Wednesday, September 11, 2013

CATATAN SEPI KAMAR 28 7F

CATATAN SEPI DARI KAMAR 28 7F
Hari 1, RABU 4 SEPT 2013:
Jam 10.00 malam; diiringi rasa takut yang menebal ku kuatkan hati meminta di hantar ke Hospital Serdang. Terimakasih buat Watie Akib, Fauzan Mbahjoyo Wisnuaji serta Cik Puan Qaseh Aleesya yang berusaha membawa aku ke Unit Kecemasan dan Trauma Hos Serdang. Selepas Pemeriksaan dan mengambil sampel darah aku menunggu giliran dengan debaran. Sempat menyuruh anakanda Watie pulang dhulu tapi dia berkeras nak tunggu dan sanggup tidur dlm kereta sekeluarga. Subhanallah. Detik yg berlalu terasa sangat perlahan. Kes-kes juga amat banyak malam itu. Penantian memang suatu penyeksaan. Dalam pada menanti, menerima ‘wassap’ dari seseorang yang terus membuatkan aku menyirap entah mengapa. Akibatnya, sipengirim menerima balasan yang agak keterlaluan dari aku. Aku mempunyai sebab tersendiri untuk tindakan tersebut. Moga Allah mengampuni dosa aku.
Hari 2, KHAMIS 5 SEPT 2013:
Penantian di ED membawa kepada hari ke 2! Hebat sungguh ED Hos Serdang. Tepat jam 1.20pg aku di oanggil ke bilik 4. Dr Abinash. Baik, peramah, lembut (bukan bapok yer!) Beliau membuka balutan luka di kaki yang sedia ada serta meniliti laporan ujian darah. Aku pasrah walau dalam hati berdebar sekuat dentuman gong. ‘Your white blood cell is a bit high. Symptoms of infection to the wound. I will refer you to an Ortho Specialist but before that can you go for xray?’ gumam Dr Abinash. Aku pasrah walau airmata mula mengalir. Didorong dengan kerusi roda aku di bawa ke Jabatan Pengimejan Hos Serdang. Dada di xray dan juga kaki. Menunggu lagi di zon kuning untuk kehadiran doctor pakar ortho. Seketika Dr. Anwar dan Dr Aishah tiba. Mereka member penerangan dank omen serta membuat ulasan. Telinga aku tidak mampu medengar, hanya airmata menyambut tiap butiran kata-kata mereka. Jam tepat 3.30pagi. Akhirnya Dr.Aishah memutuskan untuk menghantar aku ke wad ortho 7F.
Aku sekali lagi pasrah. Selepas HRMIS diperiksa dan sebagainya sesuai proses pendaftaran masuk pesakit, aku di hantar terus ke 7F. Malang bagi aku kerana wad agak penuh dan terpaksa diletakkan di sama ruangan dengan pesakit wanita. What? Namun aku sekali lagi pasrah. Pengalaman sungguh kali ini. Bay 18, di situ aku ditempatkan seketika. Aku menarik langsir sekitar katil aku dan aku termenung sendirian di dalam gelap. Beraneka perkara bermain di minda. Berkecamuk jiwa, persoalan bersarang di hati tidak lagi berbentuk sebaliknya tanpa rupa! Aku lihat jam telah hampir 6.00am masa itu. Lantas aku mengambil wuduk dan melangsaikan solat Subuh. Aku tidak tahu apa yang aku mohonkan dari Allah namun yang pasti adalah kekuatan hati menempuh dugaan yang diberikan. Seusai solat aku mengaji sedikit setakat mampu seperti yang disarankan oleh adinda ku Hajjah Sarabanon. Seorang pun ahli keluarga tidak ku hubungi. Anak-anakku tidak ku hubungi. Aku menunggu dalam sabar. Menjelang tengahari aku dipindahkan ke ruangan 21 pula. Aduh, begini la nasib bila ditumpangkan ke wad pesakit WANITA! Sedang aku leka melayan perasaan, wassap dari anak sulungku masuk bertanya aku di mana. Pada mula aku memberitahu yang aku berada di rumah. Kantoi, kerana kebetulan dia telah diberitahu oleh Watie Akib yang aku telah dimasukkan ke hospital. Anakku ini seorang yang tabah dan gigih walau aku tahu di hatinya penuh kesedihan. Bersyukur aku dikurniakan puteri seperti Dyra Saf. Menjelang petang, aku di hantar ke kamar 28. Kali ini aku agak puashati kerna aku ditempatkan seorang! Tidak perlu berkongsi dan mendengar bermacam rintihan pesakit yang kadang kala menimbulkan kedengkelan di hati. Aku di temani Dr. Rushdi , seorang ‘Houseman’ berasal dari Tapah, Perak. Kelihatan pendiam tapi agak seronok bila dapat berbicara. Bermacam kisah yang dikongsikan bersama. Sedang berbual, aku di kejutkan dengan kehadiran anak lelaki ku Asyraf yang baru touch down dari Perth, Australia. Dia agak terkejut dengan keadaan ku tapi masing-masing berlagak ‘cool’. Setelah lewat petang barulah anak sulung ku datang di temani bekas isteriku. Kami walaupun telah berpisah hamper 13 tahun tapi masih bersahabat baik. Mungkin benar sekali pepatah ‘ kita lebih baik kawan dari kawin’.
