Tuesday, December 11, 2012

Merawat Kekecewaan

Salam glamzfam sekelian,
dah byk hari juga la bpk tdk berblogging. byk sgt hal2 duniawi yg nak diuruskan. hehehe. bpk hrp anak2 semua sihat, ceria, gebu n gojes mcm bapak juga. bkn apa la kan, cuaca skrg kan x menentu, so kalo agak2 demam ke selesema ke cpt2la dptkan rawatan, jgn smpi dh melarat bru nk berubat. ok2...cukup melalut, jom kita usik2 tajuk posting kali ni, let's!
KEKECEWAAN!
kata asal ialah kecewa yang membawa pengertian keadaan di mana seseorang berasa tertekan akibat tdk dpt memenuhi keinginan di hati. perasaan kecewa mmg la sesuatu yg sgt tdk menyenangkan krn kecewa membawa kesan negatif pada jiwa seseorang insan. apakah sebenarnya punca kecewa? byk perkara yang boleh dikaitkan bila membicarakan kecewa. gagal dlm peperiksaan, putus cinta, gagal dlm temuduga, gagal mecapai apa shj yg dihajati, tdk dpt memenuhi kehendak atau kepuasan seseorang atau diri sendiri. byk sgt dan mungkin ada juga yg tdk tersearai di sini (so sila isi sendiri)
Back to our discussion...kdg2 kekecewaan adalah sesuatu yg sgt mudah kita alami. cuma apa yg ingin bapak bebelkan hari ini utk diri sendiri dan anak2glamz ialah bagaimana kita nak merawat kekecewaan itu. yg kecewa diri kita yg merawat sepatutnya diri kita juga. tapi alangkah beruntungnya jika kita dpt berkongsi kekecewaan itu dgn seseorang terutama org yg kita sayangi ataupun org yg kita percayai. tapi org percayai ni hati2, dpn kita baik bebeno...listening ears la katenye tp aleh2 dijajanye cerita kita merata tmpt. waima apa jua alasan utk menasihati ke utk menjadi contoh ke utk tarbiyah ke menjaja cerita org itu seperti juga membuka aib org itu. 
Bapak bkn apa, dlm hidup ni kita sering dilanda kekecewaan. byk sbb byk punca. pegi pasar nak beli ikan cencaru tapi x de stok pun boleh kecewa atau pegi kedai mamak nk makan nasi beriani tp dah abes pun kecewa juga. kdg2 masuk tandas sbb nak memerut tp gagal menghasilkan sebaik mungkin 'simpanan' pun boleh sebab kita kecewa dan akhirnya mengundang penyakit. 
apa yg sangat penting bagi kita ialah positifkan minda. bila berlaku sesuatu yg menghasilkan kekecewaan, hendaklah kita bersyukur kepada Allah kerana ia adalah yg terbaik pada kita buat masa itu. mungkin Allah nak sediakan sesuatu yg lbh baik...kita x tau! konsep pasrah dan redha adalah sesuatu yg susah sgt kita nk terima. kita sering mengatakan 'kalaulah....' , tp sedar atau tidak 'kalau' itu juga tdk memberikan apa2 possibilities , it is merely 'maybe' , 'if''! Bapak tau, skrg ni ramai yg kecewa krn apa yg dihajati tdk kesampaian, planning gagal, ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari. actually kalo nak ujan kul 3 ke 4 ke sama jer! x yah tgu ujan kul 6 or 7!
Konsep, syukur pada tiap ketentuan Allah! cuma sgtlah susah nak tarbiyah diri menerima kepasrahan atau keredhaan itu. sbb kdg2 ada sesuatu yg amat kita harapakan tp Allah x makbulkan, so kita rasa depress, frustrated, kecewa and so on. learn to accept, to percive, to live with that means. Mmg 'easier said than done' but suka x suka we have to live with it till Allah beri janji yang seterusnya!
so anak2glamz yg bpk sayangi, kekecewaan itu pasti, merawat itu perlu, menerima itu perit, org boleh cakap mcm2 tp kita sendiri yg akan telan dan alami! till then, happy olz
Salam sayang dari bapakglamz 

Tuesday, December 4, 2012

Terimakasih Sayang


TERIMAKASIH SAYANG


Kutitip ucapan ini
Khas buatmu
Insan yang ku hargai
Kerana hadirmu
Mengisi piala kasihku
Memenuhi kontang rindu
Membasahi bumi sayangku

