, bpk dah x kisah kerana kamu juga menyatakan antara kita sudah tiada apa2. Benarkah? Alhamdulillah. Tp jgn terus menerus menjadi munafik. Insyaallah, bpk tlh beberapa kali bangkit dri kekecewaan dan kali ini mungkin lebih sukar namun bpk akan harungi hingga akhir hayat, Insyaallah. Tdk pnh bpk mengancam kamu kerana ianya adalah apa yang kamu nyatakan juga. Bpk tdk pernah menyatakan bpk tidak bersalah, Hukuman ini bkn dr kamu tp dari Allah sbb bpk amat yakin, sepertimana bpk diuji, kamu juga tdk aman sepenuhnya! Berbanggalah dgn tindakan kamu. Bkn sekali , dua tiga....lima kali kamu menguji bpk dan kali ini bpk akan cuba mengikut rentak kamu.
Bpk rasa cukuplah setakat ini. Bpk tdk mengharap kamu kembali ke dalam hidup bpk (sepatutnya lama dah bpk buat mcm ni, selepas insiden kedua tahun lalu). Bpk cma hrp kamu ingatlah, bila org ungkit bkn utk tunjuk salah atau cari silap tp utk kita kenangkan. Mcm bila kita mengaji Quran, kenapa ada sirah2 lembaran, semua itu sbg pengajaran. X apa, bpk tdk pnh berhenti berdoa utk kamu walau kamu mungkin tidak perlukan doa bpk. Cukup kamu tau yg kehadiran kamu mmg membawa byk permulaan dlm diri bpk tp perginya kamu kali ini bpk tdk ratapi cuma bpk kesal krn ia terjadi tp suka x suka suatu hari kita berpisah juga...SETIA HUJUNG NYAWA , bpk cuba pegang, insyaallah. Bpk akan teruskan kehidupan selagi Allah izinkan. Bpk doa kamu bertem kehidupan yg lebih sempurna selepas bpk. Amiinn.....
Sayang semua

Monday, November 4, 2013

Mak Lang oh Mak Lang

Salam sayang anak2glam sekelian, moga Tahun Baru ini memberi sinar baru dan wadah baru kepada setiap anak2. Kita perlu bangkit dari kekecewaan dan tunjukkan pada mereka yang mengecewakan kita betapa kita mampu berdiri tegak tanpa mereka dan biarkan mereka menderita dengan tindakan dan perbuatan mereka. Alamak, mukadimah bapak emosi sikit sbb beberapa bulan ini bapak mengalami emosi yang sangat tidak stabil. Terimakasih tidak terhingga pada yang telah membantu menjadikan bapak seperti ini. Moga Allah memberkati mereka.
Back to my title today...bpk bru je blk dari menziarahi mantan isteri arwah abah bapak. Beliau ini isteri pertama kepada abah dan bonda bpk adalah isteri kedua. Jodoh beliau dgn arwah abah terhenti selepas mendapat 10 anak dan arwah abah berkahwin dgn isteri ketiga masa itu slepas ibu bapak meninggal pada tahun 1985. Sehinggalah abah meninggal pada tahun 2006. Yang bpk nak cerita malam ini ialah tentang isteri pertama arah abah. Hajjah Arba'yah Binti Shafie. Begitulah nama beliau.
Seingat bpk, sejak dilahirkan, Hjh Arba'yah ini yg mesra bpk panggil dgn MAK LANG tlh berpisah dgn arwah abah. Tapi bpk tidak pernah merasa beliau ini sebagai ibu tiri kerana layanan beliau pada bapak dan semua adik beradik sgt baik. Bpk difahamkan beliau ini ada pertalian darah dgn arwah ibu bapak. Mak Lang ni terkenal kerana kelembutan tapi dalam masa yg sama sgt tegas. Kesemua anak2 beliau dgn arwah abah berjaya dalam bidang msing2. Bapak mmg sgt berbangga dgn adik beradik bpk yg berjumlah 15 org kesemuanya. Kami tidak langsung di ajar istilah adik beradik tiri. Kami amat rapat dan tidak langsung rasa perbezaan ibu kecuali di tanya. Begitulah didikan kami oleh arwah abah. Mak Lang ni pulak walau telah berpisah dgn arwah abah, sering berada di kalangan keluarga jika ada majlis atau upacara ttertentu.
