Tuesday, December 11, 2012

Merawat Kekecewaan

Salam glamzfam sekelian,
dah byk hari juga la bpk tdk berblogging. byk sgt hal2 duniawi yg nak diuruskan. hehehe. bpk hrp anak2 semua sihat, ceria, gebu n gojes mcm bapak juga. bkn apa la kan, cuaca skrg kan x menentu, so kalo agak2 demam ke selesema ke cpt2la dptkan rawatan, jgn smpi dh melarat bru nk berubat. ok2...cukup melalut, jom kita usik2 tajuk posting kali ni, let's!
KEKECEWAAN!
kata asal ialah kecewa yang membawa pengertian keadaan di mana seseorang berasa tertekan akibat tdk dpt memenuhi keinginan di hati. perasaan kecewa mmg la sesuatu yg sgt tdk menyenangkan krn kecewa membawa kesan negatif pada jiwa seseorang insan. apakah sebenarnya punca kecewa? byk perkara yang boleh dikaitkan bila membicarakan kecewa. gagal dlm peperiksaan, putus cinta, gagal dlm temuduga, gagal mecapai apa shj yg dihajati, tdk dpt memenuhi kehendak atau kepuasan seseorang atau diri sendiri. byk sgt dan mungkin ada juga yg tdk tersearai di sini (so sila isi sendiri)
Back to our discussion...kdg2 kekecewaan adalah sesuatu yg sgt mudah kita alami. cuma apa yg ingin bapak bebelkan hari ini utk diri sendiri dan anak2glamz ialah bagaimana kita nak merawat kekecewaan itu. yg kecewa diri kita yg merawat sepatutnya diri kita juga. tapi alangkah beruntungnya jika kita dpt berkongsi kekecewaan itu dgn seseorang terutama org yg kita sayangi ataupun org yg kita percayai. tapi org percayai ni hati2, dpn kita baik bebeno...listening ears la katenye tp aleh2 dijajanye cerita kita merata tmpt. waima apa jua alasan utk menasihati ke utk menjadi contoh ke utk tarbiyah ke menjaja cerita org itu seperti juga membuka aib org itu. 
Bapak bkn apa, dlm hidup ni kita sering dilanda kekecewaan. byk sbb byk punca. pegi pasar nak beli ikan cencaru tapi x de stok pun boleh kecewa atau pegi kedai mamak nk makan nasi beriani tp dah abes pun kecewa juga. kdg2 masuk tandas sbb nak memerut tp gagal menghasilkan sebaik mungkin 'simpanan' pun boleh sebab kita kecewa dan akhirnya mengundang penyakit. 
apa yg sangat penting bagi kita ialah positifkan minda. bila berlaku sesuatu yg menghasilkan kekecewaan, hendaklah kita bersyukur kepada Allah kerana ia adalah yg terbaik pada kita buat masa itu. mungkin Allah nak sediakan sesuatu yg lbh baik...kita x tau! konsep pasrah dan redha adalah sesuatu yg susah sgt kita nk terima. kita sering mengatakan 'kalaulah....' , tp sedar atau tidak 'kalau' itu juga tdk memberikan apa2 possibilities , it is merely 'maybe' , 'if''! Bapak tau, skrg ni ramai yg kecewa krn apa yg dihajati tdk kesampaian, planning gagal, ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari. actually kalo nak ujan kul 3 ke 4 ke sama jer! x yah tgu ujan kul 6 or 7!
Konsep, syukur pada tiap ketentuan Allah! cuma sgtlah susah nak tarbiyah diri menerima kepasrahan atau keredhaan itu. sbb kdg2 ada sesuatu yg amat kita harapakan tp Allah x makbulkan, so kita rasa depress, frustrated, kecewa and so on. learn to accept, to percive, to live with that means. Mmg 'easier said than done' but suka x suka we have to live with it till Allah beri janji yang seterusnya!
so anak2glamz yg bpk sayangi, kekecewaan itu pasti, merawat itu perlu, menerima itu perit, org boleh cakap mcm2 tp kita sendiri yg akan telan dan alami! till then, happy olz
Salam sayang dari bapakglamz 

Tuesday, December 4, 2012

Terimakasih Sayang


TERIMAKASIH SAYANG


Kutitip ucapan ini
Khas buatmu
Insan yang ku hargai
Kerana hadirmu
Mengisi piala kasihku
Memenuhi kontang rindu
Membasahi bumi sayangku

Meski hadirmu di hujung senja
Namun cukup indah
Menghiasi kamar hati
Mewarnai jiwa sepi
Seorang insan bernama lelaki

Senyum manismu
Lirik matamu
Senda guraumu
Menjadi igauan tiap tidurku
Menjadi senandung tiap rinduku
Menjadi irama syahdu lara ku

Sayang
Kecewa mu, kecewa ku jua
Pilu mu, pilu ku jua
Namun ku yakin,
Kebersamaan mu
Membina kasih  abadi
Mungkin istana cinta kita
Tidak di bina di sini, dunia seketika
Tetapi indah di sana
Kekal abadi selamanya