Meski hadirmu di hujung senja
Namun cukup indah
Menghiasi kamar hati
Mewarnai jiwa sepi
Seorang insan bernama lelaki

Senyum manismu
Lirik matamu
Senda guraumu
Menjadi igauan tiap tidurku
Menjadi senandung tiap rinduku
Menjadi irama syahdu lara ku

Sayang
Kecewa mu, kecewa ku jua
Pilu mu, pilu ku jua
Namun ku yakin,
Kebersamaan mu
Membina kasih  abadi
Mungkin istana cinta kita
Tidak di bina di sini, dunia seketika
Tetapi indah di sana
Kekal abadi selamanya

Terimakasih sayang

Patient oh Patient

Salam sayang semua glamzfam.
Pg ni bpk mcm biasa menjadi pengunjung setia Hospital Serdang. Selepas mengambil ubat di farmasi (hri ni punye ramai org tp cepat plak dpt ubat!) bapak terus ke unit kegemaran bapak Jabatan Rehabilitasi & Fisioterapi Hospital Serdang! Bpk pegi tanpa temujanji sekadar nk tunjukkan kpd Dr Wan Zuraini keadaan luka bpk. Seperti biasa, beliau tanpa lelah tanpa jemu meladeni bpk dan yg best sal Dr.Wan ni, kami x sekadar berbincang soal kesihatan tp mcm2. mcm la bpk ni tau belaka katenye tp best kongsi idea dgn beliau. walau muda tp contented dan pakar dlm kerjayanya. Begitu juga petugas lain seperti SN Rosidah dan staff kaunter hadapan juga teknisyen Effa yg selalu je dgr rungutan dan permintaan bpk! hehe...thanks guys.
Well...apa yg bpk nk omelkan hari ni bkn soal layanan Jab Rehab Hos Serdang. Mrk sentiasa memberi yg terbaik...
Bpk rasa terkilan dgn sikap sesetengah pesakit yg dtg ke Rehab. Tahukah mereka, Jab Rehab Hos Serdang antara yg terbaik pnh bpk lihat dan alami. Kalaulah mereka di hantar ke Hos Rehab di Cheras, blm tentu mrk mendapat layanan seperti di JRHS.
Kes 1; seorang pengiring pesakit dengan tidak puashati, bertanya dgn nada agak sinis ttg giliran temujanji. beliau memberitahu yg dia di arahkan dtg jam 10.30 pg. dn hampir ke 1 pg, ibunya masih tdk dipanggil sedangkan mereka dtg tepat jam 10.30! tahukan dia yg ada pesakit yg dtg seawal jam 9 pg utk temujanji 10.30? bkn dia sorg tp utk jam 10.30 pg ada 4-5 pesakit sedangkan doktor bertugas 2 org. tiap pesakit plg sekejap mengambil masa 20 minit! Beliau ttp rasa x puashati dan bapak nak je suh dia pegi ke hos swasta kalau dah angkuh sangat! tgu dlm bilik aircond, tv terpasang,majalah bertaburan, tandas sebelah, apa lg dia nak? free ok! merungut seolah x syukur peluang dan ruang yg Allah bagi.  bpk sndri sbg pengunjung tegar JRHS pnh dtg jam 9pg dan bjumpa doktor jam 12 tgh! kalaulah mereka ni berkesempatn ke hospital lain , Hos Kuala Lumpur misalnya, baru mrk tau erti syukur. Ataupun ke unit rehab hos swasta, mau rabak henbeg x berjenama yg dia pakai! murah hockay! Nasihat bpk, bawa2 la bljr brsyukur...kalau byk duit pun blm tentu dpt yg terbaek!
Kes 2; ni baikla walau kedengaran agak sinikal. Pesakit ini membuat rayuan supaya ditemukan dengan doktor pilihan be;iau. mmg la tiada syarat yg membolehkan hal tersebut tp atas budi bicara mmg boleh diuruskan. Mungkin staf kaunter hadapan ingin mempercepatkan masa menunggu jadi mereka hantar pd mana2 doktor yg available! Rupanya pesakit ni x suka (frankly , bpk pun mcm tu, bpk sanggup tgu untuk berjumpa doktor yg bpk nak! siapa lagi kalau bkn Dr.Wan Zuraini! hehehehe) Bkn ada any attachment or apa2 tp seronok dgn beliau krn cra dia merawat pesakit. sgt close to the patient. muka manis...pesakit rasanya nk doktor sebegini bkn doktor muka mcm askar pengebom Israel! Ada doktor tgk pesakit mcm hina sgt! tp x taula apa kebaikan yg bpk pnh buat, doktor2 yg merawat bpk, alhamdulillah baik2 belaka. Berbalik kes 2 ini, dptlah akhirnya dia membawa isterinya berjumpa Dr.Wan. Allah hu akhbar, mmg berbeda cara Dr.Wan melayan beliau dgn doktor sebelumnya (nama dirahsiakan atas sbb keselamatan!). Cumanya Puan ni agak tertekan disebabkan sakit beliau dan sepertinya ingin segera sembuh. bila bpk beritahu yg bpk merupakan pengunjung tegar sejak 2005, terkejut dia. Suaminye pula membuat temujanji seterusnya 4 bulan akan dtg. Sedangkan bpk tiap mgu ke JRHS dan kadang kala 2 kali seminggu (ni Jumaat ni kena pegi pulak! syg betoi depa ngn bpk! lama x jumpa...rindu le tu!) 
Bpk bersyukur sgt sbb Allah kenalkan bpk dgn Hos Serdang ni. Tiap Jabatan di sini menyediakan doktor terbaik. walau msih muda tp berbudi bahasa. Staff Nurses jgn cerita la! The best ever. SN Dayang, SN Rosidah just to name a few kemudian SR Rohani, SR Patmah n others (bpk lupa dh nama!) begitu juga petugas di wad! Bpk dh merasa mcm2 wad di situ. Dari bilik ramai2 sbb 1st class x kosong hinggalah bilik sorg...mmg terbaek.
Jd pd pesakit di luar sana yg dpt kemudahan ke Hos Serdang, hargailah apa yg kalian dpat. Furthermore, ini ialah HOSPITAL PAKAR YER! tiada jab pesakit luar! You have to be referred to be a patient here!
cukuplah...krg melalut plak!
oh ya, bpk tdk di bayar utk membebel ni, bkn nk puji tp benda betul kena kita akui!
Salam sayang anak2glamz semua!