Setelah ahli keluarga ku pulang, sekali lagi aku di datangi Dr. Rushdi. Pemeriksaan teliti dilakukan serta penerangan sekali lagi diberikan untuk persiapan pembedahan esok hari. Aku di minta menandatangani boring persetujuan dan sebagainya. Apa lagi yang mampu aku lakukan? Di nasihatkan untuk mula berpuasa dari jam 12 tengahmalam. Seketika dunia kau rasa gelap teramat. Jiwa rasa kosong. Aku menangis semahunya. Aku panjatkan doa kepada Allah. Beberapa teman rapat seperti Norlili Nordin, Noor Salawati Abu Bakar serta adik ku, aku hubungi serta memberitahu akan keadaan aku yang mula goyah. Aku sendiri tidak pasti apa yang aku takutkan, sedangkn aku telah serah bulat-bulat kepada Allah. Tidurku bersulam tangisan dan igauan. Beberapa insan tersayang kurasakan hadir dalam mimpi menemani igau.
Hari 3,   JUMAAT 6 SEPT 2013
Hari yang dinantikan. Seawal jam 6.00 aku telah bersedia memohon keredhaan dari Allah. Moga Allah terima tiap ibadat ku. Diarahkan berpuasa dari jam 12.00 tgh malam sedangkan memang sebelum masuk ke hospital pun aku tidak begitu melayan nafsu makan ku. Selepas mandi dan membersihkan diri, aku di arah mengenakan pkaian dewan bedah selazimnya. Kali ini amat pedih dan perit aku rasakan. Begitu banyak persoalan bermain di fikiran. Kenangan dan perasaan silih berganti termasuk hasutan dan bisikan yang tidak menentu. Tepat jam 9.30 pagi, jururawat bertugas mengarahkan aku baring di atas kereta sorong dan menolak aku ke dean bedah di tingkat 3. Sepanjang perjalanan airmata seperti paip bocor. Kasihan jururawat bertugas yang turut sama menangis bersama aku. ‘Sabar uncle, banyak2 zikir...Allah saying uncle’, kalimah itu yang mampu diungkapnya dan itu juga menyebabkan kolam airmata aku bertambah pecah. Setiba di bilik menanti aku disoalsiasat oleh jururawat bertugas dan kehadiran Dr. Ahmad, pakar bius menenangkan perasaan aku yang berkecamuk. Soalan demi soalan tapisan perlu aku jawab. Dr.Ahmad seorang yang cukup lembut cuba menenangkan aku seperti seorang anak yang risau dengan keadaan bapanya. Aku terus dibuai emosi dan mainan perasaan. Tepat jam 10.00 pagi, aku di tolak ke dalam dewan bedah 1. Aku di sambut oleh Dr. Bala dan pasukannya. Kedengaran sangat ramah dan mereka menyediakan aku untuk pembedahan. Dr.Ahmad setia di sisi member penerangan tentang bius ‘spinal’ yang bakal di lakukan pada aku serta komplikasi dan kemungkinan yang bakal terjadi. Aku hanya diam dan terus menangis. Keadaan tekanan darah aku sangat tidak stabil. Mereka mula cemas jika pembedahan tidak dapat dilakukan. Seorang petugas lelaki yang aku kenali dengan nama Shah sahaja cuba menenangkan aku. Dia menggenggam erat tangan aku serta membisikkan ayat-ayat suci kepada aku. Aku diarahkan duduk untuk dicucuk ubat bius di antara bilah-bilah tulang belakang aku. Syukur Alhamdulillah Dr.Ahmad ini memang seorang yang cekap. Tidak langsung aku berasa sakit dan dalam beberapa ketika aku merasakan kebas dari pinggang ke bawah. Aku diarahkan baring kembali. Tekanan darah masih tidak menentu. Akhirnya aku memohon Dr.Ahmad untuk memberikan ‘petedine’ sejenis ubat penenang berasaskan morfin kepada aku. Setelah diakui oleh Dr.Bala, beliau menyuntik aku melalui IV Line yang tersedia. Barulah tekanan darah aku menurun dan aku mula hilang konsentrasi. Antara sedar dan tidak mereka bergegas menyediakan kelengkapan dan memasang peralatan pada tubuh aku. Yang bermain diminda ketika itu hanyalah zikir mudah yang di ajar oleh adinda ku, LAILAHAILLALLAH. Berulang