Terimakasih sayang

Patient oh Patient

Salam sayang semua glamzfam.
Pg ni bpk mcm biasa menjadi pengunjung setia Hospital Serdang. Selepas mengambil ubat di farmasi (hri ni punye ramai org tp cepat plak dpt ubat!) bapak terus ke unit kegemaran bapak Jabatan Rehabilitasi & Fisioterapi Hospital Serdang! Bpk pegi tanpa temujanji sekadar nk tunjukkan kpd Dr Wan Zuraini keadaan luka bpk. Seperti biasa, beliau tanpa lelah tanpa jemu meladeni bpk dan yg best sal Dr.Wan ni, kami x sekadar berbincang soal kesihatan tp mcm2. mcm la bpk ni tau belaka katenye tp best kongsi idea dgn beliau. walau muda tp contented dan pakar dlm kerjayanya. Begitu juga petugas lain seperti SN Rosidah dan staff kaunter hadapan juga teknisyen Effa yg selalu je dgr rungutan dan permintaan bpk! hehe...thanks guys.
Well...apa yg bpk nk omelkan hari ni bkn soal layanan Jab Rehab Hos Serdang. Mrk sentiasa memberi yg terbaik...
Bpk rasa terkilan dgn sikap sesetengah pesakit yg dtg ke Rehab. Tahukah mereka, Jab Rehab Hos Serdang antara yg terbaik pnh bpk lihat dan alami. Kalaulah mereka di hantar ke Hos Rehab di Cheras, blm tentu mrk mendapat layanan seperti di JRHS.
Kes 1; seorang pengiring pesakit dengan tidak puashati, bertanya dgn nada agak sinis ttg giliran temujanji. beliau memberitahu yg dia di arahkan dtg jam 10.30 pg. dn hampir ke 1 pg, ibunya masih tdk dipanggil sedangkan mereka dtg tepat jam 10.30! tahukan dia yg ada pesakit yg dtg seawal jam 9 pg utk temujanji 10.30? bkn dia sorg tp utk jam 10.30 pg ada 4-5 pesakit sedangkan doktor bertugas 2 org. tiap pesakit plg sekejap mengambil masa 20 minit! Beliau ttp rasa x puashati dan bapak nak je suh dia pegi ke hos swasta kalau dah angkuh sangat! tgu dlm bilik aircond, tv terpasang,majalah bertaburan, tandas sebelah, apa lg dia nak? free ok! merungut seolah x syukur peluang dan ruang yg Allah bagi.  bpk sndri sbg pengunjung tegar JRHS pnh dtg jam 9pg dan bjumpa doktor jam 12 tgh! kalaulah mereka ni berkesempatn ke hospital lain , Hos Kuala Lumpur misalnya, baru mrk tau erti syukur. Ataupun ke unit rehab hos swasta, mau rabak henbeg x berjenama yg dia pakai! murah hockay! Nasihat bpk, bawa2 la bljr brsyukur...kalau byk duit pun blm tentu dpt yg terbaek!
Kes 2; ni baikla walau kedengaran agak sinikal. Pesakit ini membuat rayuan supaya ditemukan dengan doktor pilihan be;iau. mmg la tiada syarat yg membolehkan hal tersebut tp atas budi bicara mmg boleh diuruskan. Mungkin staf kaunter hadapan ingin mempercepatkan masa menunggu jadi mereka hantar pd mana2 doktor yg available! Rupanya pesakit ni x suka (frankly , bpk pun mcm tu, bpk sanggup tgu untuk berjumpa doktor yg bpk nak! siapa lagi kalau bkn Dr.Wan Zuraini! hehehehe) Bkn ada any attachment or apa2 tp seronok dgn beliau krn cra dia merawat pesakit. sgt close to the patient. muka manis...pesakit rasanya nk doktor sebegini bkn doktor muka mcm askar pengebom Israel! Ada doktor tgk pesakit mcm hina sgt! tp x taula apa kebaikan yg bpk pnh buat, doktor2 yg merawat bpk, alhamdulillah baik2 belaka. Berbalik kes 2 ini, dptlah akhirnya dia membawa isterinya berjumpa Dr.Wan. Allah hu akhbar, mmg berbeda cara Dr.Wan melayan beliau dgn doktor sebelumnya (nama dirahsiakan atas sbb keselamatan!). Cumanya Puan ni agak tertekan disebabkan sakit beliau dan sepertinya ingin segera sembuh. bila bpk beritahu yg bpk merupakan pengunjung tegar sejak 2005, terkejut dia. Suaminye pula membuat temujanji seterusnya 4 bulan akan dtg. Sedangkan bpk tiap mgu ke JRHS dan kadang kala 2 kali seminggu (ni Jumaat ni kena pegi pulak! syg betoi depa ngn bpk! lama x jumpa...rindu le tu!) 
Bpk bersyukur sgt sbb Allah kenalkan bpk dgn Hos Serdang ni. Tiap Jabatan di sini menyediakan doktor terbaik. walau msih muda tp berbudi bahasa. Staff Nurses jgn cerita la! The best ever. SN Dayang, SN Rosidah just to name a few kemudian SR Rohani, SR Patmah n others (bpk lupa dh nama!) begitu juga petugas di wad! Bpk dh merasa mcm2 wad di situ. Dari bilik ramai2 sbb 1st class x kosong hinggalah bilik sorg...mmg terbaek.
Jd pd pesakit di luar sana yg dpt kemudahan ke Hos Serdang, hargailah apa yg kalian dpat. Furthermore, ini ialah HOSPITAL PAKAR YER! tiada jab pesakit luar! You have to be referred to be a patient here!
cukuplah...krg melalut plak!
oh ya, bpk tdk di bayar utk membebel ni, bkn nk puji tp benda betul kena kita akui!
Salam sayang anak2glamz semua!

