Thursday, May 2, 2013
DUGAAN DAN UJIAN
Salam sayang anak2 bapak yang bapak rindui walau di mana jua kalian berada. Nafas dan kenangan anak2 senantiasa malar segar di jiwa bapak. Anak2lah yang menjadikan bapak ceria sentiasa.
Hari ni bapak nak berceloteh tentang ujian dan dugaan yang Allah berikan kepada kita sebagai hambaNya. mmg senang utk kita cakapkan tapi bila kita sendiri yg tanggung then baru kita tau langit tinggi atau rendah. Tiap yang Allah berikan kepada kita adalah atas usaha kita samada yang buruk mahupun yang baik. Beberapa minggu kebelakangan ini, bapak diuji dengan memacam cabaran oleh Allah. Ada yg bapak mampu senyum, ada yang bapak bersedi ada yang buatkan bapak menangis beberapa hari tanpa tidur yang mampu melenakan. Tapi di hujung hari, bapak pasrah dan berserah pada Allah kerana Dia yang menentukan serta menetapkan tiap yg berlaku.
Bapak memang bukanlah manusia sempurna. Tiap hari bapak bergemelumang dengan kesilapan dan kesalahan. Bila Allah beri dugaan , sekurang-kurangnya bapak jadi lebih baik dan lebih dekat dan bapak yakin Allah tidak pernah menjauhkan diriNya walau bapak bukan dari kalangan hambaNya yang mulia dan terpilih. Bapak bersyukur dalam keadaan yang serba lemah, bapak masih tidak dikelukan lidah untuk mengucap kalimah syahadah dan berastaghfar kepadaNya. Allah hu Akhbar. Bapak rasa, anak2 juga mesti banyak yang telah di lalui dan di rasai. Mesti memasing ada cerita tersendiri kan?
Yang best, bila kita mampu bangkit dari kekecewaan itu dan membaiki kesilapan diri serta memaafkan sesama kita serta menerima tiap yang berlaku sebagai ujian dalam kehidupan tanpa menyesali or menyalahi sesiapa..tp yang itu susah sket la kan? escapism kita sbg manusia sering meletakkan kesalahan pada org lain walau terang dan nyata, kita sendiri yang membuat kesilapan tp lumrahla manusia, ttp dgn ego dan bongkak diri seketika.
anak2, bapak harap, anak2 terutama bapak sendiri akan cepat2 bangkit bila di uji...samada kita bersalah atau berpihak benar, tidak salah jika kita jadi yang pertama memohon maaf. Mohon maaf bkn bererti kita kalah tapi kita menerima kekhilafan diri dan kekurangan diri sendiri tanpa memepertikaikan apa yang berlaku. Tadi bapak berjumpa seorang teman lama. Siti Hafsah Syed Baharom nama beliau, bapak hormati kak siti ini kerana pekertinya dan kerana suaranya....persis biduanita Sharifah Aini smenetelah mereka ni mmg berdarah Arab. Dia beritahu bapak, dalam life ni kena move on, jgn sesekali singkap apa yg telah berlaku dan dia tegur bapak kerana itulah kesilapan bapak. Bapak bkn pendendam tapi bapak bukan pelupa! bapak sering mengingat apa yg telah terjadi pada bapak and to her that is not good at all. Thanks a zillion kak siti utk advice itu. akan di pegang selagi mampu.
Bapak bersyukur kerana dikelilingi insang yang tersayang dan sangat menyayangi bapak. Tu yang paling bapak syukur sangat2. Kak long, acap,eija,uda, ache, usop, boy, watie,pozan dan yg plg bapak sayangi, nua. Terimakasih kerana sentiasa ada untuk bapak walau bapak bukan yang terbaik untuk anda,
Bapak sayang semua!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
kita manusia.....biasa lah bapak...ada salah & silap..kalau tak..bukan nama manusia la. hehe...cheer up! fill your life with colours and u'll appreciate more..**wink*
ReplyDeletewatie, how I wish the colours are splendid enough to cheer me up. Unfortunately I succumbed with my own emotion. Astaghfirullah
Deletewoweeeee... :) babymok kan ada. hehe
ReplyDeletekalaulah babymok depan mata x apalah boy! at least dpt juga melegakan perasaan
Delete