kali aku menyebutnya antara sedar dan tidak. Terdengar detikan jarum jam dan au terus hanyut dalam kawalan ubat penenang. Terdengar perbualan mereka di dalam dewan bedah dan sesekali pecah ketawa antara mereka. Aku mula menyesuaikan diri dengan keadaan tersebut. Tidak pasti berapa lama masa berlalu dan tiba-tiba aku di serang ‘fits’. Aku mengeletar tiba-tiba. Aku berasa sejuk teramat. Shah sekali lagi datang dan menenangkan aku. Mungkin kesan ubat penenang telah berkurangan. Apa yang aku ingat selepas itu, Dr.Bala datang kepada aku dan mengatakan pembedahan telah selesai dan merek telah Berjaya mengeluarkan ‘floating bone’ yang menjadi ‘culprit’ di kawasan kaki ku. Aku di dorong keluar dari bilik bedah diiringi Dr.Ahmad dan Shah ke kawasan pemerhatian. Aku terlihat jam tepat pukul 2.00 . Kesan bius masih berkesan dan aku tidak merasakan apa-apa. Tepat 2.30, aku ditolak keluar dari dewan bedah di sambut oleh kakitangan wad 7F. Sekali lagi aku bersimpati dengan 4 orang jururawat bertugas yang terpaksa memindahkan aku dari katil bilik bedah ke katil kamar ku. Dalam kepayahan mereka dapat mendorong aku dan aku hanya mampu mengangkat bahagian atas badan tanpa dapat menggerakkan kaki walau aku berusaha. Samapi di kamar 28, aku lihat jam tepat 3.00 petang. Dari tingkap kamar ku perhatikan cuaca agak mendung. Aku masih di pengaruhi kesan bius walau kaki telah boleh digerakkan sedikit.
Kedatangan anak lelaki ku Asyraf aku gunakan dengan meminta bantuan membawa aku ke tandas membersihkan diri. Sekali lagi aku duduk dan mandi sekadarnya lantas mengambil wuduk untuk solat Zohor. Kupanjatkan doa pada Allah agar pembedahan yang berlangsung tadi merupakan yang terakhir serta kupanjatkan doa agar semua yang mendoakan aku di limpahi rahmat oleh Allah SWT.
Aku baring dan tidak sedarkan diri seketika. Aku dikejutkan tepat jam 5.00 apabila di datangi oleh Dr.Wan Zuraini, SN Roshidah dan PPK Azwa dari Jabatan Rehabilitasi Hos Serdang. Aku rasa bersyukur dengan kehadian mereka dan dalam kepayahan aku menceritakan keadaan aku. Dr.Wan Zuraini adalah doctor yang merawat aku sekian lama dan SN Shidah adalah orang yang saban minggu tanpa jemu melakukan ‘dressing’ pada luka aku. Aku khabarkan tentang peringatan doctor Ortho bahawa kemungkinan BKA terpaksa dilakukan. Dr.Wan keliahatan kurang selesa kerana beliau yang selama ini merawat kaki ku lebih arif tentang keadaan kaki itu dan menyatakan bahawa ianya sekadar ‘local infection’ serta tidak memerlukan BKA. Beliau terus menasihatkan aku supaya tidak memberi persetujuan untuk BKA kecuali keadaan benar2 memerlukan. Aku mengiyakan sahaja sementelah aku masih tidak mampu menerima keadaan sekiranaya ia benar-benar dilakukan. Sekitar jam 6.00 petang kehadiran sepupuku Hanizah Iskandar serta anak buah kesayanganku, Airi, Aizhil  dan Amirul mengubat rindu. Gamat seketika kamar 28. Seketika, kamar 28 di riuhkan lagi dengan kehadiran sepupuku Mustapha Al Bakri yang ku panggil ‘Cik Yang’ dan ‘Nyah’ serta Aznor dan suaminya Azrul. Berbagai nasihat diberikan Cik Yang yang telah diamputasi kedua belah kakinya supaya aku tabah dan redha. Sememangnya aku terpaksa akur kerana dia telah melalui kepayahan itu. Hampir jam 7.00 aanak2 gadis ku tiba bersama mantan isteriku. Disusuli sahabat ku Suhaime dan Husni. Tamu yang sebelumnya mempermisikan diri. Selepas seketika aku tinggal sendirian. Dalam kebersendirian, aku menunaikan apa yang perlu kepada Allah. Aku bersyukur dengan apa yang telah diberikan