Thursday, May 2, 2013

HINA BENAR NILAI SAYANGKU INI DI MATA MU

Salam sayang anak2 glamz bapak sekelian. posting kedua berturut selepas sekian lama blog ini kesepian dan ketandusan dek kesibukkan mengejar impian. haiyoo...jiwang mentalun giler malam ni!

Anak2 sekelian. Kita sering mengucap sayang. Senang sangat terkadang. Sayang ini juga wujud dalam berbagai rupa. 
@Aku sayang pada kamu
@Sayang sungguh dia x sempat nak jamah karipap itu
@Kalau sayang kenapa marah?
@Sayang menyayang (ala lagu jiwang Jamal ngn Ogy dolu2)

Hehehe...ok ok o k..apa yg bapak nak utarakan (well x kisah la nak baratkan ke, nak timurkan ke , nak selatankan ke) apa juga pengertian sayang itu? sering kita melacurkan perkataan itu bila kita meminggirkan keindahan pengertian tersirat perkataan itu. Atau mungkinkan dek kekerapan sayang di bibir maka ia ibarat titisan air liur yg melepasi penapis bibir? hurm...biar apapun tafsiran anak2 pada perkataan ini, bapak harap sangat2 fahami benarlah ertinye samada diucapkan kepada seseorang atau menerimanye dari seseorang. 

Apa yg perlu dilakukan? sayang pada pengucapan mmg tidaklah banyak mana pemberatannya tapi apabila sayang itu disertakan dengan perbuatan seperti perhatian, penjagaan, kasih, pengorbanan maka ianya menjadi suatu yang amat besar. cukup global untuk ditafsirkan sekadar pada 6 huruf yg membentuk perkaatan itu.

Kita tau kita di sayangi apabila orang yang menyayangi kita sanggup melakukan apa sahaja demi kita. Melupakan fitrah mereka sendiri demi sayang mereka kepada kita. Melupakan hasrat dan keinginan mereka demi 'melengkapkan' kita. Maka sewajarnyalah kita menghargai sayang yang serupa itu. 

Sayang bukan sekadar pengucapan terhasil letusan ujung lidah di bibir atas dan di tekankan pada lelangit untuk menghasilkan bunyi 'SAYANG' itu. No No No..it is a gigantic issue than that. 

Sering kita menyalahgunakan sayang itu untuk kepentingan peribadi. Di akhir kalam, bila kita telah dapat apa yang kita hajati, maka kita berusaha mencari laungan sayang dari bibir lain tanpa memikirkan natijah pada pengujar asal ataupun samada nila pengujaran sayang dari bibir yg baru itu seikhlas dari yg asal? Tu yg kdg2 kita menyesal dan inginkan yg lama tapi dah terlambat. "Sayang, semuanya, sudah terlambat, x perlu, engkau sesalkan lagi"...bait2 lagu 'Shidee' penyanyi era 80an! 

Mengapa jadi sebegitu? terkadang kita jadi terlalu yakin mereka yang mensedekahkan sayang pada kita itu tidak akan berpaling arah..'take things for granted' kata org Kg Gajah, Perak ataupun 'opportunist' kate orang Kg Teluk Bakung , Bota. Kita hanya menyedarinye bila insan itu telah tiada atau berlalu pergi. samada pergi berlalu atau pergi utk selamanya. 

Jgn la sesiakan orang/insan yang menyayangi kita apatah lagi amat menyayangi kita hingga terkadang mereka lupa untuk menyayangi diri mereka sendiri. Ambil sedikit masa, renung-renungkan apa yg telah kita dapati dari insan itu. jgn ralat untuk mengakui, jgn juga liat untuk berkompromi jika kita menyedari perkara tersebut. kerana yg dtg kemudian itu x mungkin akan setaraf dengan yang asal. sebenarnya kdg2 yg baru itu lebih baik tapi 'benchmark' yg telah kita gariskan or tetapkan yg tidak memenuhi KPI! kita menjadikan yg asal sbg garis panduan. Tapi mampu ke kita menidakkannye? Bapak bebel ni sebab bapak sering melupakan org yg sayang bapak. Macam posting selalu lah, peringatan ini utk umum tapi khususnya buat diri bapak!

bapak sayang semua......
#marilah kita saling sayang menyayang.