Monday, December 3, 2012

Cuaca Oh Cuaca

Salam syg glamzfam.
Seperti biasa KL menangis lagi! tiap ptg! kesian dengar banjir melanda kembali! beberapa negeri tlh mula membuka pusat pemindahan banjir. Kpd mangsa banjir, sabr ye, adik2 lak jgn main air bah, nanti bahaya!
Hari ni bpk nk ngomel pasal pengaruh cuaca kpd mood seseorang. Betulke? Nk kt salah pun tdk juga. Erm...pg td bpk ok je sbb cuaca panas...bila ptg je, ujan mula menyiram bumi, tiba2 perasaan jd kelam. sgt meruntun kalbu. plg ketara, mula ingat mcm2. ingat anak2. ingat masa lepas n masa silam. mcm2 yg bermain di benak ni.
Paling sentap bila hujan, duduk rumah dengar bunyi ujan menitik patutnya syahdu, tapi x tau knp bkn syahdu tapi SAYU! haiyo....apa sudah jadi? kadawalei! cuaca yg sejuk, mencengkam jiwa...ewah...feeling kejap. tp bpk perasan tiap kali ujan, perasaan akan terus menjadi moody. apa di pegang serba x kena. Apa nk dibuat, semua x menjadi. nak bersuara tp x berbunyi. nk menangis tp airmata bagai di seka! knp yer? Bila ingat insan tersayang lagi la perasaan bagai rojak penang. serba x kena. kenangan mengusik jiwa sgt. aiyork...bpk dh jd emo plak! x boleh jdi niyh! hehehehe...kena gagah n tabah. Allah Maha Mengetahui!
Bila cuaca panas lak, kita jd sng teruja, sng aktif dan terus senang marah! berlengas, x selesa sng menjadikan kita lupa diri skjp. tp yg best, bla kita renung2 blk, sikap dan diri ni, kita yang kawal...jgn biar nafsu mengawal akal jgn biar perasaan bermaharajalela. tp jgn la pulak smpi x de perasaan. tu dh jd robot! haiwan pun ada perasaan.
Apapun bpk yakin tiap org lain pengalaman mereka. 
salam sayang semua anak2glamz.....