namun itu tidak memadamkan rindu yang masih berkesumat di hati. Selepas Isyak, kaki ku mula menunjukkan reaksi. Rasa sakit mula menguasai. Aku cuba bertahan namun gagal. Jururawat memberikan ubat tahan sakit namun ia tidak begitu berfungsi. Aku cuba lena namun tidak sepenuhnya. Sempat juga aku ber’wassap’ dengan beberapa sahabat yang memberikan semangat. Terimakasih buat Noor Salawati di Kota Kinabalu serta Norlili Nordin di Aman Perdana, Klang. Mereka benar-benar member semangat untuk aku terus kuat dan tabah. Aku bersyukur dikurniakan Allah teman seperti ini yang rasanya kehadiran mereka lebih dari darah daging sendiri. Benarlah pepatah yang berbunyi ‘Family is not all about blood, it is about those who makes you feel wanted and special. They filled your life and pray for you though you at time mistreat them’. Allah hu akhbar.
Aku dikejutkan apabila sekitar jam 8.00 malam, bekas birasku Nadiah menelefon dan menyatakan mereka dalam perjalanan menziarah aku dari Tg.Malim. Aku yang telah rasa sihat sedikit dengan bantuan kerusi roda, turun ke tingkat bawah kerana masa melawat telah tamat. Bekas ibu mertuaku juga hadir sama. Selepas berbual seketika dan cuaca juga tidak menentu aku minta mereka pulang dan aku naik ke kamar kembali. Sepanjang malam aku menjadi insan sepi. Sesepi kamar 28!
Hari 4, SABTU 7 SEPT 2013
Tidur yang tidak pernah lena disulam mimpi dan igau didatangi oleh insan tersayang menyebabkan aku terus bangun seawall jam 6.00 pagi. Seusai mandi dan bersarapan, aku bersedia menanti kehadiran pakar ortho. Tepat jam 10.00 pagi kehadiran Dr. Aida dan pasukannya mengarahkan balutan di buka. Allah, sakit sekali aku rasakan. Sumbatan gauze di dalam luka yang dikebuk menyebabkan aku berlinang airmata. Hurm...aku sememangnya senang sangat berteman airmata! Beliau agak berpuashati dengan keadaan luka dan mengarahkan untuk ‘dressing’ dilakukan. Seusai semuanya, aku tetiba menjadi sayu. Dalam kamar aku mula menangis semahunya. Panggilan dari nombor 013 mengejutkan aku. Allah menghantar sahabat baik Zarina dari Labuan. Panggilan beliau aku sambut dan perbualan yang pada awalnya penuh lucu tiba-tiba bertukar situasi. Aku jadi sangat sensitif dan Zarina juga menangis di sebelah sana. Beliau cuba menenangkan aku sebaliknya beliau juga turut menangis bersama. Allah...Acik terima kasih sesangat. Selepas itu aku terus muram dan mungkam.
Jam 1.00 tengahari, aku keluar dari tandas dan aku terkejut melihat abg ku Latif berdiri di pintu bersama anaknya. Aku terkejut yang amat sangat kerana aku tidak memberitahu beliau juga adik beradik ku yang lain akan keadaan aku. Terpaksa aku terangkan keadaan aku dari awal hingga akhir. Aku akur dengan tiap yang disampaikannya. Terimakasih kerana sudi menziarah!
Sekitar jam 2.00 petang anak-anakku hadir bersama anak angkat ku Zahin dan Danish. Terhibur seketika dengan kehadiran mereka walau aku amat merindui adik mereka Alya Fatini tapi mungkin Allah belum meredhakan dia untuk melawat ku. Aku bawa mereka ke kafe di tingkat bawah dan mereka amat ceria namun jiwa aku masih terasa kosong. Sekitar jam 7.00 petang mereka pulang dan sekali lagi aku tinggal sendirian di kamar 28. Peluang itu aku cuba manfaatkan dengan menghubungi sahabatku serta memuatnaik status di facebook. Apalagi yang mampu aku lakukan? Aku memang bukan penggemar televisyen.  Aku terus hanyut dengan perasaan dan airmata. Adakala aku jadi tenang tapi lebihnya aku menjadi murung. Hebat sungguh permainan jiwa aku kali ini.