Selepas mak meninggal tahun 1985, abah berkahwin dgn Hajjah Habibah Binti Meor Mokya yang bpk panggil WAN. Wan juga seperti Mak Lang, baik sgt dan beliau kini menghabiskan usianya di rumah peninggalan arwah abah di Kg. Temiang Ipoh. Moga Allah melindungi Wan sentiasa.
Berbalik kepada Mak Lang, bpk plg suka kerana masakan beliau tidak pernah mengcewakan. Paling terbaik (dah paling, ter lagi!) ialah Kuih Serimuka! Should rasa then you know! Till now never had the same like what she did! Mak Lang ni dlu ranggi. Mcm arwah Mak juga. Merokok tu! Gold Leaf, jenama pilihan mereka! Jgn sesekali sesiapapun menceritakan keburukan Mak, mmg akan makan maki dia lah jawabnya. Dia sgt syg arwah Mak even ke akhir hayat Mak. Selepas abah berkahwin dgn Wan pun, Mak Lang sgt baik dgn Wan. Even tiap kali Eid, Mak Lang akan sama2 dtg dan tdk kekok berada di rumah Abah walau mereka tidak lagi ada hubungan suami isteri namun ukhwah mereka terjalin rapat. Wan juga dpt menerima kehadiran Mak Lang (dalam hati x tau la...maybe ade la sket cemburu kot....kot la! bkn iya pun).
Sehinggalah tanggal kemangkatan Abah, Mak Lang adalah insan yg sgt sibuk membantu. Bpk teringat mlm Abah meninggal, bpk diarahkan pulang ke rumah menyiapkan rumah sementara kedatangan jenazah Abah. Dengan Mak Lang la kami berkemas dan membantu Wan yg masa tu sgt bersedih kerana kehilangan suami. Mak Lang ni sgt unik, susah nak nampak garis kecewa di wajahnya tapi bila di renung matanya dalam2, dpt di lihat kesan kehidupan yang cukup memakan jiwanya. Allah x mampu rasanya nak capai tahap Mak Lang mahupun Abah. (Bapak cuba juga berbaik dgn mantan isteri tapi mungkin masih tidak cukup tua seperti mereka, adakala mcm nak bergaduh juga dgn bekas isteri walau namanya juga BEKAS!)
Berbalik cerita Mak Lang, dia tgl bersama kekanda bapak DOLLY MOHD ALI yang merupakan seorang eksekutif kanan di IJN. Dahulunya Mak Lng tgl bersama Yong MAIMUN MOHD ALI tapi kemudiannya memilih utk tinggal bersama Didi di Taman Berlian Gombak. Malam ni bpk terpilih oleh Allah utk menziarah Mak Lang bersama Yong dan Apit , anak saudara bpk serta anak2nya. Bpk terpanggil utk menziarah Mak Lang setelah mendengar dia kurang sihat. Selepas Maghrib , bpk tlh berusaha ke sana bersama waris2 yang bpk sebutkan td. Kehadiran bpk tdk dikenali oleh Mak Lang. Rasa sedih n pilu sgt krn dia mengambil masa utk mengingati bapak. Bkn salah beliau tp salah bapak sendiri yg sering menyendiri dan menjauh dari majlis adik beradik. Selepas bersalam seperti lazimnya, kami duduk berbual di meja makan. Keadaan beliau sgt tua benar. Terlalu uzur tp beliau sedaya upaya mengingati siapa bpk. Mcm2 yg keluar. Bpk ni sepupu Yong, cucu Yong dan kemudian, baharulah dia recall siapa bpk ini. Di mula menyebut nama adik beradik bapak dan kemudian menyenraikan nama anak2 beliau. Masa tu bpk rasa kering darah di badan. rasa nak meraung. rasa sayu sgt tgk keadaan beliau. Beliau masih mampu membaca syumul kitab Al Fatihah dgn baik dan juga beberapa ayat2 ringkas walau ada kala sedikit terbalik. Tapi itu tidak menghalang dia untuk berbual dan bertanyakan khabar. Baik juga ingatan beliau utk org yg menunjukkan kesan2 nyanyuk tahap awal.
