Thursday, February 17, 2011

PERHATIAN!!!!!

Salam syg ank2glamz sekelian. Hari ni bpk menjadi pengunjung setia Hos. Serdang sekali lgi dan mcm biasa, layanan tetap 1st class!!! Balik menggunakan perkhidmatan awam dan hari ni syukur sgt2 byk hal yg dipermudahkan allah. Bpk juga mengucapkan terimakasih pd yg membantu setakat ini dan terimakasih daun keladi, lain kali pastikan tolong lagi. haha!!!
Hari ni bpk nak sebut soal 'derhaka'. Kasar kot bunyinye. Hang Jebat derhaka kepada Sultan Melaka, lantas di bunuh sahabat karib sendiri. Terkini, pemimpin bergolak dgn institusi beraja dan isu derhaka ditimbulkan kembali. Begitu org melayu ni agak sensitif dgn isu derhaka. salah sikit derhaka. Silap sikit derhaka. sng sgt org meletakkan perkataan derhaka itu. Yang plg di takuti ialah derhaka kepada ibubapa krn natijahnya tidak cium bau syurga. Erm...sng sgt bunyinye kan? Tp terfikir ke di benak kita apa pengertian derhaka itu sendiri. Bagaimana seseorg itu dilabelkan sbg derhaka? Bagaimana juga jatuhnya hukum derhaka itu. Jgn main2 kot dgn perkataan derhaka ini. Besar pengaruhnya!!!!
Derhaka pd ibubapa! takut kita semua dgn frasa itu. X cium bau syurga, nak mati seksa n mcm2 lg lah. Betul, byk sudah teladan yg boleh diperhatikan akan akibat dr kederhakaan ini. Si Tanggang contohnya dalam mitos melayu, menceritakan ank yg lupa daratan, sehingga di sumpah menjadi batu. Jika di lihat juga perlakuan Si Tanggang, selayaknya jadi batu! bahkan jadi habuk pun ok. Dah le mak nye di tolak, di pijak smpi x nak ngaku mak lagi, krn beristerikan puteri raja yg rupawan (hensem sgt ke Tanggang ni, smpi puteri berkenan atau puteri tu ala2 fiona citer Shrek?) Tapi, yg menghairankan bpk, skrg ni dh terbalik. Mak bapak sng2 je maki ank2 jd derhaka.
Walau ckp secara lembut,tp perkataan derhaka itu tdk membawa maknya yg baik. Sebagai parents plak,tiap yg kuar dr mulut itu doa. bila jd sesuatu pd ank, mula nak menyesal airmata darah. Salah org sana sini, tp apa yg dikeluarkan dari mulut x berhengat. X suka ank berkawan dgn sipolan sipolan pun leh sebab ank derhaka. Erm...tau ke kita jodoh,maut ajal pertemuan ank2? Itu urusan allah. Siapa juga, apa juga yg Allah tentukan, bkn kerana kita sbg ibubapa tp itu telah tersurat utk mereka. Bahkan utk tiap dari kita juga, termasuk mak bapak. Yg heran tu,x plak mak bapak ni terfikir yg mrk juga boleh jd derhaka! X boleh ke? Haha...cuba kaji btl2 ilmu keibubapaan dan hukum sblm menderhakakan ank. Hanya krn ank gagal memenuhi kehendak kita, sdp2 mulut je nak ckp ank jd derhaka. Jangan jadi anak derhaka! Itule ayat yg suka sgt disebut. Selalunya mak-mak le, bpk ni kureng sikit. Beralas le ckp, walau dgn anak...ank juga manusia bkn binatang. Mmg le kita ni mak ayah mrk tp mrk jadi pun pasal kita ni gatal bersetubuh! kalau tdk, x juga keluar ank2 tuh! Kecuali anak tu lupa daratan, biadap, kurang ajar then boleh le di tegur agar jgn menghampiri sifat anak derhaka. Ni hanya krn x suka ank itu berkawan dgn org bkn pilihan hati kita then anak itu jadi ank derhaka. Wah...sng gak jd mak ayah nih! Fikir le juga dari segi emosi ank,perasaan ank dan tumbesaran ank. Bkn sekadar kasi melantak je.
Hal ni plg ketara bg suami isteri yg bercerai. Mcm bpk nih!!! Ibu ckp begini, bapak ckp begini. Msg2 nk ckp sgt. Ckp ank2 di tolak ketepi. Zaman berubah 'Kak Limah', so ingat2 n tengok2 apa yg di ucapkan. Hanya krn marah kt bekas suami, kita lemparkan perkataan ank derhaka pd ank2. Memang musibat le kalau ckp mcm tu! Org lain sume pentingkan diri sendiri katenye, dia je tdk! Letih la mcm ni. Biarlah anak2 lakukan apa yg mrk mahu, sbg parents kita guide, beri contoh,beri option bkn beri keputusan. Sok2, dh mati, doa ank2 ni jd antara yg 3 kita bw ke alam kubur/akhirat. Bila anak2 x reti nk tgk bpk yg sakit,walau jarak x sejauhmana, tdk lak ank itu jd derhaka. Itu apa ye? Ank itu g jln2, g game segala boleh plak, tp nk ziarah bpk yg sakit, x de masa!!! X lak si ibu td nasihatkan ank itu supaya jgn jd derhaka? Tp demi allah, bpk x rasa apa pun,sbb bpk sentiasa doakan ank2 bpk cemerlang,gemilang terbilang. Well, byk ank...haha...so pd bonda2 di luar sana, tlg lh take note yer!!!
p/s; patut le bpk bercerai, sbb dr awal persahabatan bpk dgn bekas isteri tdk mendpt restu arwah emak! now i know...tp betul ke? Bpk ttp yakin bahawa, jodoh bpk setakat itu, krn soal jodoh maut ajal pertemuan, allah yg tetapkan...bkn mak,bkn bpk,bkn mak si tanggang bkn sape2 pun!!!
Syg ankglamz...muah3333