Hari 5,   AHAD 8 sept 2013
Sedari pagi jiwa aku sangat tidak tenteram. Aku menghubungi 2 orang kaunselor aku, Noor Salawati dan Norlili melalui ‘wassap’. Mereka bertubi-tubi menasihatkan aku dan aku cuba menguatkan diri dan hati. Sakit di kaki aku mampu tangani tapi sakit dan pedih di hati aku pendam sampai ke mati. Berat amat untuk aku luahkan dan biarlah ia menjadi sejarah aku serta insan yang mengalamainya.
Jam 2.00 petang, anak-anakku serta mantan isteri ku sekali lagi memenuhi kamar 28. Seperti pesta pula mereka. Namun aku faham mereka sekadar cuba memeriahkan hati aku dan puteri sulungku amat memahami keadaan aku. Beliau seboleh mungkin tidak mahu bertentang mata kerana dia dapat melihat kesedihan serta tanggungan jiwa yang aku lalui. Syukur sekali aku pada Allah kerana mengurniakan aku Kak Long yang cukup tabah dan kuat berbanding aku, bapanya sendiri. Cuaca yang agak tidak menentu menyebabkan aku menyuruh kak long menghantar adiknya ke kampus segera dan pulang ke rumah selepas itu. Sekitar jam 6.00 petang mereka meninggalkan aku sekali lagi. Aku cuba mengimbangi diri dan emosi namun aku gagal untuk kali yang entah keberapa. Aku terus hanyut dalam mainan perasaan. Hampir jam 10.00 malam aku dikejutkan dengan pesanan ringkas dari adik ku di Bagan Serai. Kami berbalas sms dan beliau mendoakan kesejahteraan aku. Terimakasih Achei!
Hari 6, ISNIN 9 SEPT 2013
Pagi ini aku cuba melawan kesedihan aku. Aku cuba positifkan minda. Selepas membersihkan diri aku bersedia untuk kedatangan doctor ortho dan pasukannya. Sekali lagi Dr.Aida datang dan kali ini beliau agak puashati dengan keadaan luka ku dan menyuruh jururawat meneruskan ‘saline dressing’ pada luka itu. Cuma aku terpaksa menunggu laporan makmal tentang ujian yang mereka lakukan terhadap contoh yang diambil dari pembedahan hari Jumaat lalu. Aku akur dan pasrah. Bukan tiada kesedihan namun kali ini aku benar-benar menyerahkan segalanya kepada Allah SWT. Kun Fa Ya Kun. Hampir jam 12.00 tengahari, aku terasa mengantuk yang amat sangat dan terus baring. Antara sedar dan tidak sekitar jam 1.00 tengahari aku benar-benar terkejut dengan kehadiran insan yang sangat aku nantikan. Aku seperti bermimpi. Tanpa berkacamata aku cuba mengamati samada aku bermimpi seperti sebelumnya atau aku berhalusinasi. Ternyata Allah memakbulkan doa ku. Aku jadi kaget, kelu dan kemam tidak menentu. Terimakasih Allah kerana menunaikan hajatku. Berbual seketika dan beliau kelihatan amat terusik dengan keadaan aku. Makanan tengahari yang dihantar tidak aku jamah. Kehadirannya mengenyangkan seluruh rongga ku. Seketika laungan azan Zohor menyedarkan aku. Terus mengambil wuduk kami solat berjemaah seperti lazimnya di rumah. Beliau menyuruh aku makan namun aku tidak mampu menelan nasi kerana aku tidak mahu mimpi itu berakhir dengan makan! Dia berusaha menyuapkan aku dan selepas tiga suapan aku tidak mampu menelan lagi. Kegembiraan menjadikan aku kenyang sekenyang-kenyangnya. Hampir jam 1.45 petang, aku menyuruhnya kembali ke pejabat dan sedang dia bersiap kehadiran kakak iparku Nor Ashikin bersama temannya mengejutkan aku. Mereka mengambil alih menemani aku. Berbekal sebungkus mee goring mamak dan sekotak cuppies Carrot Cake seperti yang aku minta. Berbual seketika dan mereka juga meminta izin untuk pulang ke pejabat. Sekali lagi berteman kamar sepi aku berwacana sendiri. Namun kali ini, aku memanjat syukur kepada Allah atas kurniaanNya walau seketika. Benarlah, gunakan tiap kesempatan yang ada kerana sesaat masa terlepas ia tidak mungkin berulang kembali.