Saturday, December 1, 2012

ERTI KETENANGAN

sayang syg glamzfam sekelian,
bpk hrp hari anda dipenuhi dgn keceriaan dan kegembiraan serta penuh kerahmatan. seharian hujan, benar2 menguji kesabaran dan ketenangan. knp ye? benarkah peranan cuaca memberi impak kepada emosi manusia? bpk x tau la sejauh mana kebenaran kata-kata ini ttp hari ini bpk rasa ia amat mempengaruhi diri bpk dr tgh hinggalah saat ini.
TENANG
apa itu tenang? camne nak tenang? rata2 skrg org menggantikan tenang dgn 'relaks'! hurm. mmg kita bisa tenang jika kita mampu menerima apa shj yg tersurat dan tersirat. tetapi lumrah manusia, sering mempersoalkan sesuatu hingga mempengaruhi emosi dan tindak tanduk selagi hati x tenng. Hati? Hurm, besar sungguh pengaruh secebis organ dlm diri kita ni. kecik jer tp boleh menjadikan manusia serba x kena atau serba kena! hahahah camne tu?
ada org boleh berlagak tenang, cool, relaks tp hakikatnya? manusia ni dpn org mmg cool, mmg chill tp bila sorg2...pergh...terbaek arr cengeng, gabra, kelam kabut, kusut. mcm2 la!
kdg2 kita gagal juga sembunyikan rasa gabra kita dan org sekeliling sng je cakap...'tenang ye'...hallo , x yah cakap la...kalo sesenang yg korg cakap, x de la org nk kelam kabut. mmg tenang arr. tp bila main dgn soal hati dan perasaan ni...x yah la mcm bercakap ikut bontot! hehehe...sorry, bahasa bpk jahat sket!
tp betul bila kita dinasihatkan untuk tenang dgn cara berdoa, solat sunat dan memohon sesungguhnya dari Allah SWT. Bpk tlh malkan(selalu sejak kebelakangan ni) dan alhamdulillah, ia byk membantu bpk menjalani hidup dgn lebih teratur walau tidak sesempurna mana! Tp again, siapa yg boleh define sempurna kecuali dari Allah jua. Sempurna dri mata seorang manusia lain tu bpk x peduli sbb itu benchmark mereka bkn benchmark Allah. anyway bak kata org kg bpk di kuala kangsor 'better said than done'....cakap sng la beb...buat tengok!
hehe...sorry, bkn emo just nak being practical.bila dlm keadaan gusar n sush hati, org suruh tenang! haiyo...klo boleh tenang x yah cakap le, bpk pun tau....x gitu? tp terimakasih la sbb bil org minta kita tenang, itu tandanya org nk kita cool, relaks dan jgn tension! terimakasih...cma uk berada dlm keadaan tenang di saat emosi berperang adalah sesuatu yg seperti meletak pisau di leher kita dan menyuruh berhenti mengorek telinga di saat telinga gatal sesangat! hahaha...tgh lali beb korek tinga..boleh2 nk suruh stop...ilang akai ape!
analogy bpk sgt x relevan. x de apa2 just being ridiculous! 
Apapun mencari ketenangan is always part o life. dlm apa jua yg kita lakukan semestinya ketenangan amat dihargai. kdg2 anak nk exam, mak ayah yg gabra...bila masakan x menjadi pun kita gabra, bila kucing nk beranak pun kita yg gabra (bpk kucing tu x tau pun bini dia nk beranak!) sng bebeno kita ni x de ketenangan! mainan emosi ni susah nk kata, susah nk duga, susah nk kawal. tp kena act cool la, baru nmpk tough...pas tu masuk bilik, nangis...lembik mcm tauhu kena pijak!
anyway, tenang ni boleh dibantu dgn tindakan mcm td (mohon pd Allah) dengar ayat2 suci, kata2 membina semangat dari kawan/teman terutama org tersayang. So lps ni sape yg rasa x tenang, cubalah amalkan tp buat diri bpk, kata2 dari diri sendiri adalah sebaik nasihat utk mencari ketenangan. bljr mengajar diri sndri. bljr mengawal pemikiran akal dan hati, insyaallah sbb kita je yg tau knp kita x tenang.
till then, muah muah muah
Salam sayang, bapakglamz to glamzfam!

Thursday, November 29, 2012

Kalau Anda Gembira......

Assalamualaikum.
Salam sayang anak2 glamz...moga keberkatan di penghulu hari ini menghiasi semua anak2glamz.
"Kalau anda gembira tepuk tangan,
Kalau anda gembira tepuk tangan.
Kalau anda gembira beginilah caranya,
Kalau anda gembira tepuk tangan"

Dari kecil kita dodoikan anak2 dgn lagu di atas. Mmg la bila kita seronok kita tepuk tangan, tarik hidung, kenyit mat, petik jari dan sebut 'horray'. Apa kata kita olah dan ubah sedikit lirik lagu itu...

"Kalau anda gembira kata Allah" (Alhamdulillah/Subhanallah/Allah huakhbar)

ataupun

"Kalau anda gembira sujud syukur' (lengkapkan nyanyian seperti lagu di atas.

kdgkala perlakuan yg berulangan ini akan memberi pengukuhan pd jiwa anak2 kecil yg semestinya suka/gemar meniru tiap perlakuan. Kita didikla dgn kalimah2 ini agar mereka sentiasa mengingati Allah. Tapi karang ada pulak yg mengatakan lagu begini x boleh di ajar di taska/tadika berbilang kaum. Hurm...difikirkan
mmgla kedengaran sensitif tp bila kita dedahkan anak2 kita dgn lagu2 jahiliyah dgn lirik yg berbaur lucah/seksist x la pulak kita kesah (ke mak ayah x faham lirik tu?). 