Wednesday, February 16, 2011

DEMI MASA YG BERLALU

Salam syg ank2glamz, rasanya bru smlm bpk anta dia g tadika n msk djh 1. Tgk dia noti2 kt skul, tgk dia mls2, tgk dia verangan. Bila blk kenang blk, perangai dia masa kecil sama mcm perangai 'yaya d gangster'. Kuat ngadu, verangan jelita...walaupun sorg bertaraf kak long, sorg bertaraf adik bongsu (buat masa ni arr).
Pg ni bpk anta dia g kerja. Kerja rasmi dia yg pertama. Kerja sbg guru tadika. Idaman dia dr sekolah sbb dia mengambil jurusan asuhan dan penjagaan awal kanak-kanak. Biasalah, org ramai adik2. Sedih, sayu,kasihan,bangga mcm2 perasaan bpk. Sedih dan sayu sbb kegigihan dia. Bangga dgn cita2 dia. Kasihan sbb, hari pertama kerja, kalau org lain sibuk nak berbaju baru dan serba baru. Tp dia sangat selesa berbaju kurung entah abad bila, sedia selengkapnya tanpa olesan make-up pun, tumpang motor a.nua dan terus bpk anta ke Tadika Islam UPM. She is happy with it as I could see from her face. Tanpa bekal mcm biasa ke sekolah (krn tadika tu sediakan makanan, tp make sure jgn makan lebih dr ank2 didik yer!!) hanya bersarapan bihun goreng seadanya dari bpk. Simple sungguh...kalau dulu dia dah jenuh melaram katenyer! Syukur sgt2. Kdg2 ank2 yg biasa senang ni, bila susah, merungut, tp bpk tgk dia ni kental n kuat semangat serta keras hati mcm bpk. Tp deep inside, Allah je yg tahu.
Baru ni pula, dia ada kemelut dlm kehidupan. Sekadar berkawan dan bersahabat tp telah disalahertikan. Lelaki tu pun kalau msh ada awek jgn le rapat dgn anak bpk. Mahu juga aku tendang jantan ni!!! Tp katenye, dia dh x de apa2 dgn exgirlfriendnyer. OWH...exgf??? Cipap lembu betul. Bapak ingat isteri dan ank bpk ni menyebabkan mrk bercerai. Tuinang pun tdk. Gf pun tdk. EX je titlenye? So? Adik, lelaki tu berkawan je ngn ank bpk., Bkn kawin pun. Kalau kawin pun itu soal jodoh. Yg ko g marah2 ank bpk pe hal? Ko tau x, ko deal dgn sape? Bak kate ahli GPW, anta yaya je, sah2 ko tercirit,terkentut,bersepah,bersembur bagai!!! agak2 kalo dh yakin lelaki itu utk awk,then yakin le walau dgn siapa dia keluar. Lg pun bkn dating berdua...ank2 bpk seramai 3org mengiringi!! OK, mamat Tesco, bpk tau ko kawan je ngn ank bpk. Ok, no prob. Tp kalau nak serius, ko better watchout! Glamzfam ni family unity dia kukuh...agak2 ko mampu, then silakan...kalau sekadar sengal2 suam2 kuku then g berguru dulu. Tuntut ilmu kot mane perlu. antaranya, ilmu mendengar khutbah percuma tanpa had masa dari bpk! Tu agenda wajib katenyer.
Ok , pepun, bpk hrp, hari ni merupakan permulaan kepada kehidupan yg lbh bermakna buat semua ank2. Lakukan yg terbaik utk diri sendiri. Hargai tiap yg dipunyai krn tdk semua dianugerahkan dgn apa yg kalian ada. KAK LONG/NADHIRA, keja elok2, niat ikhlas utk mendidik ank2 org (turun juga dari bpk, ingat ari tu x mo ada ank yg jd guru). Patuhi arahan dan jalankan kewajipan,. Jgn lawan tp jgn smpi di pijak x tentu hala. Bpk nk the best from all.
p/s; to syasya...ada sebab yg lbh kronik knp bpk emo sgt2 pg ni
to nua; tx a lot for everything. Love u all so much