Aku kembali bermonolog sendiri dan sekitar jam 4.30 petang, kak long datang membawa sekotak mee goring dan sebungkus kopi O kegemaranku. Kopi mampu aku habiskan tapi mee goring kutitip buat kak long bersama mee mamak kerana dia berpuasa. Sekitar jam 5.30 petang kak long pulang kerana ingin mengambil ibunya dan aku berteman kamar sepi sekali lagi. Namun kegembiraan tengahari tadi ku bawa hingga ke malam. Tidak sepicing rasa lapar mencubit aku. Aku di minta berpuasa bermula tengahmalam kerana seawall jam 6.00 pagi doctor akan mengambil darah untuk ujian HBA1C. Aku akur, namun mata gagal tidur. Lampu kamar kumatikan namun aku tersenyum dengan mainan perasaan dan membawa kepada lena di ulit mimpi bertandang sekali lagi. Allah hu akbar. Terimakasih tidak terhingga.
Hari 7, SELASA 10 SEPT 2013
Tepat 5.30 pagi, kokokan ayam dari penggera masa telefon tangan ku berbunyi. Terimakasih Allah kerana mengizinkan aku menghirup udara mu. Aku didatangi doctor untuk mengambil darah. Dua kali cubaan barulah doctor Berjaya mengambil darahku bagu ujian yang dimaksudkan dan kesannya...tangan kiriku lebam! Aku terima seadanya. Doktor Pelatih agaknya. Selepas menggosok gigi, aku menunaikan solat Subuh dan ingatan tetap tidak lepas dari kejadian tengahari kelmarin. Adakah ia bakal berulang hari ini? Teka teki bermain di benak hati. Selepas sarapan, aku membersihkan diri dan menukar pakaian hospital yang baru. Menunggu kehadiran doktor untuk memeriksa kaki ku. Kehadiran tiga orang doctor pakar beserta beberapa doctor pelatih ke kamarku sekitar jam 9.30pagi benar-benar mengejutkan aku. Tanpa pemeriksaan teliti, seorang doctor pakar itu menyatakan, “luka ni x elok, camane korang periksa? Cuci! Report x dapat lagi? Camane korang kerja?” amboi....getus hati ku. Dia mengarahkan Dr.Rushdi untuk memicit dan menekan sekitar kawasan pembedahan di kaki ku. Dr Rushdi keberatan tapi demi arahan ketua, dia melakukan sambil mulut berulang kali memohon maaf dari aku. Kesakitan yang aku alami bukan sedikit. Menitis airmata aku. Aku tahu itu demi kesihatan aku juga Selepas berpuashati, mereka meninggalkan kamar ku. Jururawat datang selepas itu untuk meneruskan ‘dressing’. Dengan penuh hati-hati dia menjalankan tugasnya. Seperkara yang ingin aku kongsikan, sepanjang berada di 7F, semua petugasnya sangat komited dengan tugas memasing. Berpuashati sungguh aku berada di bawah kawalan selia mereka. Kehadiran seorang pelajar perubatan untuk menjalankan kaji selidik ke kamar ku, mematikan lamunan ku seketika. Dia bukanlah yang pertama dan seikhlasnya entah berapa kali aku telah memutar pita rakaman minda aku untuk berkongsi cerita dengan pelajar-pelajar perubatan ini. Mungkin aku jenis pesakit yang tidak cerewet menyebabkan aku sering didatangi. Entahlah tapi aku berniat dan berdoa moga perkongsian aku mampu membantu pelajar-pelajar ini menjadi pegawai perubatan yang cemerlang di masa akan datang untuk Malaysia. Hampir ke jam 12.00 tengahari aku menerima pesanan ringkas dari orang yang sangat aku nantikan menyatakan ketidakupayaannya hadir tengahari itu ekoran bebanan tugas. Aku akur walau sedikit kecewa. Namun