hehe...sowei2...bpk bkn la tarbiyah bg telinga bernanah pg2 ni...just nk share apa yg bpk fikirkan...x suka x pa, tiada paksaan di sini. Sebenarnya apa yg bpk nk bebelkan ialah perasaan gembira atau gumbira (ucapan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee).
Apa erti gembira? byk sgt tafsiran byk sgt andaian. Pd bpk simple...terpulang pd yg mengalami perasan ini kerana 'gembira' ialah suatu penglahiran perasaan yg sukar ditafsirkan atau ditetapkan maksudnya. tp rata2 bersetuju gembira ini dikaitkan dgn keseronokkan. Bila sonok/syok kita happy la. X gitu? Itu tidak disangkalkan...bila gembira kita rasa suatu perasaan yg sukat digambarkan tp kita akan rasa 'topnotch' sangat.
Tapi x juga disangkalkan, ada juga yang gembira dalam derita. Hah, ni yg kronik sikit. Dia akan gembira jika disakiti, dikhianati dan dianiaya. Hurm..pelik betul. x adalah sampai begitu but then, ada org yg ttp gembira walau dia dilanda masalah/bencana/musibah. Allah...bahagia benar org sebegini. bukan senang nak sampai tahap begini bila kita mampu gembira dlm menghadapi musibah.
So camne yek? Hurm...positif. Bpk percaya aura positif mampu membawa kita ke tahap seperti itu. Bila kita menerima tiap pemberian Allah , suka atau duka maka kita akan gembira. Tapi benar2 mampu ke kita utk gembira di saat duka? ini mungkin dpt dizahirkan tp tidak mungkin dpt di kekalkan dalam sanubari. Kita mungkin boleh senyum(fake smile) walau dlm hati bergelora mcm ribut 'Sandy'! sering kita tertanya kenapa si anu si anu tu tetiba murung, walhal tiap hari kita lihat dia gembira n happy sahaja? Mungkin itu persoalan kita! atau kita mampu tersenyum seharian pada org, bersapa baik tetapi bila blk ke rumah atau berasa dalam keadaan berseorangan, mulalah kita menitis airmata, berduka dan berhiba. knp? itulah kelebihan org yg mampu gembira dalam derita. byk benda yg menyebabkan kita begitu. tmbhan bila melibatkan perasaan. contoh? korg ni malas fikirkan? suka minta bpk bg contoh. ok la...1)menghdiri majlis perkahwinan org yg pernah bertakhta di hati kita. depan tetamu senyum smpi telinga tp dlm hati nk meraung berguling-guling. tapi sbb nk tunjuk macho kita gagahkan diri. ramai yg kata, perempuan biasanya begitu. tunjuk kuat tp balik, meraung menonggeng! hehehe...salah...lelaki pun ramai yg begitu, cuma lelaki ni akal pjg so dia cover! kalo nk ikut, hati lelaki lebih lembut dari jelly! sal tu hebat mana lelaki, dia akan tunduk dan cair dgn rayuan wanita! wanita pulak lemah bila dicumbui lelaki (waima Myanmar/Bangla ). Sedih. Asasnya sama je, selagi bergelar manusia, perasaan tu ttp sama. ada pasang ada surut.
Bapak? bpk pun manusia juga, opkos la ada juga tacing2 and feeling2. mmg kuca lembei juga hati ni tp x la smpi nk bunuh diri but masa mula2 tu sembab juga la mata ! hahahahaha...normal bg manusia.
jd pada anak2 sekelian , ingat kalau anda gembira sebut Allah. krn Allah x pnh abaikan kita. dalam suka. duka, baik, jahat semua berlaku atas izin Allah. Jadi ingatla Allah.
Salam sayang glamzfam!

Wednesday, November 28, 2012

SENYUM!

Salam glamzfam.
seringkali kita diingatkan untuk mulakan hari dengan mengucap syukur kepada Allah, diikuti dgn tuntutan wajib dan sebagainya. pelengkap permulaan hari, kita diminta bersenyum sentiasa.
SENYUM!
senyum x perlu kata apa2...ni lagu! senyum dikait dgn manis wajah, sedekah, kebaikan, kesenangan. Semuanya memberi tonasi yg positif. sememangnya senyum mampu menjadi penawar di kala duka. Dalam menghadapi kemelut atau ranjau kehidupan, bila kita senyum serta merta ia menjadi seperti remedi untuk merawat duka di hati....selalunya sendiri cari pasal sendiri rawat la...x yah nk harap org plak! x de maknenye kecuali mengharap balasan...bkn la x ikhlas tp bak kata pepatah 'ada ubi ada batas' (tpi bpk tgk org tanam ubi x de batas pun, men cocok jewr!).
berbalik kepada pengaruh senyum pada kehidupan individu, sememangnya senyum mampu menjadi penawar. hanya org yg tersenyum itu tahu apa yg dirawat dan apa yg disenyumkan. gerakkan sedikit otot bibir n pipi maka terserlahlah senyuman (kecuali yg mmg muka pecah rumah karat keras, wat kot mane pun muke menten mcm agar2 lembik terhempas ke lantai!) eh , jgn tau...ada org, berabis dia cba senyum tp muka ttp nmpk keras kejung. ada org x yah senyum2 tp muka menten sweet...sejuk je tgk (iras2 muka bapak la sket! katenyer! ko ader?) 
senyum iabrat sedekah. betul sesangat cma yg dirisaukan sedekah bagaimana? siapa pula penerimanya? apa tujuan senyum itu disedekahkan? haish...byk pulak persoalannya...senyum je dah la abes citer....byk lak soalan bpk niyh! bkn apa, bpk takut senyum membawa kepada langkah seterusnya...klau baik x apa, kalau x baek camne? x baek camne? erm...contoh mudah, kita ke pasaraya, tetiba pompuan santek senyum, kita balas, dia hampiri, dia sapa kita teruja, penghujung kalam kita terperangkap membeli produk tidak diperlukan. Nah...senyum td tlh menjadi pencetus kepada perkara tdk baik. sebab? balik rumah, bini tanya, apa pasal beli? laki terkedu mo jawab! masa tu senyum kot mane pun tarak guna! sbb bini masa tu x mampu senyum dan laki sekadar mampu senyum pahit dan menelan air liur (nak2 insiden berlaku petang khamis malam jumaat, byk le air nk di TELAN!) acum! itu 1 contoh, byk lagi contoh yg disengajakan. Lelaki berpakaian kemas, rapi, hensem, macho menjaja senyuman kepada gadis. Gadis menjadi cair, hati tertawan. lepas seminggu 'headline' kat news, "Gadis 16 tahun dilarikan kekasih ke Lombok"! hamek kau! nk salahkan sape, senyum, lelaki, gadis, Lombok? hahahahaha....bkn nk gelakkan musibah yg menimpa org tp kdg2 kita berbaik x bertempat, senyum bkn pada yang hak, sedekah pd org yg tdk layak menerima sedekah akibatnya kita yg kena kenduri arwah!
Sangat tidak salah untuk senyum, mmg tuntutan agama, fitrah manusia...cuma 'moral of the story' bak kata org pekan Bota Kanan, ketahui,fahami,adaptasi situasi yg memungkinkan senyum itu dizahirkan...jgn semberono atau sebarangan sbb berkemungkinan kita menghuni hospital buah-buahan ada 2 di semenanjung, sila pilih! tettt)