ALHAMDULILLAH

Salam glamzfam, hari ni bpk rasa bersyukur sgt. Pg2 lepas sediakan sarapan utk ank2 tersayang, bpk temankan k.long menghadiri temuduga di Tadika Islam UPM. Terima kasih Kak Ila krn tlg hantar kami ke sana (moga segala urusan PhD Ila dpt d usaikan secepat mungkin dan diberkati Allah). Pertemuan bersama Datin Seri Mariam, Pengetua Tadika Islam UPM berjalan lancar dan dalam suasana yg cukup santai. Dalam masa kurang dari 30 minit, k.long diterima bekerja dan dikehendaki memulakan tugas seawal jam 7.30 pg esok. Bersyukur bpk ke hadrat Allah S.W.T. di atas kurniaan ini. Nampak segala urusan dipermudahkan dan diberi kelapangan. Maka, insyaallah, dgn rasminya esok k.long bakal memulakan tugas sebagai guru tadika/pengasuh di Taska/Tadika Islam UPM. Yang paling best, Datin Seri menjanjikan 6 bulan sebagai tempoh percubaan dan diserapkan terus ke jawatan tetap dgn janji untuk menghantar k.long menghadiri kursus2 pra sekolah yg tersedia secara percuma hingga bakal membolehkan k.long mendapat sijil mengiktirafkan beliau sbg seorg pendidik pra-sekolah bertauliah.
Syukur sgt2 di atas kurniaan Allah, Dalam bpk diuji dgn bermacam masalah, tapi, dibahagiakan dengan cara yang lain. Dalam kemelut gaji di tahan atas masalah kesihatan hingga tidak membolehkan bpk kembali bekerja, bpk ditemukan pula dgn anakanda khairulanwar. Sepanjang tinggal bersama bpk, dia tlh byk menyumbangkan utk perbelanjaan yg bukan sedikit serta keprihatinan beliau terhadap masalah kesihatan bpk amat mengharukan. Pernah hari Jumaat lepas, bpk ke masjid dan tertinggal hp di rumah. Kebetulan lmbt balik krn menemankan kawan dgn urusan keluarga beliau. Akibatnya, 30 misscall dan yg plg mengejutkan nua pulang dlm masa yg sama krn risaukan keadaan bpk. Hurm, anak sendiri belum tentu mampu melakukan perkara sebegini. Teringat bpk, kisah bekas bapa mertua bpk yg terpaksa kini tinggal di rumah tanpa seliaan ank2 krn memasing sibuk bertugas. Kasihan juga walau bpk tdklh baik mana dgn beliau. Tapi mengenangkan nasib beliau, bpk membayangkan betapa Allah mengasihi bpk dgn mengurniakan anak2 ini yg amat prihatin dgn bpk. K.long juga bru kini mahu memulakan kerjaya krn yakin, kesihatan bpk agak terkawal dan boleh menguruskan keperluan dgn agak mudah.
Terfikir juga, bertuah sungguh bpk, dgn kehadiran ank2 ini, tidak bpk lupakan ank kesayangan di sabah, Siti Norishah yg sentiasa prihatin dgn masalah bpk. Bukan sekadar wang ringgit tp entah telah brp puluh ribu yg telah beliau habiskan utk bpk. Dalam adik beradik sendiri membenci bpk rupanya, Allah menghantar org lain utk mencurahkan kasih sayang yg tdk berbelah bagi. Pd K.long, Acap, Aiman. Eija dan Ace, jgn sesekali korg lupakan jasa insan2 ini yg byk membantu bpk di saat bpk susah skrg. Walau sesenang mana kalian tp jika tdk di pelihara ukhwah juga sering memandang serong terhadap org lain maka susah juga utk menjalani kehidupan yg mudah. Percayalah. Dalam kehidupan yg serba mencabar, dlm kesempitan kewangan, setidak-tidaknya hati bpk redha dan senang dgn kehadiran insan2 tersayang ini. Terimakasih sekali lagi atas kasih sayang kalian. Syukur alhamdulillah.
Sayang ank2glamz