satu lagi pesanan wassap yang aku terima menceriakan sedikit hati ku. Watie dan Fauzan berada di bawah kerana kekanda Watie, Nurhanina baru sahaja melahirkan anak ke 6 di hospital sama. Selepas menunaikan solat Zohor, aku gagahkan diri turun ke lobi. Seronok juga bertemu dan berbual dengan mereka terutama cucu angkatku Qaseh Aleesya walaupun kesihatannya agak terganggu. Kehadiran kak long bersama seorang lagi anak angkat yang sangat-sangat aku nantikan menceriakan hari aku. Aku peluk, aku cium sepuasnya. Nur Alya Fatini...rindunya aku dengan gadis darjah 1 ini. Aku telah bersamanya sejak dia berusia 2 hari dan sehinggalah kini bersilih ganti di rumah ibubapa sebenarnya yang juga sahabat aku. Duduk seketika di kafe melayan karenah Yaya tidak langsung membosankan aku walau kadang kala ada sahaja perlakuannya yang menimbulkan amarah aku. Tapi itulah keistimewaan Yaya, marah macam mana pun, aku tetap ‘bapak’ dia. Sekitar jam 3.00 petang aku menyuruh kak long membawa Yaya pulang kerana aku perlu naik ke kamar untuk di beri ubat, sementelah kakiku mula member reaksi kurang enak. Aku berjalan perlahan ke kamar dan terus berehat. Aku cuba berehat dan sekitar 4.18, azan Asr berkumandang dan aku seperti lazim, tidak membuang masa terus menjalankan apa yang sepatutnya. Selepas solat aku memasang bacaan ayat2 suci Al-Quran sambil berehat. Sekitar jam 5.00 petang aku terkejut dengan kehadiran sesusuk tubuh yang amat aku rindui. Rupanya Allah membalas kekecewaan tengahari itu dengan menghadirkannya di sebelah petang. Kami berbual seperti biasa dan dia agak marah dengan keadaan aku yang tidak terurus. Sedang rancak berbual kehadiran anakanda Dalilah Kassim mengejutkan aku. Terimakasih Ila, sanggup datang ziarah bapak. Siap bawa biskut lagi. Beliau yang sepatutnya ingin pulang terhenti seketika. Sekitar jam 6.00 petang sekali lagi kamar 28 di serang dengan kehadiran teman-teman dari Marriot Putrajaya. Safry, Nani , Hajar dan Nad. Mereka amat prihatin dengan keadaan aku. Tanpa disedari, jam menyusuri pukul 7.00 petang. Masing-masing mempermisikan diri begitu juga beliau. Aku redha dan mengucapkan jutan terimakasih atas kehadiran mereka. Benar-benar mengisi masa aku seperti yang aku dambakan. Terimakasih Ya Allah. Selepas semuanya pulang aku menyiapkan diri untuk sekali lagi mengadap Penciptaku. Aku merasakan badan ku sedikit goyang kerana tidk langsung menjamah makanan. Mujur ada biskut tawar yang dibawa sepupuku. Aku mengunyah beberapa keping namun ianya tidak dapat menampung keperluan ku. Aku teringat anakku Asyraf yang berada di luar. Aku mengirim pesanan ringkas kepadanya dan dengan pantas dia menjawab. Ku kirimkan beberapa perkara yang dibolehkan untuk aku makan dan minum. Tepat jam 10.20 malam, Asyraf datang membawa betik, kopi kesukaan ku dan sebungkus nasi goreng. Naik ke kamar aku menyediakan kopi dan mengupas betik sebagai makan malamku. Sehari lagi berlalu namun hari ini dan semalam benar-benar aku puas kerana Allah menyahut doaku. Terimakasih Ya Allah. Aku akur dengan ketentuanMu. Engkau Maha Mengetahui, Maha Pengasihani, Maha Pengasih, Maha Penyayang. Allah hu akhbar!