Monday, December 3, 2012

Cuaca Oh Cuaca

Salam syg glamzfam.
Seperti biasa KL menangis lagi! tiap ptg! kesian dengar banjir melanda kembali! beberapa negeri tlh mula membuka pusat pemindahan banjir. Kpd mangsa banjir, sabr ye, adik2 lak jgn main air bah, nanti bahaya!
Hari ni bpk nk ngomel pasal pengaruh cuaca kpd mood seseorang. Betulke? Nk kt salah pun tdk juga. Erm...pg td bpk ok je sbb cuaca panas...bila ptg je, ujan mula menyiram bumi, tiba2 perasaan jd kelam. sgt meruntun kalbu. plg ketara, mula ingat mcm2. ingat anak2. ingat masa lepas n masa silam. mcm2 yg bermain di benak ni.
Paling sentap bila hujan, duduk rumah dengar bunyi ujan menitik patutnya syahdu, tapi x tau knp bkn syahdu tapi SAYU! haiyo....apa sudah jadi? kadawalei! cuaca yg sejuk, mencengkam jiwa...ewah...feeling kejap. tp bpk perasan tiap kali ujan, perasaan akan terus menjadi moody. apa di pegang serba x kena. Apa nk dibuat, semua x menjadi. nak bersuara tp x berbunyi. nk menangis tp airmata bagai di seka! knp yer? Bila ingat insan tersayang lagi la perasaan bagai rojak penang. serba x kena. kenangan mengusik jiwa sgt. aiyork...bpk dh jd emo plak! x boleh jdi niyh! hehehehe...kena gagah n tabah. Allah Maha Mengetahui!
Bila cuaca panas lak, kita jd sng teruja, sng aktif dan terus senang marah! berlengas, x selesa sng menjadikan kita lupa diri skjp. tp yg best, bla kita renung2 blk, sikap dan diri ni, kita yang kawal...jgn biar nafsu mengawal akal jgn biar perasaan bermaharajalela. tp jgn la pulak smpi x de perasaan. tu dh jd robot! haiwan pun ada perasaan.
Apapun bpk yakin tiap org lain pengalaman mereka. 
salam sayang semua anak2glamz.....