Monday, February 14, 2011

ITULAH SAYANG

Salam maulidul rasul buat ank2 tersayang, maaf jika terlewat mengemaskinikan blog. Harap semua berada dalam situasi yang menyenangkan bersama insan tersayang juga melakukan hal2 yg menguntungkan. Untung ini bkn sekadar melibatkan wang ringgit tapi apa sahaja yg menyenangkan bahkan memberi kesedaran. Pada yang merasa sepi, fahamilah bahawa, 'sepi itu indah'. Jgn di anggap sepi menjadi perosak kepada emosi kerana terkadang dalam sepi itu kita mampu bermuhasabah serta bermunajat dalam mencari kebahagiaan. Sepi juga mengajar kita untuk mentarbiyah diri sendiri kepada persekitaran serta menerima sesuatu seadanya.
Kali ni bpk nk bercerita erti sayang mengikut persepsi bpk sendiri. Jika ada kesamaan mahupun percanggahan dgn individu lain,awal2 bpk mohon maaf kerana ianya mengikut ramuan,rencah dan citarasa bapak sendiri. Setiap insan berhajat untuk mengalami perasaan sayang. Saling menyayangi, menyayangi, berkongsi sayang serta mengungkapkan kata sayang. Tapi cukupkah sekadar pd perlakuan tanpa di iringi perasaan? Bapak memikirkan sebelum di ucapkan sayang perlu di dalami dan difahami erti sayang. Seperti bait2 lagu 'Itulah Sayang', dendangan allahyarham Tan Sri P.Ramlee. Lirik yg mudah tapi indah.
Pengertian sayang pd seseorang bergantung kpd pemahaman individu tersebut. Cuma terkadang, dalam sayang terselit lain2 perasaan yg sama penting dan sama perlu. antaranya marah, cemburu, irihati serta rindu. Wajarkah perasaan ini wujud bersama? Pada bpk,semua inilah menjadi rencah utama dlm perasaan sayang tersebut. Tapi terkadang ada juga yg tergamak mengkhianati sayang itu. Terutama jika merasakan terlampau disayangi hingga tergamak melakukan apa sahaja kerana berpaksikan ingatan bahawa kita ni teramat disayangi maka kita sukar dibiarkan begitu sahaja. Betulke?
Itulah natijah yg bakal menimpa jika kita gagal sayang pada diri sendiri pada permulaannya. Kita mahu sayang , kita mahu meyayangi kita kita lupa syang dan meyayangi diri kita sendiri pd mula2 kita kenal erti sayang. Kita biarkan diri kita di curangi, dibohongi hanya atas nama sayang. Kdg2 hingga melibatkan serangan fizikal. Sanggup di pukul,di sepak,dimaki hanya atas nama SAYANG! Perlu ke?
Ada wanita sanggup berkongsi suami atas nama sayang. Ada lelaki sanggup berhabis jutaan ringgit hanya untuk menunjukkan sayang. ada insan yg sanggup menahan perasaan hanya kerana sayang, walau terkadang org tersayang menggatal di depan mata. Sanggup melayan org lain di telefon berjam, di depan kekasih,sedangkan kekasih menjeruk hati memndam rasa. Baik betul sikap mcm ni...terpuji...bkn minta puji ye!!! Sayang biarlah atas dasar ikgn sekadar pelampiasan nafsu semata. Jgn sehingga kehilangan org yg kita sayang. atau jika rasa sayang itu telah haus,terkikis,terhakis,berkurangan...lakukan sesuatu atau lepaskan. Lebih mudah. Jgn diseksa perasaan dan hati insan yg pernah kita sayang. Siapapun dia,apapun dia, perasaan sbg manusia tetap wujud. Soal hati dan perasaan bkn soal yg boleh diambil mudah.
Bpk hormat sungguh pd org yg boleh melupakan apa sahaja yg terjadi dgn mudah. Memang terbaik! Memang jenis selamba dan x kisah. Bangga giler arr sng cakap. Tp apa pula perasaan yg sebelah pihak? Mampukah dia juga melakukan yg seumpama? Jgn hanya pentingkan perasaan sendiri!!!. Fikir dan bertindak sebelum melakukan sesuatu. Atau kalau rasa perlu juga dilakukan, walau atas nama poligami, pergilah ke tempat lain, jgn terlelalu terbuka atas nama ikhlas kerana yg mendengar belum tentu terbuka walau senyum masih terukir.
Tapi bila fikir balik, well, kita perlu jadi sedikit skeptikal terkadang. Betul juga, krn dia sayang diri dia sendirilah maka dia lakukan perkara ini. Erm...betul juga kan? X apalah cuma ingatlah...jgn kita sedar kita kehilangan sayang apabila kita hilang org yg menyayangi kita. Sayang memang mudah diucap, hanya 6 huruf tetapi sukar diharfiahkan kerana ia menuntut pengertian dan kesanggupan yg hebat walau kelihatan mudah...maka sayangilah apa yg anda ada selagi ianya ada. Jgn nanti tercari-cari dan merisik khabar tanpa henti hanya setelah insan yg meyayangi kita telah pergi atau tiada. Tapi ingatlah juga bahawa terkadang ada perkara yang 'PERLU DILEPASKAN ATAS NAMA SAYANG'.
Salam glamzfam.
p/s
post ni x de kena mengena langsung dgn sambutan hari jahiliah yg bertentangan dgn ajaran Islam. Hanya pndgn bpk terhadap erti sayang. muah3

Saturday, February 12, 2011

MOODY

Salam ank2glamz tersayang, dah 2-3 hari x update blog. Bkn bz pun tp malas hahaha..Kali ni bpk nk berceloteh sal mood. Kdg2 sgt tdk menentu. Dlm seronok tba2 ada je terusik emosi. atau sdg bersedih,tba2 seronok x tentu hala!!! apa sebenarnya yg mempengaruhi mood or emosi seseorg? bpk pun x berani nak ramal secara total tp persekitaran,pemikiran dan cuaca antara yg mempengaruhi bpk. Tiap org ada faktor tersendiri.
Apa yg selalunya menyebabkan bpk moody? erm...susah nk define tp kebelakangan ni sng sgt terusik n moody. Smpi ank2 kate bpk ni moody x bertempat. mungkin faktor usia juga menyebabkan hati kecil mudah tersentuh. Pantang ada isu sedikit pun, bpk mudah terasa dan jd sensitif. pntg ank2 wat lawak pun kdg2 bpk sensitif juga. sampai anak kata bpk terkena sindrom andrepous... haha.. lelaki pun ada juga tau. kdg2 x nak layan sgt, tp x tau le, hati kecil ni mudah sgt tersentuh. yang terkini, rasa sayu dgn ank2. Tp biarlah, bpk doakan semua ank2 bpk selamat,aman dan bahagia dgn apa juga yg dilakukan.
oh ya, mgu dpn another clinic day and another tiring day d hospital. Bpk skrg dh jd penghuni tetap. Ni pun kdg2 moody gak...ahakz..tp mmg best sbb persekitaran yg jarang membosankan kecuali jika di arah ke ED...pergh, mmg terbaik di antara hospital2 kerajaan di malaysia!!!! berbalik pd isu di atas, bpk amat berharap dpt menangani apa juga mood yg terbit sebaik mungkin. Bapak nak jd ignorance plak x mampu. benda2 kecil pun bpk take into consideration, tu yg pyh tp nk just ignore plak x mampu. Haish, pening gak rasanya tp dh jd lali krn that is me! imune dah dan ank2 pun ada yg dah imune dgn perangai bpk. pd ank2 tx and I love u guys greatly. Tx for being there for me.
Syg semua...muah3