Mak Lang, istimewa sungguh beliau. Bpk sering menjadi antara anak nakal beliau. Sering dinasihat jika nakal dan dia paling marah dgn arwah Mak jika Mak memukul bpk masa kecil. Pada beliau marahla bagaimana pun tp jgn sekali naik tgn berbanding arwah Mak yg lebih brutal kalau anak2 nakal dan x mendengar kata!
api pengamatan bpk terhadap Mak Lang mlm td cukup membuat bpk terpukul. Lirik matanya tetap terpancar sinar kegembiraan namun berjuta persoalan bermain di redup matanya. Dalam perjalanan pulang, airmata bpk mengalir deras, sementelah dgn keadaan bapak terkini yg cukup terganggu emosi dgn kesilapan dan kebodohan bapak sendiri. Tapi kerana itu sumpah dan janji maka bpk pegang sampai mati walau nyata bapak telah dihina. Bapak yakin penghinaan manusia tdk ke mana kerana akhirnya akan memakan diri mereka sendiri!
MAK LANG, Pana rasa bangga punya mak tiri mcm Mak Lang. Kalau diberi pilihan Pana ttp memilih Mak Lang sebagai mak tiri. Kalau ada anugerah mak tiri terbaek, mmg Pana calonkan Mak Lang. Ya Allah, kau sembuhkanlah Mak Lang , Kau berikanlah yang terbaik buat beliau, Kau gembirakanlah beliau di hujung usianya, Kau jadikanlah beliau hambaMu yang terpilih utk menjadi tetamu JannahMu. Mak Lang, Pana minta maaf kalau ada kesilapan dan dosa Pana pada Mak Lang. Pana bukan anak yang baik, Pana jahat tapi Pana syg Mak Lang mcm Pana syg arwah Mak , Arwah Abah dan juga Wan. Pana rasa Pana x akan mamu sampai ke tahap Mak Lang. Mulia sungguh Mak Lang.
Anak2glamz, bpk tau , bpk hnaya insan biasa yg sering khilaf dan berbuat dosa, tapi jgnlah kita sesiakan kasih sayang yg diberikan kepada kita hanya kerana ego dan rasa bongkak kita. Kita lebih kenal diri kita, kita lebih tau diri kita, maka ingatlah, bukan senang nak dapat kasih sayang ikhlas dan bukan susah nak dapat benci dendam kesumat.
Salam sayang buat anak2glam
bapak rindu kalian semua!

Friday, November 1, 2013

AKU DAN KOPI

salam sayang semua.
 lama dah rasanya bapak x update blog x pasti bapak ni. memang x de sape yg tunggu pun tapi dengan viewers mencecah 2ribu org , rasa teruja pulak nak membebel di blog.
Banyak sangat kasih sayang Allah yang melimpahi bapak kebelakangan ini. Syukur Alhamdulillah. Bpk rasa kerana sayang Allah itulah maka bpk byk diuji bibalas setimpalnya atas perbuatan bpk selama ni.
Ok, back on track, hari ni bpk nk bercerita ttg kopi. KOPI!. bpk akui, bpk mmg seorang 'junkie'. Kalo x dapat kopi mcm penagih dadah rasanya. ramai yg menyatakan tidak bagus , tidak elok utk kesihatan dan sebagainya. pengaruh kaffein la apa la...erm...bpk bkn x terima, bpk dengar tp ada alasan utk bapak teruskan habit yg dikatakan tdk bgs ni.