Salam sayang glamzfam

Bakat Terpendam Vs Anugerah

Salam sayang glamzfam. apa khabar? bpk demam tp x boleh tdo. so,dr pusing bolak balik atas katil, baik merapu kt blog sendiri. Bakat terpendam ini biasanya dikaitkan dengan kebolehan seseorang yg tidak pernah terfikir oleh yg empunya diri. Tetapi biasanya ia mampu melakukan sesuatu yg di luar kebiasaannya dgn baik. Anugerah juga adalah kebolehan yg diberi oleh Allah SWT kpd hambanya dlm menguasai sesuatu kemahiran. Bakat terpendam atau anugerah ni byk kategorinye. Bakat menyanyi (selalunya ramai la yg berangan hangit! mcm bpk la!) bakat berlakon (pun mcm bpk juga) bakat dlm bidang seni, x kisah la seni apapun waima seni memasak, seni mengemas, seni menyusun..wei semua ni kena seni tau sbb ianya penghasilan akhir yg halus. kalau org x pandai lipat kain contothnya, hasil lipatan tu bolehlah dikategorikan seperti hasil kerja org x berjari (istilah yg arwah mak bpk dulu suka pakai!) Bakat menyanyi contohnya...kalau org x pndi, mmg kelaut le suara dan muzik ke gunung....silap2 digelar 'tone deaf'...keji istilah itu! tp itu kenyataan...nk jd penyanyi tp menyanyi mcm suara org meraung nk beranak sulong, x ke azab? ok2 enuf merapu.
Bapak sebenarnya nk bok bek tentang bakat memasak. Ramai org hari ni bila diaju soalan ttg memasak, mrk jd mcm kepala kura2..terkenyup ke dalam bila takut! Alasan? ala...wat pe bljr masak bagai nak rak, kedai makan,restoran, fastfood, catering...bg tau je...bayo je...sedap2 n hebat2 belaka. Huh! Hak Tuih! steten pemalas sungguh! Bpk percaya tiap org dianugerahkan dgn bakat memasak. cma standard masakan itu berbeda. Tp bila difikirkan, sape plak yg menetapkan sesuatu 'standard' masakan. Ia mesti begini bukan begitu. Hurm...sape yg buat benchmark begitu? Apa erti masak/memasak? bila benda mentah, di adun, di aduk, di olah menggunakan benda panas, masak la. benda panas tu skrg pelbagai, dapur gas, microwave, smart cooker...mcm2 tp panas la. lom jumpa lagi kaedah, kalo nk masak kena sejuk bekukan. mesti panaskan, baru namanye masak! ye ke? ok, biarkan isu itu. yg bpk nk bebelkan ialah bakat memasak!
rata2 hari ini org lbh suka mencari makan luar berbanding masak sndri. chef terhebat di dunia pun bila di tanya, dia suka mencuba makanan luar (ye la, letih gamaknya memasak so dia prefer masakan org lain plak!)
Dalam pada itu ada juga yg skeptikal ttg memasak ni. mcm2 alasan. tapi, susah bebeno ke masak ni? 
Bapak cba mencari apa kerumitan/kepayahan dlm memasak tp x berjumpa kecuali alasan yg berpaksi pd perkataan 'MALAS' , cma helah bela diri tu basanya diperbagaikan...x sempat kja byk, x sempat beli bahan mentah, byk kja di opis, x guna masak makan sorg berdua je...mcm2 lagi la.
tp kan, betul ke memasak ni susah banget? Bpk akui, penyediaan bahan masakan tu yg kdg2 melelahkan, tp memasak is never a burden! pd bpk la! 
Selepas boleh memasak kena dihidangkan. Rasanya di sinilah pula bakat memainkan peranan utama. cemane nk jdkan masakan nmpk santek supaya org berselera nk makan. tp kan (byk beno analogy bapak ni) jika di rumah, mak goreng ikan sgt sedap rasanya, tdk pula mak lapik dgn salad, timun bercorak ke hape ke. kdg2 terbeliak mata ikan (kesan gorengan) garing/hangus tu kira authentic la, keras pun ok..tp ttp kita kata the best in the world!tp skrg, dlm peredaran masa dan zaman yg makin tiba ke penghujungnya...nk makan pun kena presentable. make up kena cantik, hiasan kna lengkap. Bila terbaca sebegini bpk bertanya, knp pelik bebeno? masakan ni bkn pd rupa semata tp pd rasa! hanya mrk yg berbakat dan dianugerahkan mampu memasak dgn baik (bkn sempurna yer!) menghidangkan dgn molek.bpk pnh terkena biskut yg nmpk cantek, siap ada makeup bagai tp rasa mcm biskut cap ping pong. in fact biskut tu or biskut hup seng lbh enak lgi. x yah fancy2. ni bkn main lgi hiasan but rasa mmg zapin hanuman!
bakat masak ni semua org ada tp x nk semai n sering x nk percaya pd diri sndri. selalunya sbb mengharapkan org memuji...wah pandai ko masak, wah sedap ko masak, wah cantek ko masak. kalau org x puji, dia rasa rugi...haiyooo...rugi ka? memasak ialah ibadah, memberi makan ialah sedekah barulah barokah! so lepas ni x nk ada alasan lagi...semua org boleh masak...
Salam sayang...glamzfam