Thursday, February 10, 2011

SAHABAT

Salam glamzfam, maaf, lama juga bpk x update blog. Ingatkan x bekerja ni tdklh sibuk mana, tp biasalah manusia, ada shj perkara x berfaedah yg nak dilakukan hingga sedikit melalaikan. Namun pg ni bpk nak bercakap sedikit ttg 'SAHABAT'. Setiap org bersahabat, menjadi sahabat dan perlukan sahabat. Samada berkongsi cerita,berita,derita,suka,pendengar setia dan bermacam lagi mengikut kesesuaian dan keperluan. kdg2 kita juga sedikit mendesak dlm persahabatan,kdg2 kita juga sedikit longgar dalam persahabatan. segalanya bergantung kpd keperluan,masa dan kehendak satu2 masa. Ada yg mengatakan sahabat sejati ni x kira masa, berkorban apa saja...erm...cliche juga krn kdg2 ada yg bersahabat,berkorban apa saja tp utk mentuntaskan keperluan semasa. Sahabat juga namanya tu. Kdg2 kita juga pertikaikan keikhlasan dlm persahabatan. Kita bertanya samada sipolan2 ikhlas bersahabat dgn kita tp jauh dlm sudut hati, seikhlas manakah kita bersahabat dgn beliau? suatu persoalan yg sering kita temui jawapan kerana jawapan itu biasanya utk mebela diri kita sendiri. "Eh! Aku ikhlaslah kawan dgn kau!" (tapi jauh di sudut hati, kita sendiri terselit kegusaran dgn kenyataan yg kita hamburkan)
Sering persoalan yg timbul apabila keinginan atau keperluan kita tdk dpt dipenuhi oleh insan bernama sahabat. Pd ms itu juga kita mula rasa gelisah dan terbit di benak kita sejauhmana keikhlasan persahabatan itu. Kita mempersoalkan tindakan sahabat itu dgn tindakan yg pernah kita lakukan. Ikhlaskah namanya itu? Oh, masa kau susah,aku tolong kau, bila2 masa je, tapi bila aku minta tolong mcm2 alasan yg kau beri! Itu antara untaian rungutan yg biasa kita kita omelkan bila keperluan tdk dipenuhi oleh sahabat. Erm...adakah keikhlasan perlu balasan? Kita terlupa, terkadang, kekangan menyebabkan keperluan kita gagal dipenuhi dgn tepat atau dlm kata lain, Allah tdk redha pada masa itu utk sesuatu kejadian. Tapi, berapa ramai pula yg menerima kenyataan ini? Kdg2 tindakan Allah pun kita pertikaikan. Wow!
Tapi ada juga yg menjadikan persahabatan utk keperluan peribadi semata. Tiap keinginan atau keperluan perlu dipenuhi oleh 'sahabat' berkenaan tanpa kita ambil kira kesediaan,kesanggupan dan keterimaan 'sahabat' berkenaan. Asalkan hajat dan keperluan kita di penuhi maka itulah pokok intipati kepada persahabatan. Perlu ke? Ada juga yg mempertikaikan tempoh persahabatan. Terlalu singkat persahabatan kita! singkat atau lama tempoh persahabatan itu tdk boleh dijadikan isu. Erti persahabatan itu sebenarnya yg perlu di lihat. Mengapa kita bersahabat? Adakah utk mencapai hasrat yg tersirat? Untuk memenuhi nafsu? Untuk mengusaikan apa yg tertunggak? Untuk memenuhi keperluan bersahabat itu sendiri? Perkara ini sering kita abaikan krn kita merasakan itu adalah perkara remeh. Remeh ke? Kalau remeh mengapa dipertikaikan tempoh persahabatan? Kita mengungkit bila org tdk lagi mahu bersahabat dgn kita. Kita mempertikaikan tempoh persahabatan yg terlalu singkat kerana hajat yg kita harapkan dari persahabatan belum terlaksana. Jadi, apakah erti persahabatan yg sebegitu? Adakah sekadar utk mengeruhkan keadaan atau sekadar mempertikaikan tindakan org tanpa merujuk apa yg kita lakukan?
Bersahabat biarlah ikhlas. Ikhlas bkn kepada sahabat itu sahaja tetapi kepada diri kita sendiri. Jgn sekadar bersahabat hanya utk mencapai hasrat atau memenuhi keperluan. Memang, tiap manusia ada agenda tersendiri,tapi kompromi dan bertolak ansur serta memahami dgn keadaan semasa amat diperlukan dlm sesuatu persahabatan. Ibaratkan seperti 'air laut' yg ada pasang surutnya. Kehidupan ini penuh dgn persahabatan. Sesama insan, dengan haiwan,dengan alam semesta dan yg plg utama bersahabat dgn Maha Pencipta. Teringat menonton satu rancangan TV di mana merekaa menemuramah mantan aktres tersohor negara Noorkumalasari. Beliau mengatakan kekasih,sahabat belliau ialah allah. tiap kali waktu solat, beliau tidak sabar2 untuk melangsaikan hutang dan bersedia mengadap Allah. Seolah-olah beliau ada temujanji bertemu kekasih. Tdak mahu kekasihnya menunggu lama dan dalam keadaan beliau tdk lengkap bersedia. Senang shj perumpamaan itu tp mendalam maknanya dan kini kehidupan beliau, alhamdulillah. Seronok sungguh sewaktu beliau menceritakan hal ini. Begitu bersungguh-sungguh, begitu ikhlas. Kita ni kalau nak jumpa bf/gf, berabis bersedia. Pakaian secantiknya,Urus serapinya. Tapi mengadap allah sekadar menutup aurat dan berwudhu. Bapak pun tdk terkecuali. selalu je macam tu. Tp bpk x de bf/gf...yang ada hanya insan yg menyayangi dan menghargai...ahakz. Sayangke? Ok2...back on track...berbalik kepada isu bersahabat itu tadi, keikhlasan kita amat di hargai. Keikhlasan kita! Bukan keikhlasan sahabat. Jika kita rasa x ikhlas atau terpaksa memutuskan persahabatan itu atas sebab2 yg hanya kita fahami, maka lakukan secara jujur dan ikhlas. Memang tiap pengakhiran akan ada sedikit ketidakpuasan,tercalar di hati namun jika itu yg terbaik maka lakukan dgn ikhlas. Sebagai manusia biasa, dlm persahabatan byk hati yg perlu kita jaga sehingga melupakan hati kita sendiri. Tp kalau rasakan itu yg terbaik, maka teruskan. Bkn menjadi insan yg pentingkan diri sendiri tapi biarlah seperti jalan dua hala serta mempunyai persimpangan bila2 perlu supaya mudah untuk membuat pusingan atau perhentian. Janganlah lajak terus. Tapi jika sahabat itu telah menjadi musuh, maka itu juga bergantung kepada keikhlasan. Jika tdk dpt menerima kembali maka setidak-tidaknya,ambil jalan sendiri. Ikhlas dgn tiap tindakan. Sahabat jgn di salahertikan,jgn disalahgunakan ,jgn di ampaikan tanpa tujuan. Sahabat menjadi peneman suka duka. sahabat juga juga mengiringi kita walau di mana. sahabat setia ke akhir hayat. Pada yg tlh berumahtangga, jadikan pasangan anda sahabat yg plg ikhlas dan setia. Tp jagalah batas2 persahabatan itu. Pd yg 'bersahabat', jgnlah jadikan persahabatan itu laluan satu hala! Pada yg bersahabat dgn bpk, terimakasih krn sering bersama bpk suka dan duka. Maaf juga jika sewaktu bersama bpk, terlebih duka dari suka. Tapi, bpk bersyukur kepada Allah krn kesempatan yang diberikan dalam mengenali kalian samada kita pernah berjumpa mahupun sekadar teman maya. Semoga Allah memberkati kita semua. Pada yg menyayangi bpk, terimakasih dan bpk sanjungi syg itu sampai mati.
Love all...muah3x