Bpak pernah terbaca bahawa kopi ini adalah minumn kegemaran Rasulullah SAW. Ada juga yg menyatakan mungkin penyediaan kopi pada zaman itu berbeda dari sekarang. Mungkin betul tapi pada bapak asal asasnya adalah kopi maka, x dpt banyak sedikit pun jadilah bpk mengikut sunnah bagind.
Kopi ni ada byk jenis, x reti le pulak bpk nak ngabonye. Cuma bpk amat menggemari kopi kampung. Nescafe adalah sejenis yg bpk tdk blh minum. Kalo minum maka kesannya akan sakit lutut , migraine dan sebagainya. Kopi pilihan bapak tentulah jenama Che Nah keluaran bumiputera dari Perak. Ade juga jenama lain yang bapak balun seperti 434, Hang Tuah, Cap Kepiah...dan kalo terdesak sgt, Aik Cheong dlm uncang tu pun boleh asal bkn 3/2 in 1.
Bapak suka layan kopi str8 walau bpk bkn la str8 sgt! Eh, pulak. Maksudnya bpk minum tanpa gula tanpa susu, jgn panas tp sejuk suam, bukan juga berais. sekali sekala je bpk layan kopi susu kaw berais and akibatnya beberapa hari melayan jamban! Kopi ni ada kick tersendiri. Kesan pada jiwa amat menenangkan. Mungkin juga la peranan kaffeine pada kopi. Kalo Yahudi mmgla menyatakan kopi ni byk beno jahanamnye tp dema minum kopi x hengat dunia. Kita digalakkan fruit cocktail dgn susu sedangkan ada juga hadis menyatakan tdk bgs susu di makan dengan buah2an apatah lagi yg ditinkan. Bpk ni bkn ekstrimis atau saintis...it is just my favour towards kopi.
Teringat pernah sekali bpk dlm misi kesenian ke Dubai. Stok kopi kehabisan selepas seminggu sedangkan kami ada bersisa 3 minggu lagi ke sana. Kelebihannya pula bpk berteman. Ketua Jurulatih kumpulan kesenian bapak 'Ganggasari' yg mesra bapak panggil Along, adalah peminat kopi juga. suatu ptg lepas solat Jumaat di masjid berhampiran Jumeirah Beach Hotel, kami menyusuri jalan ke kedai berhampiran. Kecik je kedainya. Kami menanyakan 'coffee' kepada peniaga dan ditunjukkan susunan kopi yg terdapat di kedainya. Rasa nak teghoyak kata oghang Perak....di rak itu tersusun kemas, bungkusan kopi CheNah! Allah sampai ke Dubai rupanya. Kami borong habis kopi tersebut. Terkezut pak arab tu!
Penyediaan kopi bpk simple. Rendam amaun yg diperlukan dalam sekoleh air panas. Bagi kembang, tapis dan campur dgn air sejuk or suam. DONE! x de fancy2! Tiap hari mesti kena kopi , kalau x kena mmg ngeletor peghot2! Minum smbl makan tgh or malam or just kopi sahaja mampu mengenyangkan bpk! Kopi juga byk kenangan manisnya. Tp x bgs la kalau bpk ceritakan di sini, mcm membuka aib sndri pulak nanti.
Selain dari itu...jeng jeng jeng...saspen la sgt katenye, bpk juga suka lepak di mekdi smbl pekena kopi. bpk x kayo nk lepak starbuck or gloria or sort of...mekdi jela, tu pun sbb leh refill byk kali. stor mcd kt umh bpk dh kenal, kalo bpk g, at least 8 kali refill! hehehe...kopi mcd ni plak pekena dgn creamer dia! Haiyooo...sampai kencin bau kopi la kaedahnye! Punya sedap!
So, kalau anak2 suka kopi, lets! Jom kita ngupi2!
salam sayang dari bapak.
Don't miss me when I'm gone yer! muah muah muah