Thursday, February 10, 2011

SAHABAT

Salam glamzfam, maaf, lama juga bpk x update blog. Ingatkan x bekerja ni tdklh sibuk mana, tp biasalah manusia, ada shj perkara x berfaedah yg nak dilakukan hingga sedikit melalaikan. Namun pg ni bpk nak bercakap sedikit ttg 'SAHABAT'. Setiap org bersahabat, menjadi sahabat dan perlukan sahabat. Samada berkongsi cerita,berita,derita,suka,pendengar setia dan bermacam lagi mengikut kesesuaian dan keperluan. kdg2 kita juga sedikit mendesak dlm persahabatan,kdg2 kita juga sedikit longgar dalam persahabatan. segalanya bergantung kpd keperluan,masa dan kehendak satu2 masa. Ada yg mengatakan sahabat sejati ni x kira masa, berkorban apa saja...erm...cliche juga krn kdg2 ada yg bersahabat,berkorban apa saja tp utk mentuntaskan keperluan semasa. Sahabat juga namanya tu. Kdg2 kita juga pertikaikan keikhlasan dlm persahabatan. Kita bertanya samada sipolan2 ikhlas bersahabat dgn kita tp jauh dlm sudut hati, seikhlas manakah kita bersahabat dgn beliau? suatu persoalan yg sering kita temui jawapan kerana jawapan itu biasanya utk mebela diri kita sendiri. "Eh! Aku ikhlaslah kawan dgn kau!" (tapi jauh di sudut hati, kita sendiri terselit kegusaran dgn kenyataan yg kita hamburkan)
Sering persoalan yg timbul apabila keinginan atau keperluan kita tdk dpt dipenuhi oleh insan bernama sahabat. Pd ms itu juga kita mula rasa gelisah dan terbit di benak kita sejauhmana keikhlasan persahabatan itu. Kita mempersoalkan tindakan sahabat itu dgn tindakan yg pernah kita lakukan. Ikhlaskah namanya itu? Oh, masa kau susah,aku tolong kau, bila2 masa je, tapi bila aku minta tolong mcm2 alasan yg kau beri! Itu antara untaian rungutan yg biasa kita kita omelkan bila keperluan tdk dipenuhi oleh sahabat. Erm...adakah keikhlasan perlu balasan? Kita terlupa, terkadang, kekangan menyebabkan keperluan kita gagal dipenuhi dgn tepat atau dlm kata lain, Allah tdk redha pada masa itu utk sesuatu kejadian. Tapi, berapa ramai pula yg menerima kenyataan ini? Kdg2 tindakan Allah pun kita pertikaikan. Wow!
Tapi ada juga yg menjadikan persahabatan utk keperluan peribadi semata. Tiap keinginan atau keperluan perlu dipenuhi oleh 'sahabat' berkenaan tanpa kita ambil kira kesediaan,kesanggupan dan keterimaan 'sahabat' berkenaan. Asalkan hajat dan keperluan kita di penuhi maka itulah pokok intipati kepada persahabatan. Perlu ke? Ada juga yg mempertikaikan tempoh persahabatan. Terlalu singkat persahabatan kita! singkat atau lama tempoh persahabatan itu tdk boleh dijadikan isu. Erti persahabatan itu sebenarnya yg perlu di lihat. Mengapa kita bersahabat? Adakah utk mencapai hasrat yg tersirat? Untuk memenuhi nafsu? Untuk mengusaikan apa yg tertunggak? Untuk memenuhi keperluan bersahabat itu sendiri? Perkara ini sering kita abaikan krn kita merasakan itu adalah perkara remeh. Remeh ke? Kalau remeh mengapa dipertikaikan tempoh persahabatan? Kita mengungkit bila org tdk lagi mahu bersahabat dgn kita. Kita mempertikaikan tempoh persahabatan yg terlalu singkat kerana hajat yg kita harapkan dari persahabatan belum terlaksana. Jadi, apakah erti persahabatan yg sebegitu? Adakah sekadar utk mengeruhkan keadaan atau sekadar mempertikaikan tindakan org tanpa merujuk apa yg kita lakukan?