Rafeah Buang - Kalau Rindu

Monday, February 7, 2011

BAHASA JIWA BANGSA

salam sayang buat ankglamz sekelian, moga hari ini ank2 sekelian ceria,bahagia dgn insan tersayang, gembira mentuntaskan kerja yg bersisa dan jadi ank2glamz yg cemerlang. hari nak bercerita sedikit sal bahasa. sebagai org melayu,kdg2 segan tgk org melayu yg bercakap bahasa melayu tetapi dgn dialek inggeris. perlu ke? terlenggok-lenggok...nak kata BI perfect tidak juga, bila bercakap dlm bahasa inggeris...grammar ke laut...pronunciation ke gunung, SVA jgn citer la..mmg power tahap sinchan! tp gamaknya mmg BM mrk ni pun sengal kot? sedihnya bila dgrorg melayu berbahasa melayu sebegini. sedangkan tiap hari itulah bahasa ibunda nya. kalau nak kata bahasa ibunda BI, bkn native speaker pun!
bahasa melayu ini sememangnya cukup indah. sewaktu di kolej bpk bljr pengajian bahasa melayu. hanya bila menyambung pelajaran, bpk di tawarkan mengikut pengajian bahasa inggeris. tetapi itu tdk menjadikan bpk lebih inggeris pun. rasanya telor perak masih melekat dan sebati di jiwa bpk. bahkan arwah abah bpk dulu pun,bila berbahasa inggeris mmg sedap dan tepat sebutannya...mungkin pengaruh zaman kolonial ttp jati diri melayu arwah ttp utuh. skrg ni mcm dah x pasti. bkn nak cari salah sesiapa tp apa kata sepakat kita perbaiki mutu bahasa melayu bersama-sama.
tp bila difikirkan kembali, mcm mana juga? kem asmah omar lain,kem zaaba lain, kem nik safiah karim lain. mrk ni segelintir pengkaji bahasa tersohor tp kebelakangan ini,makin terseksa laras bahasa melayu dek kerakusan segelintir 'pakar bahasa' yg merojakkan keindahan bahasa melayu itu sendiri. msg2 dgn pendapat msg2. semua nak betul, semua nak diterima pakai, akhirnya jadilah bahasa malaysia yg x tau berlatarkan apa...nak kata nasi lemak tidak,bihun sup tidak,tosei tidak...1Malaysia lah sgt kan!!!
golongan yg sering di seret biasanya golongan remaja/anak muda. kononnya tidak memartabatkan bahasa. tp meluat juga dgn tingkah beberapa pemimpin yg kononnya mendaulatkan bahasa tapi merogol bahasa itu sendiri. kerencaman mereka terserlah dlm tiap butir yg di perkatakan. pak menteri pak menteri kdg2 dlm ucapan juga tersasar laras bahasa sedangkan teks telah tersedia. bila berbahasa inggeris, sebutan pun tergelincir mcm kereta tayar botak di lebuhraya dalam hujan lebat. tp tetap, kononnya kalau jadi pemimpin dunia kena pandai bahasa antarabangsa. bgslah mcm tu tp baiki lah diction,articulation ,enunciation. tahap keyakinan tinggi itu bgs, tp salah ke sesekali nk dgr PM berbahasa melayu dalam perhimpunan dunia. salah ke? kalau menteri negara lain, ada shj jurubahasa maka apa salahnya malaysia juga sesekali berbuat demikian. x kan jatuh maruah malaysia di mata dunia kot?
tp kalau sendiri dah malu nk berbahasa melayu,apa lagi generasi muda yg terang2 di sumbatkan dgn budaya asing pagi,petang,siang,mlm. pak menteri penerangan, tlg lah tgk sikit! kata kementerian datuk seri memartabatkan bahasa. x kan sekadar TV1 je yg di beri perhatian. anak buah ramai tu, suruh la pantau stesen2 lain sama. jgn sekadar mengejar rating. sayang tau bahasa melayu ni. indah sgt...kalau tdk, x kan lah najis pun di panggil 'air seni'!
salam sayang buat semua

