Salam glamzfam sekelian,
dah byk hari juga la bpk tdk berblogging. byk sgt hal2 duniawi yg nak diuruskan. hehehe. bpk hrp anak2 semua sihat, ceria, gebu n gojes mcm bapak juga. bkn apa la kan, cuaca skrg kan x menentu, so kalo agak2 demam ke selesema ke cpt2la dptkan rawatan, jgn smpi dh melarat bru nk berubat. ok2...cukup melalut, jom kita usik2 tajuk posting kali ni, let's!
KEKECEWAAN!
kata asal ialah kecewa yang membawa pengertian keadaan di mana seseorang berasa tertekan akibat tdk dpt memenuhi keinginan di hati. perasaan kecewa mmg la sesuatu yg sgt tdk menyenangkan krn kecewa membawa kesan negatif pada jiwa seseorang insan. apakah sebenarnya punca kecewa? byk perkara yang boleh dikaitkan bila membicarakan kecewa. gagal dlm peperiksaan, putus cinta, gagal dlm temuduga, gagal mecapai apa shj yg dihajati, tdk dpt memenuhi kehendak atau kepuasan seseorang atau diri sendiri. byk sgt dan mungkin ada juga yg tdk tersearai di sini (so sila isi sendiri)
Back to our discussion...kdg2 kekecewaan adalah sesuatu yg sgt mudah kita alami. cuma apa yg ingin bapak bebelkan hari ini utk diri sendiri dan anak2glamz ialah bagaimana kita nak merawat kekecewaan itu. yg kecewa diri kita yg merawat sepatutnya diri kita juga. tapi alangkah beruntungnya jika kita dpt berkongsi kekecewaan itu dgn seseorang terutama org yg kita sayangi ataupun org yg kita percayai. tapi org percayai ni hati2, dpn kita baik bebeno...listening ears la katenye tp aleh2 dijajanye cerita kita merata tmpt. waima apa jua alasan utk menasihati ke utk menjadi contoh ke utk tarbiyah ke menjaja cerita org itu seperti juga membuka aib org itu.
Bapak bkn apa, dlm hidup ni kita sering dilanda kekecewaan. byk sbb byk punca. pegi pasar nak beli ikan cencaru tapi x de stok pun boleh kecewa atau pegi kedai mamak nk makan nasi beriani tp dah abes pun kecewa juga. kdg2 masuk tandas sbb nak memerut tp gagal menghasilkan sebaik mungkin 'simpanan' pun boleh sebab kita kecewa dan akhirnya mengundang penyakit.
apa yg sangat penting bagi kita ialah positifkan minda. bila berlaku sesuatu yg menghasilkan kekecewaan, hendaklah kita bersyukur kepada Allah kerana ia adalah yg terbaik pada kita buat masa itu. mungkin Allah nak sediakan sesuatu yg lbh baik...kita x tau! konsep pasrah dan redha adalah sesuatu yg susah sgt kita nk terima. kita sering mengatakan 'kalaulah....' , tp sedar atau tidak 'kalau' itu juga tdk memberikan apa2 possibilities , it is merely 'maybe' , 'if''! Bapak tau, skrg ni ramai yg kecewa krn apa yg dihajati tdk kesampaian, planning gagal, ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari. actually kalo nak ujan kul 3 ke 4 ke sama jer! x yah tgu ujan kul 6 or 7!
Konsep, syukur pada tiap ketentuan Allah! cuma sgtlah susah nak tarbiyah diri menerima kepasrahan atau keredhaan itu. sbb kdg2 ada sesuatu yg amat kita harapakan tp Allah x makbulkan, so kita rasa depress, frustrated, kecewa and so on. learn to accept, to percive, to live with that means. Mmg 'easier said than done' but suka x suka we have to live with it till Allah beri janji yang seterusnya!
so anak2glamz yg bpk sayangi, kekecewaan itu pasti, merawat itu perlu, menerima itu perit, org boleh cakap mcm2 tp kita sendiri yg akan telan dan alami! till then, happy olz
Salam sayang dari bapakglamz
kecewa?...jgn kecewa...coz Allah tahu apa yg terbaik untuk kita & apa yg x baik..perit utk kita..tapi terbaik dr Allah....
ReplyDelete