Tuesday, November 27, 2012

Kesetiaan

Salam glamzfam.
sebelum melalu, bpk nk ucapkan tahniah kepada anak bpk Neeja Ami yg juga follower blog ni yg tlh menamatkan zaman gadisnye. beliau selamat diijabkabulkan dgn Amizan Achik seorang guru. Tahniah buat korg n cpt2 bg cucu kt bpk yer! ahakzzz.
Tajuk di atas bkn tajuk lagu Siti Sarah ye. hehe...hari ni posting bpk mcm sensetep jewr...sesuai la dgn cuaca yg suam2 kuku ni kan, so nk feeling not well kejap!
Kita perlu setia ke? Setia tu camana? biasala...setia ni dikolerasikan dgn pasangan la! tp kdg2 dlm berkeluarga pun 'kesetiaan' ni sgt perlu. bkn apa...'family stands together' or 'blood is thicker than water' , tu kata2 org kg bpk la! acum! betul syg, i setia dgn u...percayalah(pas tu pasang lagu 'Percayalah' Dato CT, mampo?) Sakai la bpk! hahahaha...x la...kita suka org setia ngn kita tp kita sndri yg mengkhianati kesetiaan itu. bapak la...bpk x nk relate kt sape2 tp kalau terkena ke tertempias ke desyum2 la jwbnye! x la, setia ni bkn dari perlakuan juga tp pada perasaan dan plg utama penghayatan. tp penghayatan ni jgn la sekadar dalam hati sbb bpk pnh dibgtau 'dalam hati orang kit bukan tahu b'....cewah...ayat! hahahaha
perkataan tu mmg simple...5 je huruf dia tp berat sgt. mcm bpk la! desyum! kita seragamkan setia ini dgn perlakuan,pengucapan tp plg utama penghayatan yg ada dalam hati kita. mmg la kita x nmpk hati org tp kalau perlakuan kita dh x menjurus kpd kesetiaan maka x de la penghayatan namanye! betul x kak long? betul x nuar? hehe...dorg ni anak2 kesayangan bpk...eh semua pun anak2 kesayangan bpk lah! desyum! bapak harap dgn bebelan sikit bpk ni, kita sit down and ponder for a while apa erti 'setia' ni. is it worth to be inculcated in our daily life...ewah ...cakap Batak plak! 
bpk hrp sgt2 pd yg berpasangan di luar sana...jgn ber3some dh la...pegangla kalimah setia ni elok2...sbb sekali ia di khianati, susah nk dpt blk kesetiaan org pd kita, tambahan org yg kita sayang! muahhhh
salam glamzfam