Sunday, February 6, 2011

JODOH

salam syg buat glamzfam,
maaf hampir seminggu bpk tdk mencoretkan apa2 buat tatapan kalian. hari ni bpk hanya nak membicarakan soal biasa2 tetapi sering di anggap rumit oleh ramai org. JODOH! suatu ketentuan yg tdk siapa dpt ramalkan hanya merancang. Allah maha mengetahui dan tiap jodoh itu terselit pengajaran mahupun teladan utk di jadikan renungan dan membaik pulih apa yg kurang. namun clichenye,tiap kali di utarakan isu jodoh,manusia tetap dgn telahan dan keinginan yg terkadang melampaui kemampuan kemanusiaan itu sendiri. Jika di tanya pd lelaki, inginkan isteri yg mithali,cantik,bijak,berdikari,mampu meladeni suami,solehah bla,bla,bla....perempuan pula jika di tanya mengimpikan suami yg mampu menzahirkan keinginan mengikut citarasa terkini, penyayang,romantis,mengikut telunjuk,mendengar cakap dan bla,bla,bla. lazimnya keinginan ini disuarakan sewaktu berpacaran dgn yg hampir pasti menjadi calon2 akhir. ada kala dah smpi bertunang pun. tup tup...putus! aduh! sedihnya. kenapa? mengapa? perlu ke?
bila hal ini di utarakan,barulah terserlah, lelaki ini kurang menepati piawai yg telah di tetapkan oleh keluarga perempuan, atau wanita ini tidak memenuhi citarasa semulajadi sang lelaki dan bla,bla,bla....bpk juga tdk terkecuali...dah berkahwin hampir berbelas tahun, ada ank 5, tup2 si isteri dah x elok lgi di mata bpk. lantas di ceraikan. hurm...teruk betuk perangai! memang pedih utk menerima tp itu juga soal jodoh.samada bercerai hidup atau mati maka ketentuan tlh menetapkan jodoh sampai di situ, mana mungkin melawan takdir. bpk tdk menyalahkan bekas isteri krn bpk mmg menganggap itu pengakhiran jodoh kami. anggapan org lain bkn keutamaan bpk.
berbalik soal jodoh tadi, bkn apa bpk terkenang ank kesayangan bpk yg jauh di sabah. mmg dia ni antara ank terbaik bpk. bkn sekadar masa senang bahkan yg sering masa susah. dialah tempat bpk mengadu dan mmg tiada rahsia anta kita. cewah. tapi yg menyedihkan bpk kerana soal jodoh inilah. anak ini telah putus tunang lewat 2 thn lampau.alasan, pihak lelaki tidak mencapai taraf pendidikan mengikut piawai bonda tercinta. ini juga mungkin dilema perempuan terkini. terlalu tinggi pencapaian akademik maka sukar mencari calon suami. akibatnya...membujur lalu melintang patah...suami org pun akak layan dik...janji akak berlaki!!! katenyer. tp bpk mohon pada Allah S.W.T. jika boleh jgnlah ank2glamz terlibat hal sebegini. bekas suami atau duda x apa. bkn sng nk dpt 'payung emas' d syurga. isteri2 rasulullah pun ada yg saling berkecil hati sesama sendiri. Ok, selepas putus tunang,ank ini ada juga berkenalan dgn beberapa lelaki tp ada sahaja yg menghalang ke tahap seterusnya. samada lelaki terlalu kaya,bawah umur,pendidikan x setaraf atau sebagainya. yg menyedihkan bpk, nenda ank ini yg berada jauh di kg, sering bertanya bilakah cucu kesayangan ni nak menaiki pelamin... nak naik pelamin x susah 'mok'...nak jadi pengantin tu yg masalahnye. mmglah...sang nenda makin memanjat usia, tenaga makin bersisa, kesihatan makin sambil lewa. tapi mustahil nk tangkap jejaka bangla atau myanmar dan kawinkan dgn ank bpk nih! haish..
bapak tdklah pening kerana berat mata memandang,berat lagi bahu yg memikul tp bila melihat anak ini terbayang adik2nye pula yg bakal menyusul... k.long, ayu, yah, neeja, mazzy, martha, donna, k.cik, aimi dll...sume ni anak2 kesayangan bpk. Ya allah, aku memohon,jika ini ujian buat ank kesayangan ku ini, ku mohon , Kau sediakanlah yg lebih baik buat dia di masa hadapan. Tenangkan dan senangkanlah hatinya sepertimana dia menyenangkan semua org yg di sekelilingnya walau terkadang menyeksa dirinya sendiri...
Siti Norishah Mohamad...apapun bpk sentiasa doakan yg terbaik buat sya... jgn lawan mama n abah,jgn rembat laki org, jgn lupa diri... insyaallah , ada yg lebih baik buat sya... kami syg syasya!!!!