DUGAAN DAN UJIAN



Salam sayang anak2 bapak yang bapak rindui walau di mana jua kalian berada. Nafas dan kenangan anak2 senantiasa malar segar di jiwa bapak. Anak2lah yang menjadikan bapak ceria sentiasa.

Hari ni bapak nak berceloteh tentang ujian dan dugaan yang Allah berikan kepada kita sebagai hambaNya. mmg senang utk kita cakapkan tapi bila kita sendiri yg tanggung then baru kita tau langit tinggi atau rendah. Tiap yang Allah berikan kepada kita adalah atas usaha kita samada yang buruk mahupun yang baik. Beberapa minggu kebelakangan ini, bapak diuji dengan memacam cabaran oleh Allah. Ada yg bapak mampu senyum, ada yang bapak bersedi ada yang buatkan bapak menangis beberapa hari tanpa tidur yang mampu melenakan. Tapi di hujung hari, bapak pasrah dan berserah pada Allah kerana Dia yang menentukan serta menetapkan tiap yg berlaku.

Bapak memang bukanlah manusia sempurna. Tiap hari bapak bergemelumang dengan kesilapan dan kesalahan. Bila Allah beri dugaan , sekurang-kurangnya bapak jadi lebih baik dan lebih dekat dan bapak yakin Allah tidak pernah menjauhkan diriNya walau bapak bukan dari kalangan hambaNya yang mulia dan terpilih. Bapak bersyukur dalam keadaan yang serba lemah, bapak masih tidak dikelukan lidah untuk mengucap kalimah syahadah dan berastaghfar kepadaNya. Allah hu Akhbar. Bapak rasa, anak2 juga mesti banyak yang telah di lalui dan di rasai. Mesti memasing ada cerita tersendiri kan?

Yang best, bila kita mampu bangkit dari kekecewaan itu dan membaiki kesilapan diri serta memaafkan sesama kita serta menerima tiap yang berlaku sebagai ujian dalam kehidupan tanpa menyesali or menyalahi sesiapa..tp yang itu susah sket la kan? escapism kita sbg manusia sering meletakkan kesalahan pada org lain walau terang dan nyata, kita sendiri yang membuat kesilapan tp lumrahla manusia, ttp dgn ego dan bongkak diri seketika.

anak2, bapak harap, anak2 terutama bapak sendiri akan cepat2 bangkit bila di uji...samada kita bersalah atau berpihak benar, tidak salah jika kita jadi yang pertama memohon maaf. Mohon maaf bkn bererti kita kalah tapi kita menerima kekhilafan diri dan kekurangan diri sendiri tanpa memepertikaikan apa yang berlaku. Tadi bapak berjumpa seorang teman lama. Siti Hafsah Syed Baharom nama beliau, bapak hormati kak siti ini kerana pekertinya dan kerana suaranya....persis biduanita Sharifah Aini smenetelah mereka ni mmg berdarah Arab. Dia beritahu bapak, dalam life ni kena move on, jgn sesekali singkap apa yg telah berlaku dan dia tegur bapak kerana itulah kesilapan bapak. Bapak bkn pendendam tapi bapak bukan pelupa! bapak sering mengingat apa yg telah terjadi pada bapak and to her that is not good at all. Thanks a zillion kak siti utk advice itu. akan di pegang selagi mampu.

Bapak bersyukur kerana dikelilingi insang yang tersayang dan sangat menyayangi bapak. Tu yang paling bapak syukur sangat2. Kak long, acap,eija,uda, ache, usop, boy, watie,pozan dan yg plg bapak sayangi, nua. Terimakasih kerana sentiasa ada untuk bapak walau bapak bukan yang terbaik untuk anda,

Bapak sayang semua!