Monday, February 14, 2011

ITULAH SAYANG

Salam maulidul rasul buat ank2 tersayang, maaf jika terlewat mengemaskinikan blog. Harap semua berada dalam situasi yang menyenangkan bersama insan tersayang juga melakukan hal2 yg menguntungkan. Untung ini bkn sekadar melibatkan wang ringgit tapi apa sahaja yg menyenangkan bahkan memberi kesedaran. Pada yang merasa sepi, fahamilah bahawa, 'sepi itu indah'. Jgn di anggap sepi menjadi perosak kepada emosi kerana terkadang dalam sepi itu kita mampu bermuhasabah serta bermunajat dalam mencari kebahagiaan. Sepi juga mengajar kita untuk mentarbiyah diri sendiri kepada persekitaran serta menerima sesuatu seadanya.
Kali ni bpk nk bercerita erti sayang mengikut persepsi bpk sendiri. Jika ada kesamaan mahupun percanggahan dgn individu lain,awal2 bpk mohon maaf kerana ianya mengikut ramuan,rencah dan citarasa bapak sendiri. Setiap insan berhajat untuk mengalami perasaan sayang. Saling menyayangi, menyayangi, berkongsi sayang serta mengungkapkan kata sayang. Tapi cukupkah sekadar pd perlakuan tanpa di iringi perasaan? Bapak memikirkan sebelum di ucapkan sayang perlu di dalami dan difahami erti sayang. Seperti bait2 lagu 'Itulah Sayang', dendangan allahyarham Tan Sri P.Ramlee. Lirik yg mudah tapi indah.
Pengertian sayang pd seseorang bergantung kpd pemahaman individu tersebut. Cuma terkadang, dalam sayang terselit lain2 perasaan yg sama penting dan sama perlu. antaranya marah, cemburu, irihati serta rindu. Wajarkah perasaan ini wujud bersama? Pada bpk,semua inilah menjadi rencah utama dlm perasaan sayang tersebut. Tapi terkadang ada juga yg tergamak mengkhianati sayang itu. Terutama jika merasakan terlampau disayangi hingga tergamak melakukan apa sahaja kerana berpaksikan ingatan bahawa kita ni teramat disayangi maka kita sukar dibiarkan begitu sahaja. Betulke?
Itulah natijah yg bakal menimpa jika kita gagal sayang pada diri sendiri pada permulaannya. Kita mahu sayang , kita mahu meyayangi kita kita lupa syang dan meyayangi diri kita sendiri pd mula2 kita kenal erti sayang. Kita biarkan diri kita di curangi, dibohongi hanya atas nama sayang. Kdg2 hingga melibatkan serangan fizikal. Sanggup di pukul,di sepak,dimaki hanya atas nama SAYANG! Perlu ke?
Ada wanita sanggup berkongsi suami atas nama sayang. Ada lelaki sanggup berhabis jutaan ringgit hanya untuk menunjukkan sayang. ada insan yg sanggup menahan perasaan hanya kerana sayang, walau terkadang org tersayang menggatal di depan mata. Sanggup melayan org lain di telefon berjam, di depan kekasih,sedangkan kekasih menjeruk hati memndam rasa. Baik betul sikap mcm ni...terpuji...bkn minta puji ye!!! Sayang biarlah atas dasar ikgn sekadar pelampiasan nafsu semata. Jgn sehingga kehilangan org yg kita sayang. atau jika rasa sayang itu telah haus,terkikis,terhakis,berkurangan...lakukan sesuatu atau lepaskan. Lebih mudah. Jgn diseksa perasaan dan hati insan yg pernah kita sayang. Siapapun dia,apapun dia, perasaan sbg manusia tetap wujud. Soal hati dan perasaan bkn soal yg boleh diambil mudah.
Bpk hormat sungguh pd org yg boleh melupakan apa sahaja yg terjadi dgn mudah. Memang terbaik! Memang jenis selamba dan x kisah. Bangga giler arr sng cakap. Tp apa pula perasaan yg sebelah pihak? Mampukah dia juga melakukan yg seumpama? Jgn hanya pentingkan perasaan sendiri!!!. Fikir dan bertindak sebelum melakukan sesuatu. Atau kalau rasa perlu juga dilakukan, walau atas nama poligami, pergilah ke tempat lain, jgn terlelalu terbuka atas nama ikhlas kerana yg mendengar belum tentu terbuka walau senyum masih terukir.
Tapi bila fikir balik, well, kita perlu jadi sedikit skeptikal terkadang. Betul juga, krn dia sayang diri dia sendirilah maka dia lakukan perkara ini. Erm...betul juga kan? X apalah cuma ingatlah...jgn kita sedar kita kehilangan sayang apabila kita hilang org yg menyayangi kita. Sayang memang mudah diucap, hanya 6 huruf tetapi sukar diharfiahkan kerana ia menuntut pengertian dan kesanggupan yg hebat walau kelihatan mudah...maka sayangilah apa yg anda ada selagi ianya ada. Jgn nanti tercari-cari dan merisik khabar tanpa henti hanya setelah insan yg meyayangi kita telah pergi atau tiada. Tapi ingatlah juga bahawa terkadang ada perkara yang 'PERLU DILEPASKAN ATAS NAMA SAYANG'.
Salam glamzfam.
p/s
post ni x de kena mengena langsung dgn sambutan hari jahiliah yg bertentangan dgn ajaran Islam. Hanya pndgn bpk terhadap erti sayang. muah3

No comments:

Post a Comment