Saturday, December 1, 2012

ERTI KETENANGAN

sayang syg glamzfam sekelian,
bpk hrp hari anda dipenuhi dgn keceriaan dan kegembiraan serta penuh kerahmatan. seharian hujan, benar2 menguji kesabaran dan ketenangan. knp ye? benarkah peranan cuaca memberi impak kepada emosi manusia? bpk x tau la sejauh mana kebenaran kata-kata ini ttp hari ini bpk rasa ia amat mempengaruhi diri bpk dr tgh hinggalah saat ini.
TENANG
apa itu tenang? camne nak tenang? rata2 skrg org menggantikan tenang dgn 'relaks'! hurm. mmg kita bisa tenang jika kita mampu menerima apa shj yg tersurat dan tersirat. tetapi lumrah manusia, sering mempersoalkan sesuatu hingga mempengaruhi emosi dan tindak tanduk selagi hati x tenng. Hati? Hurm, besar sungguh pengaruh secebis organ dlm diri kita ni. kecik jer tp boleh menjadikan manusia serba x kena atau serba kena! hahahah camne tu?
ada org boleh berlagak tenang, cool, relaks tp hakikatnya? manusia ni dpn org mmg cool, mmg chill tp bila sorg2...pergh...terbaek arr cengeng, gabra, kelam kabut, kusut. mcm2 la!
kdg2 kita gagal juga sembunyikan rasa gabra kita dan org sekeliling sng je cakap...'tenang ye'...hallo , x yah cakap la...kalo sesenang yg korg cakap, x de la org nk kelam kabut. mmg tenang arr. tp bila main dgn soal hati dan perasaan ni...x yah la mcm bercakap ikut bontot! hehehe...sorry, bahasa bpk jahat sket!
tp betul bila kita dinasihatkan untuk tenang dgn cara berdoa, solat sunat dan memohon sesungguhnya dari Allah SWT. Bpk tlh malkan(selalu sejak kebelakangan ni) dan alhamdulillah, ia byk membantu bpk menjalani hidup dgn lebih teratur walau tidak sesempurna mana! Tp again, siapa yg boleh define sempurna kecuali dari Allah jua. Sempurna dri mata seorang manusia lain tu bpk x peduli sbb itu benchmark mereka bkn benchmark Allah. anyway bak kata org kg bpk di kuala kangsor 'better said than done'....cakap sng la beb...buat tengok!
hehe...sorry, bkn emo just nak being practical.bila dlm keadaan gusar n sush hati, org suruh tenang! haiyo...klo boleh tenang x yah cakap le, bpk pun tau....x gitu? tp terimakasih la sbb bil org minta kita tenang, itu tandanya org nk kita cool, relaks dan jgn tension! terimakasih...cma uk berada dlm keadaan tenang di saat emosi berperang adalah sesuatu yg seperti meletak pisau di leher kita dan menyuruh berhenti mengorek telinga di saat telinga gatal sesangat! hahaha...tgh lali beb korek tinga..boleh2 nk suruh stop...ilang akai ape!
analogy bpk sgt x relevan. x de apa2 just being ridiculous! 
Apapun mencari ketenangan is always part o life. dlm apa jua yg kita lakukan semestinya ketenangan amat dihargai. kdg2 anak nk exam, mak ayah yg gabra...bila masakan x menjadi pun kita gabra, bila kucing nk beranak pun kita yg gabra (bpk kucing tu x tau pun bini dia nk beranak!) sng bebeno kita ni x de ketenangan! mainan emosi ni susah nk kata, susah nk duga, susah nk kawal. tp kena act cool la, baru nmpk tough...pas tu masuk bilik, nangis...lembik mcm tauhu kena pijak!
anyway, tenang ni boleh dibantu dgn tindakan mcm td (mohon pd Allah) dengar ayat2 suci, kata2 membina semangat dari kawan/teman terutama org tersayang. So lps ni sape yg rasa x tenang, cubalah amalkan tp buat diri bpk, kata2 dari diri sendiri adalah sebaik nasihat utk mencari ketenangan. bljr mengajar diri sndri. bljr mengawal pemikiran akal dan hati, insyaallah sbb kita je yg tau knp kita x tenang.
till then, muah muah muah
Salam sayang, bapakglamz to glamzfam!