Bersahabat biarlah ikhlas. Ikhlas bkn kepada sahabat itu sahaja tetapi kepada diri kita sendiri. Jgn sekadar bersahabat hanya utk mencapai hasrat atau memenuhi keperluan. Memang, tiap manusia ada agenda tersendiri,tapi kompromi dan bertolak ansur serta memahami dgn keadaan semasa amat diperlukan dlm sesuatu persahabatan. Ibaratkan seperti 'air laut' yg ada pasang surutnya. Kehidupan ini penuh dgn persahabatan. Sesama insan, dengan haiwan,dengan alam semesta dan yg plg utama bersahabat dgn Maha Pencipta. Teringat menonton satu rancangan TV di mana merekaa menemuramah mantan aktres tersohor negara Noorkumalasari. Beliau mengatakan kekasih,sahabat belliau ialah allah. tiap kali waktu solat, beliau tidak sabar2 untuk melangsaikan hutang dan bersedia mengadap Allah. Seolah-olah beliau ada temujanji bertemu kekasih. Tdak mahu kekasihnya menunggu lama dan dalam keadaan beliau tdk lengkap bersedia. Senang shj perumpamaan itu tp mendalam maknanya dan kini kehidupan beliau, alhamdulillah. Seronok sungguh sewaktu beliau menceritakan hal ini. Begitu bersungguh-sungguh, begitu ikhlas. Kita ni kalau nak jumpa bf/gf, berabis bersedia. Pakaian secantiknya,Urus serapinya. Tapi mengadap allah sekadar menutup aurat dan berwudhu. Bapak pun tdk terkecuali. selalu je macam tu. Tp bpk x de bf/gf...yang ada hanya insan yg menyayangi dan menghargai...ahakz. Sayangke? Ok2...back on track...berbalik kepada isu bersahabat itu tadi, keikhlasan kita amat di hargai. Keikhlasan kita! Bukan keikhlasan sahabat. Jika kita rasa x ikhlas atau terpaksa memutuskan persahabatan itu atas sebab2 yg hanya kita fahami, maka lakukan secara jujur dan ikhlas. Memang tiap pengakhiran akan ada sedikit ketidakpuasan,tercalar di hati namun jika itu yg terbaik maka lakukan dgn ikhlas. Sebagai manusia biasa, dlm persahabatan byk hati yg perlu kita jaga sehingga melupakan hati kita sendiri. Tp kalau rasakan itu yg terbaik, maka teruskan. Bkn menjadi insan yg pentingkan diri sendiri tapi biarlah seperti jalan dua hala serta mempunyai persimpangan bila2 perlu supaya mudah untuk membuat pusingan atau perhentian. Janganlah lajak terus. Tapi jika sahabat itu telah menjadi musuh, maka itu juga bergantung kepada keikhlasan. Jika tdk dpt menerima kembali maka setidak-tidaknya,ambil jalan sendiri. Ikhlas dgn tiap tindakan. Sahabat jgn di salahertikan,jgn disalahgunakan ,jgn di ampaikan tanpa tujuan. Sahabat menjadi peneman suka duka. sahabat juga juga mengiringi kita walau di mana. sahabat setia ke akhir hayat. Pada yg tlh berumahtangga, jadikan pasangan anda sahabat yg plg ikhlas dan setia. Tp jagalah batas2 persahabatan itu. Pd yg 'bersahabat', jgnlah jadikan persahabatan itu laluan satu hala! Pada yg bersahabat dgn bpk, terimakasih krn sering bersama bpk suka dan duka. Maaf juga jika sewaktu bersama bpk, terlebih duka dari suka. Tapi, bpk bersyukur kepada Allah krn kesempatan yang diberikan dalam mengenali kalian samada kita pernah berjumpa mahupun sekadar teman maya. Semoga Allah memberkati kita semua. Pada yg menyayangi bpk, terimakasih dan bpk sanjungi syg itu sampai mati.
Love all...muah3x

2 comments:

  1. salam bapak...wah panjang lebar bapak stori pasal SAHABAT...seronok syasya baca...best betul, memang ape yang bapak cakap tu betul orang bersahabat kite pun bersahabat tapi kita kadang2 alpa(selalu..hehehe)yang apabila kita bersahabat kita sedang memikul tanggungjawab jugak...jadik kite kena bagi komitmen pada sahabat kita...apepun sya berharap sangat sya dapat menjadi sahabat yang baik kepada sahabat2 sya walau di mana mereka berada... atleast menjadi pendengar yang baik di sat mereka memerlukan...luv u 2,3,4...

    ReplyDelete
  2. sebenarnya pandangan itu untuk diri sendiri juga, terkadang kita rasa tlh beri yg terbaik tp penilaian itu sebenarnya mengikut piawai kita bkn piawai sahabat. Cuma kena kompromi dgn apa jua yg tlh berlaku tp jgn lh kita menyesakkan diri dgn isu2 yg menjadikan kita kurang bijak bertindak. insyaallah ank2 bpk mampu menangani apa juga keadaan...muah3...love u guys, infinity!

    ReplyDelete