Hari 8 , RABU 11 SEPT 2013
Seawal 6.00 pagi seperti lazim aku bangun. Selepas menunaikan apa yang disyariatkan, aku berkelana seketika. Malas benar aku hendak mandi. Sekitar jam 8.00 jururawat bertugas datang untuk mengemaskan kamar serta menyuntik ubat kepada ku. Lantas memikirkan aku akan diperiksa sebentar lagi, aku bergegas ke kamar mandi, membersihkan diri. Seusai segalanya aku kembali bermalas di atas katil. Kehadiran Dr.Kalpreet membawa berita yang cukup menyegarkan. “One of your test, showed good sign. The tissue has no infection. It is merely growth” aku rasa nak menangis. Menangis syukur! “We are still waiting for your blood and bone result”, sambung beliau. Aku bersyukur kerana ini juga sudah menggembirakan aku. Aku terus berkhayal seketika. Gembira sangat-sangat. Sekitar jam 12.00 tgh, doctor pakar tulang yang menjaga kes aku tiba bersama pasukannya. Diiringi laporan makmal yang menyebabkan jantung ku berdebar laju. “So far both results are good”, umum Dr.Kalpreet. Aku seperti hendak menangis. Seterusnya aku dikhabarkan berita paling gembira bahawa aku akan di benarkan pulang. Allah Hu Rabb. Tetapi, keadaan kaki yang belum dicuci serta di balut menyebabkan aku terus terlantar di katil. Aku menghubungi kak long memberitahu khabar tersebut juga beberapa kenalan yang saban hari prihatin dengan keadaan aku termasuk beberapa orang kekanda ku. Tanpa di duga, insan yang aku nantikan tiba. Dia juga baru pulang dari menjalani rawatan lanjut di Hospital Putrajaya. Seusai kaki ku di bersihkan dan di balut, azan Zohor berkumandang. Lantas kami solat berjemaah seperti lazim. Dia memaksa aku menjamah makanan yang dihantar namun aku hanya mampu menghabiskan tiga suapan. Kegembiraan untuk pulang mengatasi laparku. Jam 1.40 petang dan dia terpaksa pulang ke pejabat. Aku akur dan selepas bersalam , dia meninggalkan aku sendiri. Tidak sampai 10 minit, kak long tiba. Aku bergegas mengemaskan barang-barang ku dan memohon di cabut IV Line di lengan. Dengan bantuan kak long, aku menyelesaikan masalah pembayaran di unit hasil serta ke farmasi untuk mengambil bekalan ubat. Kasihan kak long terlalu lapar dan aku membawanya ke kafe untuk mengalas perut. Seusai semuanya, kami terus ke Unit Rehabilitasi untuk membuat temujanji seterusnya. Selepas itu aku bergegas kembali ke tingkat 7 untuk urusan potong nama. Begitu banyak sekali urusan yang perlu di ladeni. Hampir 3.15 petang semua urusan usai. Aku mengucapkan terima kasih kepada semua petugas yang begitu menjaga aku dengan baik selama lapan hari. Selamat tinggal kamar 28! Banyak jug kenangan di dalam kamar itu. Dari Hospital Serdang aku meminta kak long membawa aku ke Giant Seri Kembangan untuk membeli serba sedikit keperluan kerana aku tidak dibenarkan keluar selepas ini nanti. Hampir 4.30 petang aku sampai ke rumah. Entah mengapa perasaan aku menjadi sayu sesaat melangkah masuk ke dalam rumah. Jiwa dan hati aku kosong sekosong-kosongnya. Selepas mengemas barang-barang dari hospital dan belanja, aku mandi. Di dalam kamar mandi, aku menangis semahunya. Seperti aku bakal kehilangan segalanya dalam hidup. Suatu perasaan yang sangat sukar aku gambarkan. Aku redha jika ini pengakhiran hidupku. Jika ini suratan yang terbaik buat aku. Aku berterimakasih kepada semua insan yang hadir menggembirakan hidup aku. Walau siapa mereka, perana amat penting serta memasing punya tempat tersendiri dalam hati aku yang serba sempit hinggakan kedudukan aku sendiri agak terhimpit. Namun aku gembira. Seusai solat Asar, aku mencuci pakaian, melakukan kerja rumah sekadar menyibukkan diri. Untuk melalaikan diri dengan kesibukkan namun ingatan aku sangat kuat menghentam dan mengkecamukkan perasaan. Allah hu Akhbar. Selepas Maghrib, kak long minta izin untuk pulang kerana ingin mengambil ibunya dan aku seperti biasa menjadi insan sepi yang setia. Namun aku berkeras emohon kak long menghantar aku ke Mc Donald’s , Equine...tempat kegemaran ku dari dulu hingga kini.
Catatan ini aku tamatkan!
Teringat beberapa petikan dari sahabat-sahabat yang mengetahui masalah dalaman aku walau tidak secara terperinci.
·         Adakala manusia terpaksa lepaskan kita kerana kita terlalu berharga dan mereka tidak mampu menjaga serta menghargai kita. Ada juga benar kata-kata ini tetapi manusia sering menginginkan apa yang terkadang tidak diredhai oleh Allah untuk mereka. Cuma manusia membuat andaian pada skala sendiri tanpa mengira perasaan orang yang ikhlas menyayangi serta menghargai mereka. Moga Allah tetapkan iman ku, niat ku serta menerima taubat ku.
Salam sayang

bapakglam