Wednesday, February 2, 2011

kasih ank2

salam sayang buat ank2glamz,
kdg2 kita terfikir,apa itu sayang? knp kita perlukan syg? definisi syg pelbagai dan tafsiran tepat hanya kepada yang memiliki dan yang menerima. org lain mungkin mengintepritasikan mengikut jalur masing2.
yang ingin bpk becokkan hari ni tentang syg pd anak2. terfikir, bagaimana ada org yg sanggup membunuh,menyeksa,dan menganiaya anak sendiri. sedangkan di luar,berjuta manusia yg dahagakan anak. mengharap,berusaha,berdoa agar di kurniakan ank sendiri namun msh belum berkesempatan. bpk masih ingat masa bpk kecil, rumah bpk selayaknya di panggil asrama kebajikan. bukan nak mengungkit, tp sikap arwah mak yg senang sekali menjadikan rumahnya sbg persinggahan anak2 buah utk menginap sementara mendapat tmpt tinggal tetap. soalnya bkn sehari dua,bahkan bertahun. ada antaranya bkn ada pertalian saudara pun melainkan pertalian seIslam. tp itulah sikap arwah mak. beliau amat sng jika rumahnya riuh dgn kehadiran org. dalam me;awan penyakit kencing manis yg di tanggungnya,mak tetap dgn sikap dan riuh serta kdg2 lazernya. tp ingat bpk sewaktu tinggal di jln douglas,ipoh, rumah kami mmg ramai sekali dgn saudara-mara. bpk masa tu dlm usia 4-5 thn begitu. tapi mmg seronok masa tu. masa cuti jgn cerita, rumah mak menjadi persinggahan sepupu-sepupu mengusaikan cuti.
bpk ni tdklah seperti hebatnya mak krn kekangan dan kemampuan yg terhad. tp sng sekali dgn kehadiran ank2 dlm hidup bpk. baik anak2 yg 5 org, ank2 saudara yg juga anak2susuan, ank2 angkat tanpa mengira agama,bangsa dan keturunan. mrk amat sng memanggil bpk 'bapak' dan ianya satu penghargaan yg tidak ternilai. kdg2 berkongsi masalah dgn mrk juga menjadikan bpk sgt sensitif dan sering memikirkan kesudahan episod hidup bpk. tp itu urusan Allah dan bpk mohon walau apapun, jgnlah dibabitkan anak2 bpk. bila usia mula berinjak senja, bpk sng sekali dgn kebanjiran kasih sayang anak2 ini. syasya,mizan,mazzy,neeja,mario,doris, safwan,iqbal,haikal dan lain2. terkini nua. kdg2 bpk merasakan apakah baik yg telah bpk lakukan hingga allah mengurniakan bpk dgn anak2 yg baik2 begini.yg sentiasa mengingati bpk dan mengasihi bpk. kemudahan terkini mendekatkan lagi kami lewat FB, YM dan email.
buat ank2,kdg2 bpk tegur bkn nak tunjuk baik,hebat atau sebagainya. sebagai bpk biasa dlm dunia, sejahat manapun seorg bpk itu,dia tdk akan redha dan sanggup melihat anaknya menderita dan tdk terkecuali bpk. sehingga saat bpk menulis ni,bpk sgt merindukan seseorg yg sgt istimewa dlm hidup bpk krn dh beberapa hari bpk x jumpa dia. tp itulah kebahagiaan. betul kot mcm lagu shahir AF...bahagia dlm derita...tp bpk yakin teramat, dia sng dan bahagia dgn famili dia n bpk x nak ganggu walau rindu kdg2 jadikn bpk cengeng. cuwek kata org jawa! YAYA dan bpk yakin k.long juga amat rindu kat yaya tp dia sgt kuat semangat. dia x tunjuk, tp bpk pun x tunjuk...hehe..bkn ada nk tgk pun!!! tp td tgk gown dia dlm almari,tgk swimming suit dia, tgk permainan dia...erm...jrg2 dah dpt dgr suara dia,jerit dia,gelak dia,keletah dia. yaya...bpk rindu yaya tau!!!!

kasih ank2