ERTI KASIH SAYANG 1

Salam glamzfam.
Hari ni bk nk usik2 topik yg senang org utarakan/bicarakan/lafazkan tp agak liat utk dikekalkan. 
KASIH SAYANG
apa ye? susah nk didefinisikan? yg susah bila pengertian disempitkan. perlakuan tdk diselaraskan dgn niat. kita semua nk kasih sayang. semua dahagakan kasih sayang. anak2 menuntut kasih sayang dri ibubapa. ibubapak pula menuntut kasih sayang dari anak. Kasih sayang yg paling ketara bila antara dua hati. ini lebih hebat. krn kasih sayang itu dtg dengan pakej. perhatian, penjagaan,penghormatan...erm...kalau antara mak bapak atau anak2 pun sama la juga kan? hehe...saje je. Apapun pengertian itu tertakluk kepada individu. Ikut suka la nk ditafsirkan bagaimana.
PERLU KE?
knp kita perlukan kasih sayang? ramai mengatakn dgn kasih sayang kita rasa dihargai,diperlukan, (opkos la dikasihi dan disayangi; dah tu nama dia!) sronokkan? tp brp lama ia mampu bertahan? hati kita sering mengatakan sayang dan kasih tp selalunya tindakan kita langsung tidak menjurus kepada itu. sering kita mengenepikan org yg kita sayang tu bila kononnya kita nak memudahkan cara (bapak pun buat juga!) Tapi tahukah kita, tiap perlakuan kita sering diambilkira oleh pasangan kita! Sering terjadi, bila dah berbalah dah berungkit-ungkit, barula keluar ungkapan 'maafkan' , 'janji x buat lagi' , 'x sedar pun' (tgh hilang akal ke apa?) 'mana ada'(ni lagi kes hilang akal sbb x sedar buat apa!)...letih terkadang tapi itu realiti. 
susah sgt ke nak hargai org yg kita sayang kita kasih? Siang malam kita mengucapkan kalimah itu tapi sampai masa kita senang2 je lupakan pengertian apa yg kita ucapkan. Nk kata sbb dpt kesenangan, tidak juga bahkan penghinaan lagi ada...tp kita sering mengabaikan hanya krn rasa tersepit,terheret dan terbabit.
Anak2glamz, bpk bkn apa, dalam kesempatan bersisa masa yg Allah titipkan buat kita ni, hargai la apa yg kita ada...tumpang ADA! esok2 dh x de baru nk meratap hiba dh x guna. 
SUSAH SANGAT KE?
erm...ni satu lagi bikin sesak nafas. hehehe...senang melakukan kasih sayang (erkkk...18sx!) tp bila menghargai, mengimarahkan dan mengamanahkan kasih sayang tu mmg sgt cliche. ada je penghalang. Ala...dah x ikut kata hati kau, mmg la kau rasa susah...itu antara dialog biasa yg kita dengar...tp kalau dh x nak berkompromi/menghargai org yg kita kasih n sayang, apa ke jadahnye nak berkasih sayang? baik bg je kasih sayang tu pada pokok bunga ke, kucing ke hik hik hik.....
x de la, bpk bkn nk marah or bebel , bpk cma nak anak2 lebih menghargai apa jua yg tlh org yg kita sygi tu lakukan. bpk pun kdg2 tersasar juga. org tu punya la syg kt bpk tp bpk buat nohen je (bahasa oghang peghak tu!) mmg la betul, bknnye nk berdakap 24jam nk berdangai 24jam tp bila adanye kasih sayang ni kita nk la tiap perlakuan tiap tindakan dibincangkan bersama sbb natijah dr tindakan itu ada kesan kolaborasi bersama. tempias ke kesan ke akan tertimpa pada yg berkasih sayang itu! sgt rasa terkilan/kecewa bila kita disishkan, diabaikan, dipinggirkan dalam apa jua tindakan yg dilakukan oleh org yg kita sayang...tmbh menyesakkan bila kita dpt tahu hanya di penghujung rancangan! Tu pun ntah apa yg Allah nk tunjukkan. lps tu bila kita tanya, org yg kita sayang tu senyap, buat bodoh dan plg sedih membuat statement 'watever'! hurm...mcm pnh ku lihat perkataan itu, tapi di mana ye? hehehehehe
x apalah...nk rest dlu...baru je bersihkan sawang dh bikin panas! hehe...x lah, bpk saja nk lepaskan apa yg terbuku di hati...x bermaksud nk sungkit sape2 pun walau yg tersungkit itu bpk sendiri...aiyorkk... bapak harap kita semua kekal dalam kasih sayang hingga ke jannah. Allah Maha Mengetahui. apapun bpk mahu perasan ini terus wujud hingga ke akhir nafas bapak yang diizinkan Allah. Buat semua anak2 bapak, kasih sayang bapak x pnh tiris walau setitik. biar kering air di kali, asal tidak kering kasih di hati. Bapak sayang semua!
Salam Glamzfam

Salam Berhabuk

Em, lama sgt bapak abaikan blog ni...kesian sgt2. bkn shj berhabuk, bersawang malah mujur x bernyawa. hampir2 nk masuk ICU. Bpk rindu semua dan bpk hrp semua sentiasa sihat ceria. byk sgt yg tlh bpk lalui sepanjang bpk bersembunyikan diri. insyaallah bapak akan cuba kongsi2 dgn anak2 kesayangan. bapak rindu semua!